Annyeonghaseyo (안녕하세요 한국)
Akhirnya giliran saya pula sampai ke bumi Korea. Ya lah, baru ada rezeki nak sampai ke sini. Cuaca yang tidak menentu di Seoul menyebabkan itinerari terpaksa diubah-ubah. Hujan berpanjangan kekadang boleh mencapai sehari suntuk. Walaupun hujannya tidak begitu lebat, tapi pergerakan jadi lambat dan terhad. Nasib baik hujan cuma dua hari saja sepanjang tempoh percutian kami di sana.
Berlepas dari LCCT pada jam 9.00 pagi dan sampai di Incheon pada jam 4.30 petang. Oleh kerana kami akan menempuh waktu makan tengah hari dalam kapal terbang, jadi tempahan sudah pun di buat secara online dan harganya memang berpatutan. Tapi yang mengejutkan harga makanan yang sama bagi perjalanan dari Incheon ke LCCT berharga hampir RM30 setiap set. Jadi kalau dilihat, memang tak ramai yang memesan makanan semasa penerbangan pulang.
Berlepas dari LCCT pada jam 9.00 pagi dan sampai di Incheon pada jam 4.30 petang. Oleh kerana kami akan menempuh waktu makan tengah hari dalam kapal terbang, jadi tempahan sudah pun di buat secara online dan harganya memang berpatutan. Tapi yang mengejutkan harga makanan yang sama bagi perjalanan dari Incheon ke LCCT berharga hampir RM30 setiap set. Jadi kalau dilihat, memang tak ramai yang memesan makanan semasa penerbangan pulang.
Trip kali ini disertai oleh cik wife dan dua orang bodyguard.
Sampai di Incheon Airport mengikut waktunya. Lega dan bersemangat rasanya walaupun cuma disambut dengan skrin monitor di pintu memasuki ketibaan.
Kami memilih untuk mengambil Airport Railroad untuk ke tempat penginapan kerana tambangnya tidak sampai separuh berbanding tambang menaiki bas. Airport Railroad ini terletak di aras B1.
Sebelum itu kenalah beli T-Money Card di kedai 7 Eleven untuk memudahkan perjalanan. Deposit untuk setiap kad ialah 2500 Won. Top up untuk setiap kad pula sebanyak 30K Won, tapi masih tak cukup.
Walaupun tidak menaiki bas macam Orga dan Zila yang baru saja balik dari sana, ternampak juga kincir angin gergasi ini di tepi lebuhraya.
Sampai di Incheon Airport mengikut waktunya. Lega dan bersemangat rasanya walaupun cuma disambut dengan skrin monitor di pintu memasuki ketibaan.
Kami memilih untuk mengambil Airport Railroad untuk ke tempat penginapan kerana tambangnya tidak sampai separuh berbanding tambang menaiki bas. Airport Railroad ini terletak di aras B1.
Sebelum itu kenalah beli T-Money Card di kedai 7 Eleven untuk memudahkan perjalanan. Deposit untuk setiap kad ialah 2500 Won. Top up untuk setiap kad pula sebanyak 30K Won, tapi masih tak cukup.
Walaupun tidak menaiki bas macam Orga dan Zila yang baru saja balik dari sana, ternampak juga kincir angin gergasi ini di tepi lebuhraya.
Kereta api berhenti di setiap stesyen disepanjang perjalanan sejauh 54 km. Boleh juga ambil kereta api ekspres, tapi tambangnya adalah tiga kali ganda.
Akhirnya sampai di stesyen keretapi Seoul. Dari sini kami mengambil laluan 4 untuk ke tempat penginapan berhampiran stesyen subway Hyehwa.
Akhirnya sampai di stesyen keretapi Seoul. Dari sini kami mengambil laluan 4 untuk ke tempat penginapan berhampiran stesyen subway Hyehwa.
