Monday, June 20, 2011

Taman Bukit Jalil

Kali terakhir ke sini kira-kira dua tahun yang lalu walaupun kedudukannya tidak begitu jauh dari rumah. Taman ini terletak di tepi jalan utama dari Puchong ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Mungkin ramai  diantara kita yang pernah ke sini.

Terdapat dua kawasan meletak kenderaan untuk kemudahan pelawat. Yang pertama berhampiran batu tanda Taman bukit Jalil dan yang kedua berhampiran Kelab Golf.  Saya cadangkan kepada sesiapa yang nak ke sana, letakkan kenderaan di kawasan yang pertama kerana kawasannya lebih luas dan berturap sepenuhnya.

Kawasan taman ini agak luas dan terdapat beberapa tasik buatan serta trek untuk berjogging. Oleh kerana kawasannya agak berbukit, jadi tempat ini memang sesuai sekali untuk menguji stamina. Bagi mereka yang hanya mahu bersiar-siar laluan bertangga disediakan untuk jalan pintas ke satu-satu tasik.

Keadaan taman yang dijaga dengan baik menjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga.

Jika ada yang suka melayan ikan-ikan di sini, bawalah roti sendiri. Antara ikan yang mendiami tasik ini ialah ikan keli Afrika dan ikan tilapia.

Laluan bertangga dan jambatan yang dibina merentasi taman ini bagi kemudahan mereka yang hanya mahu bersiar-siar saja. 

Disediakan juga trek jogging yang luas dan panjang mengelilingi taman ini.

24 comments:

  1. sonoknyerr jalan jalann kanns.. ehehe

    ReplyDelete
  2. Sesaja ambil angin petang en_me...

    ReplyDelete
  3. Memang suka tempat2 macam ni, bersiar2 ngan keluarga sambil beriadah....Tang bab ikan tu lagi best..tapi rasa macam tak leh pancing je...hehehhe

    ReplyDelete
  4. salam - sy tak pasti - biasanya yang dekat dengan tempat tinggal la yg tak dikunjungi ! tempat jauh rata dah sampai...tp sy insyaAllah sekitar kawasan sy ni dah sampai...malu aje orang jauh dah tiba...kita yg dekat sampai2...he3x

    ReplyDelete
  5. sekali ja sampai sini...padahal dekat ja dengan rumah..hehe

    ReplyDelete
  6. Mie,
    Nantilah sy bawak anak-anak jalan kat sini. Tapi, masalahnya sya ni fobia sikit bawak kereta di kota Metropolitan itu.

    ReplyDelete
  7. Fadzli: Mmg tempat yang sesuai utk berekreasi. Tang ikan tu, tengok aje lah..

    ReplyDelete
  8. Sonata: Kekadang macm itulah situasinya, kita asyik memikirkan tempat-tempat yg jauh, padahal kat sekeliling kita banyak tempat menarik..

    ReplyDelete
  9. Mohamadazhan: Serupalah nampaknya...

    ReplyDelete
  10. MAT SOM: Apa nak risau Cikgu, GPS kan ada, redah je pasti jumpa..

    ReplyDelete
  11. abam mie : taman bukit jalil...pernah jugak ai datam jogging kat sini dulu..tapi dah 6 tahun x pergi rasanya...adess...

    ReplyDelete
  12. BRO_MONDAY: Masa tu bujang lagi kot. Bawalah pulak family ke sini..

    ReplyDelete
  13. abam mie : a'ah masa dulu bujang...pergi ngan kawan² tempat keje...insyaAllah nanti ai se famili akan lepak sini jalan² makan angin...banyak tempat/taman dalam KL-Putrajaya yam masih belom ai teroka...

    ReplyDelete
  14. saya x pernah sampai lagi ke sini...huhu

    ReplyDelete
  15. tempat dating budak2 UPM ni...betul tak...?hik hik...

    ReplyDelete
  16. tak tau pun ada tempat secantik ini kat sini

    ReplyDelete
  17. Papa Mifz: Satu hari nanti sampailah tu...

    ReplyDelete
  18. Sham: Cikgu terkenang semasa dulu ke... hehe. Sekarang ni banyak dikunjungi orang untuk beriadah...

    ReplyDelete
  19. Kak Hani: Memang selalunya kita tak perasan adanya tempat menarik di sekitar kita... nampak yg jauh je..

    ReplyDelete
  20. Bang Miecyber: Mmg cantik taman ni. Bolehlah singgah jika turun ke KL nanti..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum mie...,

    lama tak menjejak kesini..., aku pun tak pernah gi tempat ni....esok-esok kena singgah sekali tengok apa yang patut...

    ReplyDelete
  22. azmnor: Boleh singgah tu, tak jauh dari Stadium Nasional hala ke Puchong..

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...