Monday, July 11, 2011

Pentauliahan PALAPES di UTHM

Hari Sabtu lepas saya dan cik wife hadir ke majlis pentauliahan PALAPES IPTA seluruh Malaysia. Kali ini UTHM, Batu Pahat telah dilantik menjadi tuan rumah majlis tersebut. Pada mulanya si anak ni macam tak dapat hadir je kerana sedang menjalani latihan industrinya di JKR Elektrik Shah Alam. Tapi alhamdulillah bossnya bagi pelepasan. Dia perlu hadir menjalani latihan perbarisan dan lain-lain aktiviti yang mengambil masa seminggu. Kebetulan pula UTHM ni tak begitu jauh jaraknya dengan rumah di kampung iaitu di Bukit Pasir, jadi tak payahlah nak menyewa hotel.


Upacara pentauliahan ini disertai oleh 14 buah IPTA yang melibatkan tiga bahagian iaitu Palapes Darat, Laut dan Udara. IPTA yang mengambil bahagian ialah UM , USM , UTM, UNIMAS,  UTHM, UKM, UiTM, UUM, UMS, UPM, UPSI, UNiMAP, UPNM, dan UMT. Anak saya AZ, mewakili UTM.

Upacara dimulakan seawal 7.30 pagi dimana ibubapa dan tetamu mengambil tempat di padang kawad. Cuaca agak baik pada hari tersebut. Acara di padang kawad selesai lebih kurang jam sepuluh lebih. Peserta diberikan rehat setengah jam sebelum acara penyampaian tauliah di adakan didalam dewan pada jam sebelas pagi.


SPBYD Agung sepatutnya hadir di upacara tersebut, tapi disebabkan ada demonstrasi bodoh di KL, baginda tak dapat hadir. Penyampaian sijil pentauliahan dilakukan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Hampir 1200 orang pelajar dari tiga cawangan Darat, Laut dan Udara menerima tauliah dengan pangkat Leftenan Muda.


Dewan acara hanya dapat memuatkan pelajar saja, jadi ibubapa dan tetamu diletakkan di ruang legar dan disediakan monitor khas untuk mengikuti siaran langsung. Acara selesai pada jam 2.30 petang dan hanya selepas itu baru pelajar dapat berjumpa dengan ibubapa dan makan tengah hari yang disediakan oleh pihak universiti masing-masing di kawasan terbuka.

Sempena dengan acara pentauliahan ini diadakan satu pameran ketenteraan bersebelahan dewan yang disertai oleh pihak tentera dari semua cawangan.


UTHM boleh dikatakan sebuah universiti yang agak baru dan prasarananya sedang pesat dibangunkan. Universiti ini terletak di kawasan yang mendatar dan tidak berbukit-bukit seperti kebanyakan universiti lain.


Pada petangnya saya sekeluarga terus ke UTM Skudai kerana nak mengangkut balik ke rumah barang-barang palapes AZ yang tidak akan digunakan lagi. Tahun akhir nanti dapatlah memberi tumpuan  lebih kepada kuliahnya kerana tiada lagi latihan palapes yang banyak mengambil masa sama ada pada hujung minggu dan waktu cuti semester.

6 comments:

  1. teringat gambar banjir kat KUITTHO tahun 2007 yg lepas ghitewwww.. uhuhu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mie..,

    dah sampai sini atapi tak masuk dlm kampus lagi....baru memang cantik sokmo teratur dan terurus...

    Tahniah buat yg mendapat pertauliahan.....kena tabik springggggg...

    ReplyDelete
  3. en_me: Kampus ni terletak di kawasan agak rendah dah mudah diancam banjir..

    ReplyDelete
  4. azmnor: W'pun baru dah ada kemudahan stadium lagi, tak mcm sesetengah U tu...

    ReplyDelete
  5. Syafiq: Ya, dia dari cawangan army. Mungkin sebaya dgn Syafiq kerana dia dari program ekspres..

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...