Berkesempatan melawat negara-negara Balkan pada peralihan musim bunga ke musim panas iaitu pada akhir bulan Mei dan awal Jun. Cuaca waktu paginya agak nyaman tapi pada sebelah tengah hari ke petang suhunya dah panas macam negara kita. Yang bagusnya waktu siangnya agak penjang jadi sempatlah solat jamak di bilik hotel. Waktu maghribnya jam lapan lebih. Negara-negara yang dilawati adalah North Macedonia, Albania, Montenegro, Bosnia dan berakhir di Croatia.
Untuk pengetahuan nama rasmi Bosnia adalah BOSNA I HERZEGOVINA atau singkatannya BIH. Tulisan seperti ini banyak tertulis pada baju T yang dijual untuk cenderamata. Saya tanya betul ke ejaan tu sebab macam lain rasanya. Penjual mengesahkannya. Matawang Bosnia ialah Mark dan singkatannya BAM iaitu Bosnia-Herzegovina Convertible Mark. Tapi simbol yang digunakan di kedai ialah KM. Wang Euro digunakan secara meluas di sini walaupun Bosnia bukan negara Schengen. KM1 bersamaan 0.5 Euro. Jadi kalau ke Bosnia tak perlu tukar duit kepada kepada matawang tempatan. Kad kredit juga digunakan secara meluas.
Posting kali ini cuma nak tunjukkan kecantikan alam di Bosnia saja. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Blagaj, Mostar, Sarajevo, Travnik, Jajce dan Bihac.