Tuesday, June 19, 2018

Siem Reap Pt 2 - War Museum

Pagi ini kami nak ke War Museum. Keluar pun agak lewat sikit sebab kedudukannya tidak jauh dari hotel, cuma mengambil masa 15 minit untuk sampai. Muzium ini berkonsep terbuka dan tiket masuknya cuma US$5 sahaja.

Tujuan muzium ini di buat adalah untuk mengenang serta menyimpan sejarah dan episod penting negara Kemboja dengan  mengekalkan koleksi unik peralatan dan jentera perang untuk generasi yang akan datang.

Laluan masuk ke war museum.

Konsepnya ialah muzium terbuka.  Jentera-jentera perang lama dibiarkan macam tu saja. Cuma senjata kecil dan bom lama diletakkan di kawasan berbumbung.

Tiket masuk war museum.

Muzium di dalam ladang buah mangga.

Lama kelamaan akan habis berkarat.


Helikopter yang agak besar.

Jet pejuang.

Boleh beraksi ala-ala rambo.

Senapang lama.

Disediakan juga info mengenai senjata yang digunakan.

Periuk api.

Ada bermacam jenis.

Bom tangan.

Torpedo.

Periuk api merupakan salah satu jerangkap samar yang banyak digunakan semasa perang.

Deretan kereta kebal lama.

Lori pelancar roket.

Agak luas kawasan muzium terbuka ini.

Bermacam jenis peralatan perang di sini.



Jika ke Siem Reap jangan lupa untuk masukkan tempat ini sebagai salah satu tempat lawatan. Agak menarik dan tiket masuknya agak murah. 

Cukuplah satu tempat lawatan untuk sesi pagi ini. Jom kita cari tempat untuk makan tengah hari. Kali ini Nasir bawa kami ke Cambodian Muslim Restaurant yang terletak di jalan yang sama dengan restoran yang kami singgah sebelumnya.



Tiga jenis lauk yang kami pesan dan dapat diterima baik tekak kami.

Bila dah kenyang hati ada riang dan kami balik ke hotel dulu untuk berehat.

6 comments:

  1. bagus jg idea tanam pokok mangga...heli tentera mmg besar2 kan, teringat citer Combat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sayang jentera san denjata lama akan berkarat dan reput ditelan masa...

      Delete
  2. Gulai lemak ke tu? Adakah masakan mereka sama dgn kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seakan masak lemak tapi rasa agak lain sikit tapi dapat dilicinkan dengan jayanya...

      Delete
  3. tulisan diorang macam tulisan Thailand. PLM.. bom2 semua tu ori ke replica ja ? lain maciaaam cheq tengok seram. hihi War Museum Penang pun cheq tak pernah sampai lagi hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulisan diaorang lebih kronik...hehe. Bom-bom tu semua ori cuma dah tak berfungsi lagi dan suasana di situ sangat2 tidak menyeramkan...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...