Friday, August 21, 2015

Perth, Western Australia Pt 8 - Watertown Factory Outlet dan Masjid Perth

Dari Caversham Wildlife Park kita orang bergerak ke Watertown Factory Outlet Shopping Center untuk makan tengah hari. Boleh je kalau nak makan di Caversham, tapi lebih selesa rasanya kalau dapat lepak-lepak dan cuci mata. Bukan nak menyoping sangat pun. Barang kat sini tak adalah murah sangat tapi nampak ramai juga orang kita yang tak menang tangan menjinjing hasil rembatan di sini.

Watertown Factory Outlet, Perth.

Sila ambil perhatian dengan waktu perniagaan di sini. Cuma hari Jumaat saja ditutup agak lewat.

Ada beberapa kedai yang menyediakan makanan halal di sini. Antaranya ialah Ispa Kebab yang terletak di aras bawah. Kami makan kebab saja hari ini sebab simple dan mengenyangkan. Hari-hari lain sebelumnya memang kita orang dah siap-siap bawa bekal.

Susah nak dapat tempat duduk waktu ni.

Besar kebabnya. Siapa perut kecil memang boleh makan dua orang untuk satu kebab ni.

Kedai makanan Turki yang terletak di bahagian bertentangan di aras yang sama.

Di tourist lounge ini ada disediakan tempat bersolat tapi ditutup pada hari itu kerana dalam proses ubahsuai. Pintu masuknya terletak di bahagian luar.

Hari itu memang kita orang malas nak balik ke apartment. Sementara kereta belum dipulangkan ni, bolehlah pergi ke Masjid Perth untuk bersolat di sana. Lokasinya di no 427 William Street. Agak besar masjid ini dan boleh memuatkan sehingga 600 orang jemaah.

Pintu hadapannya dikunci.

Masuk ikut pintu belakang.

Kawasan sisi masjid yang agak luas.

Laluan ke bahagian hadapan masjid.

Dibahagikan kepada dua bahagian.

Di sebelah kiri pejabat dan di kanannya masjid.

Ramai orang Malaysia pada hari tu.

Kawasan perumahan di sekeliling Masjid Perth.

Masjid ini terletak di kawasan yang agak tenang.

Lokasi wajib singgah kalau ke Perth.

Jam lima petang kita orang bergerak ke Bayswater Car Rental untuk memulangkan kereta. Alhamdulillah tak ada apa-apa kerosakan atau saman yang dikenakan. Masa di situ ada ternampak sebuah kereta yang rosak teruk, mungkin terlanggar kangaroo agaknya. Dengar khabar kalau terlanggar kangaroo pun kena saman juga.

Pejabat Bayswater Car Rental yang terletak di Adelaide Street.

Lokasinya tak jauh dari bus stop red CAT bus di Hay Street.

Kawasan pedestrian shopping street di Murray Street.

 Tersiksa untuk mencari sesuap nasi.

Lepak di sini sehingga malam.

27 comments:

  1. ya Allah..TERSIKSA mencari sesuap nasi tu 'ORANG'..ingatkan PATUNG!!!!

    ReplyDelete
  2. perut kecik 1 kebab utk 2 orang..tapi JM boleh habiskan 1 kebab sorang..maknanya?...hurmm..x nk jawab lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..ciku pun kot gitu..xmo kongsi..hihi

      Delete
  3. PLM, saya rasa patung berdiri terbalik tu memang patung betol sbb saya pernah bergambar dn ketok2 patung tu, memang steel... ke patong lain eh..? tp mmg hampir sure, itulah patungnya, Murray street kan...? hehe... dulu saya duduk dekat Criterion Hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah patung yang di Murray Street tu Fari... Hotel tu memang best sebab dekat dengan tempat shopping... Tapi duduk apartment lebih selesa sebenarnya walaupun jauh sikit...

      Delete
  4. Replies
    1. Rasanya memang standard size kalau di Australia... besar pun habis juga...

      Delete
  5. Replies
    1. Saya bukan setiap bulan ke obersi en Din... kat Perth pun itulah sekali yang kami makan.. so no problem... hehe

      Delete
  6. perut shin kecik leh kongsi 3 org kebab tu.. tp pastu lapo balik hehe

    ReplyDelete
  7. Thanks gan, jadi nambah referensi wisata baru nih hehe

    Wisata di AUSTRALIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih infonya mas Wizam... tapi Pulau Cocos tu memang tak terjangkau rasanya...

      Delete
  8. memanglaa susah.. kalo dia datang mesia lagi susah heheh semua mahal =P

    besar masjid nya best best.. memang nampak perth ni lebih terbuka dgn islam.. kalau ada rezeki bolehla menjenguk ke sini pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kan CT orang tu...

      Agak besar masjid Perth ni... rasa damai dan selesa betul di sini...

      Delete
  9. Berapa jam orang itu bisa jadi patung terbalik seperti itu Pak Mie ? betul-betul tersiksa.memang.
    kalau saya sedetik juga ngak sanggup jadi patung seperti itu..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sebenarnya memang patung mas Gunadi... bertahun pun tidak rasa capek...hehe

      Delete
  10. Kebab tu memang win.... tapi saya boleh habiskan kebab tu seorang...waaaa..besar kan perot ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sebenarnya satu tidak cukup... lagi besar kan perut saya...hehe

      Delete
  11. bestnya jumpa org mesia ramai kat masjid tuh...hehehe baru fefeeling balik kg sikit...hehehe!rugilaa pi FO tak sopping enmie oi...hehehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu cuti sekolah, memang ramai sangat orang kita bercuti di sana.

      Mana-mana pun lebih kurang sama je FO ni DJ. Mitsui Outlet Park dan JPO pun tak terpergi lagi...

      Delete
  12. Replies
    1. Lokasinya di pinggir Perth...sebab tu nampak tenang dan damai....

      Delete
  13. respect laa diaorg ni...bersih jer....kita kat sini bila laa nak bersih camtu..... "BERSIH" yg tu selalu lah..cehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mentaliti negara ketiga... walaupun kemudahan semuanya ada... nak buat macam mana...

      Delete
  14. Thank you information displayed, opened my insight.



    asuransi jiwa

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...