Dari Madrasah Ar Rafe'ah kami bergerak ke jeti Tasik Tonle Sap. Lokasinya tidak jauh lebih kurang sepuluh minit perjalanan. Jalan ke sini agak berhabuk kerana ada sebahagiannya yang masih belum bertar lagi. Nasib baik cuaca pada hari itu agak baik tapi tak tahulah macam mana kalau hujan.
Memang dari mula lagi kami tidak bercadang untuk mengikuti trip untuk ke Tasik Tonle Sap. Ada terbaca beberapa pengalaman pengunjung ke sana yang mengatakan tak ada apa yang menarik di sana kecuali melihat kehidupan penduduk di sekitar pinggir tasik. Lagipun sungainya agak cetek dan keruh mungkin sebab sudah lama tak hujan.




