Bergegas pulang awal pagi ke Shah Alam daripada rumah adik di Kulai, Johor kerana menghadiri satu majlis di sana pada sebelah malamnya. Ini disebabkan sudah berjanji dengan rakan sepejabat untuk ke Legend Water Chalet , Port Dickson.
Sampai di LWC pada jam 2.00 petang dan berjumpa dengan rakan En Zack yang menguruskan chalet persendirian di situ. Senang berurusan dengannya kerana orangnya yang agak sempoi. Tepat jam 2.30 petang kami pun check in. Datang ke sini dengan rakan sepejabat dahulu, mungkin lain kali dengan keluarga pula. Lagipun datang ke sini nak mencuba-cuba memancing, kalau dengan keluarga risau pula mereka bosan. Survey dulu...
Kami menempah dua buah chalet di mana salah satunya menghadap laut sepenuhnya, sementara yang satu lagi berhadapan dengan barisan chalet yang lain di mana caj yang dikenakan adalah berlainan. Chalet ini terbahagi kepada dua kategori iaitu sama ada yang di atas air atau di blok bangunan utama di daratan. Tempat letak kenderaan bertingkat juga disediakan.
Kelebihan chalet yang menghadap laut sepenuhnya ialah dapat menikmati pandangan cantik waktu matahari hampir terbenam. Kalau nak memancing pun boleh baling umpan jauh-jauh. Tetapi misi untuk memancing ikan di sini nampaknya gagal. Seekor ikan pun tak dapat. Tak tahulah sama ada kami menggunakan umpan yang sesuai dengan ikan yang hendak dipancing atau tidak. Ikan memang banyak di sini tapi kami tak tahu apa spesisnya. Ikan jenis ini suka makan dipermukaan air dan ekornya berwarna kuning. Ada yang besar dan dianggarkan mencapai setengah kilogram.
Selain memancing kita juga boleh memerangkap ketam dari balkoni chalet ini. Kami menyewa tiga perangkap ketam dengan kos RM50. Dapat juga memerangkap beberapa ekor ketam untuk mengubat kekecewaan memancing ikan. Ketam biasanya masuk perangkap pada masa air surut atau baru nak pasang. Jika air dalam, kemungkinan untuk mendapat ketam adalah kurang. Umpan yang sesuai sekali adalah udang berbanding sotong. Umpan sebaiknya dibungkus dengan plastik yang dilubangkan supaya tidak mudah gugur bagi mengelakkan kerap mengganti umpan. Terdapat juga ketam batu yang masuk perangkap tetapi dapat dibezakan dengan fizikal kulitnya yang agak keras dan susah nak mati bila di daratan. Jika ke sini lebih baik bawa sendiri perangkap ketam kerana ianya boleh digunakan berulang kali dan harganya lebih kurang RM10 sahaja seunit yang boleh dibeli di kedai peralatan memancing.
Tempat ini sesuai dijadikan tempat percutian keluarga, cuma bawalah bekalan makanan secukupnya kerana jika kita duduk di kawasan menghadap laut ianya agak jauh dari daratan.
Hehehe.....bukan umpan tu punya salah ada "org" tak mandi hari tu...tu pasal ikan semua lari tempat lain....
ReplyDeleteTak per lain kali kita pergi lagi bawak umpan umpun umpun pula...
Tak per laa dah adat memancingkan ada kala berjaya adakalanya Gagal... semuga berjaya dilain masa..
Sebenarnya tak ada rezeki lagi lah tu... Apa-apa pun memang enjoy relax kat situ.
ReplyDeletesalam kenal...
ReplyDeletewow ketam... pakcik suko kotam...
folow balik bro mie...
TQVM Sham kerana sudi ikut blog yg skema ini..
ReplyDeleteWahhh... satu lagi blog jalan2 cuti2 malaysia :) Suka!
ReplyDeletewa khairul onggon : TQVM, singgah-singgah selalu ke sini...
ReplyDeletecantiknya chalet tu..kalau saya pergi sana..mau tak nak balik rumah hehe...
ReplyDeleteKamsiah: Memang cantik tempat ini..Kalau nak harga yang lebih murah gunakan link di blog saya.
ReplyDeleteambik bilik mana enche mie? betul lah ikan tu saja je berenang2 bole keliling pancing.macam mengejek je. Yang ekor warna kuning tu kan.? saya pun tak tau memancing ni.kot salah umpan. nak umpan sekor ayam kot. hehehehe. ketam pun tengok nasib. mungkin ada musim2 atau dah pupus sbb ramai sangat yang menangkap ketam.
ReplyDeletebtw saya dah add link dlm blog.
Saya ambil bilik DLF yang ngadap laut tu. Sekor ikan pun tak dapek, nasib baik dpt ketam, tu pun tak sampai sekilo. TQVM for linking my blog.
ReplyDeleteSalam kenal.
ReplyDeleteCantik juga tempat ni. Bolehlah saya ke sini bawa keluarga lain kali.
Sdra YB : Tempat ini memang sesuai untuk percutian seisi keluarga..
ReplyDeleteBerapa sewa untuk water chalet ni? Nampak menarik jea tempatnya!
ReplyDeleteMyza: Ada banyak kategori, lain kedudukan lain harga, begitu juga hari cuti dan weekdays. Masuk link yang ada pada entry tersebut. Chalet yang saya sewa adalah milik persendirian. Harganya lebih murah berbanding yang ditawarkan oleh pengendali resort.
ReplyDeletepernah lepak kat sini. resortnya cantik da menark tapi air lautnya kotor le..
ReplyDeleteJoe: Pasal air tu memang di akui memang kureng sikit. Tapi kalau nak memerangkap ketam dan memancing ikan sesuai tempat ni..
ReplyDeletewah..bersunset.
ReplyDeleteSesekali en Din...
Delete