Tempat penginapan selama di Seoul, Korea Central Backpackers. Lokasinya cuma lebih kurang 300m dari stesyen Hyehwa.
Mengapa kami memilih tempat penginapan ini? Pertamanya kerana lokasinya yang berhampiran dengan stesyen subway. Keduanya kerana inilah bilik termurah yang kami dapat untuk menempatkan empat orang sebilik.
Kami sampai di tempat penginapan hampir jam tujuh malam dan suasana masih lagi cerah. Setelah berehat sebentar untuk makan bekalan yang dibawa dan menunaikan kewajipan, malam itu kami keluar ke Myeongdong iaitu satu kawasan membeli-belah yang mesti dikunjungi bagi mereka yang bercuti di Seoul.
Kawasan Myeongdong ini merupakan kawasan membeli-belah yang agak high class sedikit. Banyak barangan berjenama serta butik antarabangsa terdapat di sini. Kami hanya meronda-ronda saja di sini dan tidak menyinggah lagi ke sini untuk hari-hari seterusnya. Lagipun tidak banyak barangan cenderamata yang boleh didapati di sini.
Semasa berjalan-jalan tu ternampak satu gerai pasangan ahjumma dan ahjussi menjual makanan yang pernah keluar di blog fatt iaitu tteokbokki. Nampak macam sedap dan menyelerakan. Semangkok yang lebih kurang sepuluh hirisan berharga 3000 won.
Cedokan terakhir tteokbokki untuk kami.
Inilah rupa tteokbokki tu. Rasanya seakan kuetiau tapi agak kenyal dan pedas.
Akibat kepedasan terpaksalah pekena aiskrim pulak. Aiskrim vanila coklat ini agak keras dan tidak mudah cair sebab tu boleh tinggi jambulnya.
Dan tak lupa minuman susu pisang yang sudah jadi glamer dikalangan orang yang berkunjung ke sana.
Juga minuman buah stroberi kisar yang pekat serta original.
N Seoul Tower yang seakan melambai kami untuk ke sana dapat dilihat dari sini.
Kami berada di sini lebih kurang dua jam saja. Tak ada apa pun yang dibeli kecuali cik wife yang sempat menyambar sedikit barangan personalnya di butik Nature Republic.
Keesokan harinya kami bercadang untuk ke salah satu taman tema yang ada di Seoul ini tapi bukan Lotte World, Everland atau Seoul Land kerana taman tema tersebut banyak mengambil masa sedangkan tempoh percutian kami agak singkat.
Assalamualaikum En Mie,
ReplyDeleteOhhh..ke Korea rupanya nya yer...
NO Wonder lah header blog bertukar :-)
Bestnya dapat pergi bercuti bersama keluarga..Nak pergi seoul jugak :-)
Haah ke Korea, giliran saya baru sampai... Tapi orang dah tak heran kot sebab ramai sangat blogger yang dah ke sana.
DeleteKan JM dah pernah pergi ke Seoul tu...
ni pegi brape hari ni? nampaknya still sejuk ye... actually kat myeongdong saya suka jejalan tgk keadaan sekitar. ade certain brg murah gak. tp ikut org la kan. tp mmg heaven utk kaum hawa je. hahaha nasib baik bawak hero je.
ReplyDeleteSaya ke sana cuma enam hari dan suhu harian memang sangat nyaman. Tapi kekadang sejuk tak tertahan kalau hujan dan berangin...
DeleteNasib baiklah saya cuma ada hero je, kalau tak banyak jugalah yang terkopak kat situ agaknya...
Wahh cantiknya header blog tu..tak sabar nak baca pengalaman mie pulak kat sana..hehe. Tebokki tu saya ada mkn jugak..macam kunyah plastic...hahaha.
ReplyDeleteSaya rasa tak banyak beza kot sebab musim yang lebih kurang sama. Betullahcakap zila, tteokbokki tu kenyal semacam, macam kunyah plastik... hehe
DeleteWah dah sampai ke kuria jugak ye. ramainya manusia! Aiskrim tu nampak sedap sebab tinggi melangit.
