Taman tema kedua yang kami pergi ialah Paradise Country. Tempat ini lebih kurang macam zoo juga. Bezanya cuma kita boleh bermain dengan sesetengah binatang yang ada di sini. Keluar dari tempat penginapan pada jam 9.00 pagi. Stesyen kereta api terdekat untuk ke Paradise Country ialah Helensvale. Sekarang ni sudah agak mudah kerana laluan tram Gold Coast sudah disambung dan berakhir di Helensvale. Kalau dulu terpaksa naik bas untuk ke stesyen Nerang dan ambil kereta api untuk ke Helensvale.
Menunggu tram di stesyen Cavill Avenue.
Tram Gold Coast yang berakhir di stesyen Helensvale.
Cantik dan bersih stesyen ini. Mungkin baru di upgrade sempena laluan tram berakhir di sini.
Laluan untuk ke tempat menunggu bas dan teksi.
Tiada bas khas yang boleh sampai terus ke Paradise Country seperti taman-taman tema lain. Jadi kami ambil teksi saja untuk ke sana. Oleh kerana kami berlima termasuk seorang budak kecik, kami dipaksa ambil dua teksi. Terlebih penumpang katanya. Hampeh betul... Tambangnya dalam AU$15/teksi.
Pintu masuk ke kawasan Paradise Country.
Berjalan agak jauh untuk sampai ke kaunter jualan tiket.
Bersemangat dia...
Berhampiran kaunter jualan tiket.
Walaupun pada masa kami sampai di sana adalah musim bunga tapi tak nampak sangat bunga-bunga kecuali yang di tanam seperti ini. Sebenarnya pada minggu itu ada Flower Festival yang di buat di bandar Toowoomba yang terletak hampir dua ratus kilometer dari Gold Coast.
Harga tiket masuk ke sini kami kurang pasti kerana kebanyakan taman tema di sini tiketnya dijual secara pakej untuk beberapa taman tema. Kami dah booking secara online jadi cuma perlu imbas kod bar yang telah diberikan.
Peta taman yang boleh didapati di pintu masuk.
Koala menjadi tarikan utama.
Anak-anak harimau.
Kangaroo pun tak berapa banyak.
Kasawari.
Llama.
Lombong opal ini hanya dibuka untuk kanak-kanak dengan caj tambahan.
Pada keseluruhannya taman ini tidaklah menarik sangat berbanding Caversham Wildlife Park di Perth. Ada juga beberapa pertunjukan dan persembahan dari haiwan-haiwan di sini tapi macam bosanlah pulak. Kalau ada bawa anak-anak kecil bolehlah ke sini tapi kalau orang dewasa lebih baik ke tempat lain.
Waktu nak balik baru kami terfikir macam mana nak panggil teksi ni. Masa tu dah melepasi tengah hari jadi memang tak ada teksi yang menghantar orang ke sini lagi. Nasib baiklah ada perkhidmatan Uber. Jadi kami ambil kereta yang besar supaya tak perlu kena ambil sampai dua buah kenderaan. Tambang pun cuma dalam AU$17 saja dan bayar guna kad kredit secara online.
Dari stesyen Helensvale kami ambil bas untuk ke Australia Fair Shopping Center yang terletak di Southport. Gold Coast. Mungkin bukan hari hujung minggu jadi nampak macam sendu je tempat shopping ni. Sempat lunch di kedai kebab dalam kompleks ini. Kalau tahu lah tempatnya tak berapa happening kami patutnya berhenti di Harbour Town yang terletak di pertengahan jalan untuk ke sini.
The Chemist wharehouse ada di mana-mana.
Stesyen tram Southport untuk balik ke Surfers Paradise.
Petang tu sempat kami turun ke pantai untuk melayan si kecik. Pantainya pun tak adalah cantik sangat. Pantai-pantai di negara kita jauh lebih cantik
Ombak agak besar sebab menghadap lautan terbuka.
Ramai juga orang walaupun airnya agak sejuk.
Kota Gold Coast menjelang petang.
Selamat Tahun Baru. Gold Coast...mengimbau kenangan silam bila tengok gambar-gambar tuan rumah ni.Teringat akan kebaikan orang-orang kat sana.
ReplyDeleteSelamat tahun baru juga en Deen... org GC memang agak friendly dan suasana kotanya pun tenang je...
DeleteRindu nak ke GC lagi sbb cantik kat sana..
ReplyDeleteSetuju... kota yang bersih dan aman damai...
Deletesikecik mandi ke kat pantai tu ? tapi mmg hakikatnya pantai kat negara kita pun ada yang cantik2 belaka. ada yang cntik ada yg yashee je hehe.. huurm kensel la Country Paradise hahaha.. binatang ape je kita blh pegang ? kambing muka hitam Shaun The Sheep ada x ?
ReplyDeleteDah katanya ke Gold Coast keanlah cecah pantainya walau sekejap... binatang kat PC pun biashe2 je CT... Caversham jauh lagi best..
Delete