Tuesday, June 2, 2026

Kampong Agong, Seberang Perai Utara

Sempena cuti Hari Pekerja kami sekeluarga sempat bercuti di Pulau Pinang. Semua ikut sebab masing-masing tak perlu mohon cuti. Banyak tempat di Pulau Pinang kami dah pergi jadi kali ini kami nak ke Kampong Agong yang terletak di Penaga, Seberang Perai Utara. Taman tema agro yang terbesar katanya.

Sudah dibuka lebih empat tahun lalu tapi kami baru sampai tahun ini.

Harga tiket sangat berpatutan.

Lama sangat blog ini dah tak ada posting. Sayang pulak nak ditinggalkan macam tu saja. Memang dah malas sangat sekarang ni. Nak buat caption pun dah tak lalu. Tengok sajalah foto-foto yang ada. Mungkin ada yang belum ke sana bolehlah singgah bila ke Pulau Pinangg.






















Penginapan kami di Pulau Pinang.

Sunset dari tingkat 33 Tanjung Point Residence.

Menghadap pantai tapi tak berapa menarik.

Kolam renang di tingkat tujuh.

Pagi tu bersiap-siap untuk balik. Puashati menginap di kondo tiga bilik ini dengan tiga bilik air. Ruangnya agak luas, nampak baru dan sangat bersih. Ada kemudahan tempat letak kereta untuk tetamu dan juga ada kaunter kaunter check in nya sendiri.

3 comments:

  1. Wah..hebatnya, cantik gambar kelapa..menarik sekali entri ni..Teruskan berblog..nampaknya baru ada entri baru ni tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak lama juga blog ni tak ada posting baru. Entahlah dah kurang rajin menulis sejak akhir² ni..

      Delete
  2. Terima kasih ya ada bloglist blog Etuza warna kehidupan..Saya linkan di blog saya ya..jemput datang ke laman saya ya..Kita jadi teman bloggers Malaysia..

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...