ReplyDeleteBaru ada rezekinya Janggel, maklumlah gi dengan famili ni belanjanya agak besar...
Deletememang murah sikit tambang naik train berbanding bas, dats why untuk balik dari seoul ke incheon, kitorang pun pilih naik train jugak mie. dalam banyak-banyak makanan diatas, cuma susu pisang jer yang try, yang lain tak dan, rugi pulak rasa...sama pendapat dengan orang lain mie, header cantik bangat !
ReplyDeleteSaya pergi balik naik train, memang banyak jimatnya. Oh ye tak mencuba tteokbokki tu, mungkin ada kat restoran Korea kat sekitar Lembah Klang ni...
DeleteBanpo Bridge rainbow fountain tu kami pergi masa malam terakhir. Agak jauh juga berjalan dari stesyen subway Express Bus Terminal...
Rindu susu pisang, teokbokki dan jalan-jalan kat myeongdong...
ReplyDeletemrs.smile nampaknya kenalah mengulang lagi ke sana...
Deleteaiggoooo..! niceeee tripp ;)
ReplyDeleteoh yeah... memang trip yang best sekali...
DeleteHuh huh salam Mie....cuti cuti kuria ye..nekcik pun dok kat hyehwa...depan university sungkyungkwan tu....mcm tak puas sekali pergi kan....nekcik pun bru smpy rumah ni..from shenzen..hi..hi
ReplyDeleteWah Nekcik mesti shopping sakan kat Shenzhen tu. Betul tu memang rasa tak puas ronda kat Kuria tu. Rasanya kalau cuti dua minggu baru puas agaknya...
Deletewow sampai korea plak abg mie.. rase nak g gak la korea dalam waktu terdekat ni.. btw hostel tu berape rate die semalam..
ReplyDeletebagus je ambik train tu, tak banyak sangat kan berhenti? berapa kos nye?
Hehe baru je ke Korea, orang lain dah lama pergi dah. Kalau doc nak ke Korea jangan waktu terdekat ni sbb musim panas, carilah musim yang nyaman sikit.
DeleteHostel tu kira per pax dalam RM50+ semalam. Saya ambil yang empat orang sebilik.
Train yg saya ambil train komuter, jadi berhenti setiap stesyen, tapi tak ambil masa sangat. Kosnya 3K+ won.
td baca yang part2 dulu *ketinggalan pulak*...perasan gamba hyehwa tu...haa tak sangka duk KCB juga..hehe terus rindu korea...hahahaha
ReplyDeletesusu pisang memang best tp teokbokki tu,tak dpt la nak telan..rs sikit je terus keluar balik..hhahah
KCB tu agak dekat dengan stesyen kan, tapi kemudahan agak kurang. Ok lah tu, bukan nak memerap kat dalam bilik je pun.
DeleteSusu pisang memang sodap, tak puas minum satu. Kami kebuluran masa tu sbb tu boleh habiskan tteokbokki tu walapun liat macam plastik... hehe
tak sabar nak ke sana... Trip aku november nih...
ReplyDeleteWah best tu Saffuan, cuaca pun nyaman masa tu...
DeleteInsyaAllah hujung tahun ni ke sana. Nak cari maklumat dan info sebanyak mungkin...
ReplyDeleteSelamat bercuti... memang best jalan-jalan ke Korean ni...
Deletedone follow sini...
ReplyDeleteSaya nsk ke sana kali ke 2 ni,,... Ada nasihat..
ReplyDeleteWah .... Ini kali ke 2 saya nsk ke korea... Any tips?
ReplyDeleteSaya cadangkan pergi ke Sokcho... bermalam di sana...
DeleteKalau nak makan senang di Seoul... stay di Itaewon...
kenapa bermalam baik di Sokcho....
ReplyDelete