Hari ini destinasi kami ialah ke Aiins World yang terletak di Bucheon iaitu satu bandar di antara Seoul dan Incheon. Stesyen terdekat untuk sampai ke sini ialah stesyen Songnae yang terletak di laluan 1. Jika mengambil laluan ini perlu berhati-hati kerana laluan ini berpecah dua di stesyen Guro. Pastikan kita mengambil laluan yang betul iaitu laluan yang berakhir di Incheon. Contoh di tempat kita macam di stesyen Chan Sow Lin. Jika dari KL kena tentukan sama ada nak ke Ampang atau Bukit Jalil.
Kawasan berhampiran tempat penginapan di Hyehwa.
Bertukar kereta api di stesyen Guro.
Perjalanan dari tempat penginapan mengambil masa lebih satu jam. Dari stesyen Songnae, cara yang senang untuk ke Aiins World ialah dengan teksi. Tambang lebih kurang 3K won saja. Ada juga perkhidmatan bas ke sana, tapi bergerak mengikut masa.
Aiins World - miniature park di mana terdapat replika terkenal berbentuk mini dari seluruh dunia.
JOHOR, luaskan kuasamu! Sempat lagi tu..
SELANGOR The Red Giant.
Aiins World Guide, untuk memudahkan kita mengenalpasti sesuatu lokasi.
Kawasan Aiins World ini di bahagikan kepada beberapa zon iaitu England, Peranchis, Eropah, Russia, Afrika, Asia Barat, Amerika Selatan, Amerika Utara, Oceania, Asia dan Korea. Tiket masuk ialah 10K won dan dibuka mulai jam 10 pagi. Temanya sama seperti di Window of the World di Shenzhen, China tapi dengan skala yang lebih kecil.
Petronas Twin Tower juga ada di sini.
Antara tarikan lain yang ada di sini.
Tak sampai dua jam kita boleh habis melawat seluruh kawasan ini.
Selepas berehat sebentar, kami meneruskan misi. Kali ini destinasinya ialah Namdaemun market yang terletak berhampiran stesyen subway Hoehyeon di laluan 4. Kat sinilah tempat paling sesuai sekali untuk mencari barangan cenderamata. Harga barangan di sini agak murah dan boleh ditawar.
Kawasan Namdaemun market yang sentiasa sesak lebih-lebih lagi pada hari Sabtu. Tempat ini ditutup pada hari Ahad.
Banyak pilihan T Shirt kat sini.
Mamat Korea dua orang ni pandai cakap Melayu. Tak taulah sama ada betul-betul faham atau cuma menghafal macam burung kakak tua. Tapi dengan kelentongnya terbeli juga gula tarik tu.
Sempat membeli kebab semasa berjalan keluar untuk ke stesyen subway. Kami memilih royal kebab iaitu campuran chicken kebab dengan cheese kebab. Cuma tambah 500 won saja.
Penjual kebab berasal dari Iraq.
Dari sini kami pulang dulu ke hostel sebelum meneruskan rondaan pada petangnya. Hujan sudah mulai turun pada waktu ini dan keadaan persekitaran juga menjadi semakin sejuk. Ingatkan bulan Mei ni dah tak perlu sweater bagai, rupanya tersilap lebih-lebih lagi masa tu berangin pulak. Tapi misi sebelah petangnya tetap akan diteruskan.
salam Mie..masih di korea lagi ke nii....singgahlah rumah nekcik tu....hi..hi..nekcik pun tak sampai situ
ReplyDeleteSalam Nekcik... dah lama dah balik ni. Takpe nanti Nekcik boleh repeat ke sana lagi. Di tunggu entry Nekcik ke Shenzhen...
Deletesaya pun terbeli gak gula tarik tu gara2 mamat korea tu pandai mengambil hati haha..nasib baik sedap
ReplyDeleteRasanya ramai orang yang terkena dengan dia. Sedap memanglah sedap tapi agak mahal, pastu masuk mulut terus habis... hehe
Deletetak tau nak komen apa...yg pasti sume menarik!
ReplyDeleteKat sana semuanya menarik, maklumlah negara maju. Ujie bolehlah menjengah ke Korea nanti...
Deleteahaha..senasib lah kita mie, terbeli jugak gula tarik tu, kesian punya pasal, bersungguh-sungguh diorang wat show, takkan nak blah macam tu je kan...
ReplyDeleteaiins world? first time baca kisah blogger datang sini, mostly orang lain ke lotte world and everland jer...
Memang rasa macam terjerat tak boleh nak lari, jadi terpaksa belilah juga. Lagipun dia orang dah bagi kami merasa sorang satu...
DeleteHaah memang tak ramai yang datang ke sana jika ke Seoul. Kami tak pergi ke taman tema berbentuk permainan sebab tak banyak bezanya dengan US Singapore tu...
aritu pegi terlupa nak beli gula tarik ni. mmg dh aim nak beli. tp this time duk makan manjoo je manjang. hahaha tau x manjoo tu ape? kuih yg ade custard kt dlm tu. makan panas2. byk jual kat stesen subway.
Deletetheme park ni, bg sy sendiri rasa dh xmo pegi dh. bukan ape, kdg2 rasa mcm diri dh terlalu dewasa nak main2 bnda mcm ni. better appreciate nature lebih dr mainan2 ni semua. tp 1 je kalo pegi pn mybe disneyland sbb x penah jejak lagi kan. tp lain org lain minat. ;)
Alamak tak tau pulak mende manjoo tu. Ada macam castard cream puff kat tempat kita ke... Kalau macam tu, memang sodap...
DeleteSaya pun rasanya malas nak pergi ke tempat macam tu lagi sebab dah pergi di Shenzhen dulu, tapi atas permintaan bodyguard yang saya bawa, terpaksa ikutkanlah. Tentu HF dah berseronok di Disneyland HK tu....
haaaa lebih kuranglah kuih tu. tp makan panas2. adoyaiii teringat pulak sy. dlm 3k won utk 20 bijik x silap. ahjumma tu dh boleh ckp melayu dh.
Deletetak penah jejak lagi mana2 disneyland. ;)
nanti kalau ada rezeki,dpt g seoul lagi..mesti singgah aiins world pula...macam menarik...dulu dh msk dlm itenerary,tp kansel last minit sebab rasa mcm jauh jee....err..jauh ke sebenarnya??
ReplyDeleteTempat tu takdelah jauh sangat macam nak gi ke Nami Island tu. Kalau dari stesyen Hyehwa cuma tukar satu line je, dari line satu ke line 4. Pastu sambung dg teksi.
DeleteSalam Mie..
ReplyDeleteYg jual kuih tarik ke haper tu pandai tui ckp melayu..adik cantik la..hahaha.Buat2 plak tnya umur..bila bgtau umur..wahh xnampak umur tupun..sangat muda..hahaha. pandai tui tarik perhatian..tp saya juat rasa semua flavour..saya thank you...then bai bai..hahaha
Ingatkan dia nak kelentong orang, rupanya dia yang kena. Tera ko zila... Tapi mende tu memang mahal pun, macam tak berbaloi kalau beli...
DeleteHarap aiins world best.., shenzen ounya dah pi.... Hi3
ReplyDeleteAiins world tak best... tak rekomen untuk ke sana...
Delete