Sunday, February 13, 2011

Ronda-ronda di Cameron Highlands

Saban tahun kami sekeluarga ke sini untuk berehat kerana suka cuacanya yang nyaman. Kalau pada masa itu (cuti Tahun Baru Cina) negeri-negeri di selatan tanah air dilanda banjir dan hujan setiap hari,  di Cameron Highlands keadaan adalah sebaliknya. Panas dan terang sepanjang hari kecuali pada sebelah petang agak mendung. Tak tahu ke mana nak pergi lagi, jadi meronda sajalah. Untuk ke CH saya lebih suka mengambil jalan lama iaitu dari Tapah berbanding dari Simpang Pulai. Pekan atau petempatan penduduk di CH bermula dari Ringlet, Habu, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla dan terakhir sekali Kampung Raja sebelum sampai ke simpang jalan utama untuk  ke Perak dan Kelantan.
 


Menginap di sini selama empat hari. Kemudahan internet wifi disediakan. Sebenarnya kami lebih banyak  melepak dari berjalan-jalan kerana tempoh cuti yang agak panjang. Bersebelahan dengan rumah penginapan ini terdapat ladang strawberry dan bunga. Untuk mendapatkan strawberry yang segar sebelum pulang beli saja di sini kerana ianya dibuka agak awal pagi.



Cara makan strawberry yang paling sedap sekali ialah dengan membelahnya kemudian campur sedikit gula dan tambah dengan krim. Marvellous... Gula perlu dicampur kerana strawberry di CH agak masam. Kalau ada krim coklat lagi sedap.

 
 
Tarikan terbaru di MARDI Tanah Rata  ialah menara jam yang menunjukkan suhu harian dan waktu serta kilang teh yang baru dibuka. Suhu pada jam 9.57 pagi pada waktu itu ialah 19 darjah Centigrade.



Rumah flat moden yang terdapat di Kampung Raja yang diambil fotonya dari Masjid yang terletak di atas bukit dengan pemandangan yang cantik. Tidak terdapat hotel di sini kerana ianya lebih merupakan kawasan petempatan penduduk seperti Tringkap dan Kuala Terla.

 
Kawasan pasar di sepanjang jalan di Kea Farm (di antara Brinchang dan Tringkap) adalah yang paling popular sekali dikalangan pelancong. Harga yang lebih murah berbanding tempat lain mungkin menjadi tarikan utama. Selain buah-buahan dan sayur-sayuran juga terdapat pokok-pokok untuk dijual seperti strawberry, bunga dan kaktus. Di sini juga terletaknya hotel pada kedudukan tertinggi di CH iaitu Hotel Equatorial.


 
Jalan menuju ke Kea Farm sentiasa sibuk terutama pada hujung minggu dan cuti sekolah. Untuk mendapatkan tempat parkir amat susah sekali, lebih-lebih lagi kalau kita terlewat ke sini. Kadang-kadang terpaksa menapak agak jauh. Gambar di atas diambil pada dua hari yang berlainan.


   
Kawasan ladang teh Bharat di Tringkap lebih kecil saiznya berbanding yang ada di kawasan antara Habu dan Tanah Rata. Tetapi ladang tehnya terletak betul-betul di sebelah tempat letak kereta, jadi agak mudah bagi semua orang untuk memasukinya. Di sini juga terdapat kedai menjual produk dari teh dan kedai cenderamata.

10 comments:

  1. Selamat bercuti dan menghirup udara segar...wow! Sungguh membahagiakan.

    ReplyDelete
  2. Cuti ni sebenarnya dapat merehatkan badan dan minda dari tekanan kerja seharian....

    ReplyDelete
  3. Jalan2 macam ni la yang best...melegakan otak yang
    berserabut..!!

    ReplyDelete
  4. Fadzli,
    Jalan-jalan selalu ke sini, mana tau ada yg boleh dijadikan rujukan nnti...

    ReplyDelete
  5. Dah banyak berubah yer kat CH berbanding yg aku pergi 3 tahun lepas.... yer laa 3 tahun lama gak tu... bila laa nak pergi lagi..maybe next year...

    ReplyDelete
  6. azmnor, jangan lupa 28/2 nanti aku alert kau.. hehe

    ReplyDelete
  7. bestnye jalan2...
    blog ni dah jd tempat rujukan sy..
    perancangan ada..tengah tunggu masa je nak terjah..hehehe..
    strawberry ngan krim..yummyyy

    ReplyDelete
  8. Jlan takut x?jalan ke ch sempit x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 2 pilihan jalan untuk ke CH jika dari KL. Kalau mahu jalan yg lebih lebar dan selesa, ikut je jalan Simpang Pulai ke Gua Musang. Balik bolehlah ikut jalan lama ke Tapah...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...