Friday, July 15, 2011

Singgah di Muar

Dalam perjalanan pulang ke kampung tempoh hari, saya sekeluarga ambil keputusan untuk singgah di bandar Muar kerana dah lama tak pekena mee bandung Muar. Kami keluar melalui plaza tol Tangkak dan berhenti di sebuah restoran yang terletak sebelum bandar Muar.


Restoran ini bukan khusus menjual mee bandung, ada juga  nasi campur dan lain-lain. Suasana restoran nampak tidak begitu ceria tetapi keadaan dalamannya agak bersih dan kakak yang nampak macam penyelia di restoran itu pun cun orangnya. Kami hanya makan mee bandung saja kerana hari agak masih awal untuk makan yang berat-berat. Memang gred A sedapnya, cuma sayang mee nya sikit sangat.

Kedudukan restoran ini amat mudah untuk dicari. Jika kita memandu dari arah Melaka, restoran ini terletak di sebelah kiri jalan selepas saja Sekolah Menengah Sains Muar kira-kira satu kilometer sebelum sampai ke jambatan Muar. Terdapat satu deretan kedai di situ.


Bandar Muar

Dalam perjalanan ke BP, kami singgah sebentar di kilang membuat keropok bawang yang diusahakan oleh kakak di Pekan Simpang Lima. Banyak tempahan yang diterima sempena sambutan hari raya nanti. Menurut kakak, keropok bawangnya boleh bertahan hingga lima bulan tanpa berbau tengik jika diikat dengan sempurna. Selain dari mengusahakan keropok bawang kakak juga membeli kerepek lain dari pembekal secara pukal untuk di pek semula.

13 comments:

  1. Simpang Lima di aman tu Mie. Kakak selalu balaik rumah mertua kakak di Peserai dan beli ikan di Parit Besar....wah macam dah dekat :)

    ReplyDelete
  2. mee bandung kegemaranku.oh terliurrr..

    ReplyDelete
  3. Kakzakie: Kampung saya di Bukit Pasir, dekat dg Wet world. Kakak saya tinggal di Pt Hj Salam, Spg Lima. Kilangnya di belakang pekan saja, bolehlah singgah kalau berminat..

    ReplyDelete
  4. axim: Azim suka berjalan kan, bolehlah singgah bila outstation ke Johor nanti..

    ReplyDelete
  5. encik mie,
    ada tak terperasan 1 kedai mee bandung muar yang campur dgn kedai mkn cina? lupa la nama dia tp kedai tu agak femes sbb ramai org terkenal mcm politician & celebrities (inc. chef wan) penah makan kat situ. since im not a fan of mee bandung so i takleh nak verdict brp bintang. sesetengah org mgkin rasa takde apa makan mee bandung dlm kedai cina (pemilik mee bandung ni org melayu, dia just sewa space kedai tu), but i tak tau..depends pd setiap org punye tahap keselesaan, if you know what i mean.

    ReplyDelete
  6. fatt: Tak perasaan pulak, tapi memang ada di mana-mana. Saya memang tak akan sampai termasuk kedai yg semacam tu, contohnya mcm restoran Hailam yg agak femes tu.

    Fatt, kembaramu sungguh hebat, saya tak pernah miss mengikutinya.. teruskan.

    ReplyDelete
  7. salam ziarah tuan.

    bila tengok mee bandung Muar, teringat smula memori dulu2...weekend je outing gi mkn mee bandung kat tepi sg muar.. :)

    ReplyDelete
  8. welcome sis intan..

    Mee bandung ni kalau dapat yang sedap, bila makan memang sampai tak nampak telinga, jauh pun sanggup datang.. hehe

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum mie..,

    hmmmmmmmmmmmm...memang nampak menyelerakan.....bila lapulak aku nak santai kat sana bukan jauh sgtkan Jasin ke Muar.....

    ...camtu pekena dua lah mie pasal nak lebih mee....

    keropok bawaang tu nanti raya aku nak 1 macam tahun lepas..

    ReplyDelete
  10. azmnor: bila kau hantar anak kau ke Jasin nanti, pecutlah sekejap ke Muar, bukan jauh mana pun.

    Keropok bawang tu, kalau masa raya biasanya takde stok.. semua dirembat pengedar sebelum raya lagi..

    ReplyDelete
  11. dah lama rasanye x pergi Muar nih...rasa nye last maso kecik2 dulu...huhu
    tapi mee bandung tuh nmpk sgt sodap la...

    ReplyDelete
  12. Papa Mifz, mee bandung tu dijamin sodap..

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...