Saturday, October 20, 2012
Tuesday, October 16, 2012
Konvokesyen UTM ke 49
Bertolak ke JB pada hari Jumaat 12/10 dan sesampainya di sana terus cari hotel untuk check in. Kebanyakan hotel di sekitar Skudai habis ditempah sempena majlis Konvokesyen UTM yang ke 49. Kami hanya dapat menempah hotel di kawasan Danga Bay. Ini kes lambat booking punya hal. Jaraknya ke UTM pun hampir 10 km. Majlis konvokesyennya akan diadakan pada hari Sabtu. Kami sekeluarga ke sini kerana meraikan salah seorang ahli keluarga yang telah berjaya menamatkan pengajiannya dan dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik.
Sebelumnya pada petang tu, sempat juga kami merayau sekejap ke Kota Iskandar, Nusajaya iaitu pusat pentadbiran baru bagi kerajaan negeri Johor yang menempatkan Dewan Undangan Negeri, Kompleks Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Kompleks ini dibina mengarah ke kiblat dan rekabentuknya berdasarkan senibina Melayu Johor dan Moor. Cuaca agak mendung petang itu. Hanya ada beberapa orang saja yang ada di situ kerana sudah menghampiri waktu tutup lawatan iaitu jam tujuh malam.
Bangunan Sulltan Ismail
Keluar dari kawasan Kota Iskandar tepat jam tujuh kerana sekuriti dah sibuk menyuruh kami beredar. Sebelum pulang ke hotel kami singgah dulu untuk makan di Mutiara Rini. Kami memilih untuk makan di Restoran Mutiara Village yang menyediakan makanan Grill dan Steamboat secara buffet. Pilih saja apa makanan yang kita hendak dan makanlah puas-puas. Ada juga berbagai jenis minuman yang disediakan. Caj yang dikenakan ialah RM25 seorang.
Antara makanan yang boleh dipilih. Ada juga terdapat sayuran dan bahan-bahan untuk yongtaufu.
Dua kuah yang disediakan iaitu tomyam dan sup.
Selesai makan kami balik ke hotel dan tak ke mana-mana kerana hujan. Lagipun pagi-pagi buta keesokan harinya terpaksa ke stesyen bas Larkin untuk mengambil salah seorang ahli keluarga yang sampai dari Kangar, Perlis. Nasib baik majlis konvokesyen yang akan dihadiri diadakan pada sesi petang. Tapi kami perlu datang awal juga ke sana kerana perlu membuat pendaftaran bagi penerima ijazah yang akan naik ke pentas. Lagipun tempat meletak kenderaan adalah terhad dan terpaksa menapak agak jauh kerana acara sesi pagi belum lagi selesai.
Umur baru 21+ dah dapat degree, agak cepat tu
Berfoto bersama rakan sefakulti pada hari berikutnya sebelum memulangkan jubah.
Tuesday, September 11, 2012
Malindo Airways pesaing baru Airasia
Ini merupakan berita yang boleh dianggap baik bagi orang suka travel. PM Najib telah mengumumkan akan pelancaran satu lagi perkhidmatan penerbangan tambang murah yang diberi nama Malindo Airways. Operasinya hanya akan bermula pada Mei tahun 2013.
Apa yang menarik, ianya akan berpangkalan di KLIA2 walaupun syarikat penerbangan ini adalah usahasama di antara syarikat Malaysia dan Indonesia. Syarikat Malaysia, NADI menguasai 51% dan selebihnya dipegang oleh PT Lion Group dari Indonesia. Kuala Lumpur akan dijadikan pusat bagi penerbangan ke negara ASEAN dan Asia.
Kalau tambangnya dapat menyaingi Airasia, apa salahnya kita bertukar angin. Lagipun aku kadang-kadang bengang dengan sikap Tony yang semakin angkuh. Syarikat penerbangan baru ini aku rasa boleh berdaya maju kerana Lion Group memang sudah lama berada dalam industri penerbangan dan NADI pula berpengalaman dalam perkhidmatan MRO (maintenance, repair, overhaul) kapalterbang.
Sunday, August 26, 2012
Ronda-ronda Hari Raya 1433H
Raya tahun ini semua ahli keluarga di KL sepakat untuk berkunjung ke rumah abang ipar yang yang beraya di rumah barunya di Taman Kerubong Jaya, Melaka pada petang raya pertama. Banyak rumah yang masih belum diduduki dan suasananya agak lengang.
Rumah sebegini jika di kawasan Lembah Klang harganya boleh mencecah RM400K, tapi di Melaka masih boleh dibeli dengan harga di bawah RM200K sahaja. Rumahnya mempunyai binaan yang agak luas dan rasanya tidak perlu untuk diubahsuai lagi.
Pada hari raya kedua baru kami sekeluarga bertolak ke Johor melalui jalan lama Melaka ke Muar dan Batu Pahat. Negeri Melaka ini antara negeri yang kaya dengan traffic light. Agak lama juga masa yang diambil untuk melepasi bandar Melaka. Antara foto-foto hari raya kami pada tahun ini.
Pada hari raya kedua baru kami sekeluarga bertolak ke Johor melalui jalan lama Melaka ke Muar dan Batu Pahat. Negeri Melaka ini antara negeri yang kaya dengan traffic light. Agak lama juga masa yang diambil untuk melepasi bandar Melaka. Antara foto-foto hari raya kami pada tahun ini.
Sempat singgah di Restoran Mee Bandung Muar yang sudah pun memulakan perniagaan walaupun baru Hari Raya kedua untuk makan tengah hari.
Sampai di Batu Pahat hampir tiga jam kemudian. Kesesakan di mana-mana.
Bergerak ke Rengit menuju rumah abang.
Keadaan jalan yang agak lengang sedikit kerana keluar beraya agak awal pagi pada Hari Raya ketiga.
Beraya sakan ke beberapa buah rumah saudara mara dan adik beradik. Pulang ke rumah sudah agak lewat malam.
Kami sekeluarga beraya di kampung untuk tempoh tiga hari sahaja. Balik ke KL pada Hari Raya keempat. Highway pun belum begitu sibuk. Selamat sampai tiga jam kemudian dan menyambung beraya di sini pula.
Friday, August 17, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)












