Hari ini adalah hari terakhir kami melawat sekitar Perth. Trip baliknya pada jam 6.50 pagi esoknya. Ada beberapa tempat yang kami sempat pergi. Cuaca hari ini pun agak mendung. Paginya kami ke Kings Park yang tak begitu jauh dari tempat penginapan kami. Ada banyak tempat letak kereta percuma disediakan.
Deretan pokok-pokok eucalyptus di jalan utama masuk ke Kings Park.
Pemandangan Perth CBD dari Kings Park.
Bahagian Selatan Perth.
Seterusnya kami ke Pickering Brook. Di kawasan ini ada banyak ladang buah-buahan dan lokasinya tidak begitu jauh dari Perth. Waktu kami di sana pokok epal sedang berbuah lebat. Ada banyak ladang di sini tapi bukan semuanya dibuka kepada pelawat.
Ladang pertama yang kami jumpa tapi tidak dibuka kepada pelawat. Masing-masing minta berhenti untuk mengambil foto.
The Fruit Corner. Sampai saja di sini hujan dah mula turun renyai-renyai. Dalam hati dan berkata mungkin harapan kami tipis untuk merasa memetik epal di sini. Nasib baik hujan tak berpanjangan.
Salah satu ladang yang dibuka kepada pelawat ialah The Fruit Corner. Pemiliknya Ms Marina yang sangat baik dan rajin melayan kerenah ahli kumpulan kami. Bayaran masuk dikenakan sebanyak AU$5 seorang dan setiap buah yang dipetik dicaj AU$3 setiap kilogram. Ada dua jenis epal di ladang ini iaitu epal merah dan hijau. Biasanya epal hijau rasanya masam Tapi di sini epal hijau lebih manis dan rangup berbanding epal yang merah.
Walaupun buah-buah epal tu nampak cukup merah tapi sebenarnya masih lagi belum cukup sempurna lagi masaknya.
Tempoh untuk memetik epal di sini dari pertengahan bulan April hingga akhir Jun.
Pai epal yang sedap pun ada dijual di sini. Kami dan tanyakan fasal bahan-bahan buatannya sebelum beli. Biasanya diaorang ni berintegriti jadi kami pun percaya.
Proses menimbang dan packing hasil tuaian pada hari tersebut.
Tengah hari itu kami sampai terlupa makan sebab masing-masing seronok dapat merasai pengalaman memetik epal. Untuk late lunch kami makan di Chiking iaitu satu restoran makan segera yang berasal dari UAE. Kebetulan hari Selasa adalah hari ada tawaran istimewa. Memang sangat berbaloi-baloi. Tengok harga di bawah ni.
Tempat terakhir kami pergi hari ini sebelum memulangkan kereta ialah Belmont Forum shopping mall untuk menghabiskan sisa duit yang berbaki. Masa kat sini adalah masa free and easy jadi kami bawa haluan masing-masing. Lagipun kompleks ini sangat besar kerana ada lima buah pasar raya di dalamnya. Maknanya siapa nak balik awal atau lewat terpulang kepada masing-masing tapi kereta mesti diserahkan sebelum jam enam petang.
Belmont Forum Shopping Mall di Belmont pinggir Perth.
Jam tiga pagi keesokan harinya kami dah sampai di airport. Masih berkesempatan tidur di hotel kerana kami tak mahu bergelandangan di airport. Penerbangan balik pada jam 6.50 pagi dan sampai di Klia2 pada jam 12.30 tengah hari.
Salam Puan, Trip ke perth puan pergi ni bulan brapa ya?
ReplyDeleteOhh rindu Perth.. Terutama cherry yg manis2 murah juga Cheese yg murah..
ReplyDeletesalam Pak Lang..belum berangkat lagi ke..sempat berblogging lagi..semuga semuanya dipermudahkn aamin
ReplyDeleteApa nama epal hijau yang manis tu?
ReplyDeleteTentu puas dapat makan epal segar di ladang.
Seronoknya dapat nengok pokok epal depan mata. Lagi2 dpt petik
ReplyDeletelebatnya buah epal..mcm ni baru seronok..
ReplyDeleteBila tengok post pasal Perth, rasa macam dah pernah sampai walaupun belum. Sebabnya tahun lepas dah buat intensive research pasal Perth sebab patut ke sana Februari last year. Tapi, sebab wife pregnant, kitorg postpone trip. Doakan ada rezeki kami ke sana ya!
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالاحساء
شركة تنظيف سجاد بالاحساء
hehe seronokkan petik buah !! PLM buat CT rasa nak ke sana lagi la petik buah. adakah bakal ada trip perth kali ketiga ? hahaha jomla PLM kita p petik buah ja..
ReplyDeletetak penah lagi tengok pokok epel ijau. yang merah je..
Bestnyaaaa jalan2.. Simpan dulu info. sbb mmg x berkesempatan lg nak berjalan.
ReplyDelete