Thursday, June 13, 2019

Perth 2019 Pt 2 - Moore River Estuary, Guilderton

Dalam perjalanan ke Lancelin dan Cervantes kami sempat singgah di Guilderton. Tarikan utama di sini ialah pertemuan muara sungai dengan laut yang hanya dipisahkan oleh beting pasir. Masa kami sampai di sana keadaan air sungai agak tinggi. Ada ketikanya airnya agak rendah dan menyebabkan terjadinya keadaan seakan pantai di sungai ini. 

Rasanya tak ramai orang yang bercuti di Perth singgah di sini. Tapi percayalah tempat ini sangat cantik untuk dipinggirkan.

Cuaca hari ini pun sangat cerah dan suhunya di bawah 20 darjah. Nyaman dan berangin.

Burung besi menyambut kedatangan pengunjung.

Tapak perkhemahan dan camper van.



Moore River.

Air sungai yang agak tinggi. Jika surut terjadinya pantai berpasir di sungai ini.

Jernih tanpa pencemaran.

Beting pasir yang jadi pemisah di antara Moore River dan Lautan Hindi.

Pemandangan sungai dari atas beting pasir.

Kedudukan air laut yang lebih rendah berbanding air sungai.

Burung-burung camar.

Ada ketikanya air sungai melimpah ke laut.





Pemandangan dari atas bukit berhampiran.

Ada juga yang memancing.


Ada kayak yang boleh di sewa di sini.

Beting pasir dari kejauhan.

6 comments:

  1. Birunya air. Hijaunya daun. Lepas anak, cucu pula jadi model. :)

    Agaknya macam mana burung besi itu sambut Mie & family?

    ReplyDelete
  2. sungai & laut takde beza..dua2 warna biru...cantik..

    ReplyDelete
  3. negara depaaa ceruk mana ja tak lawa ? huwaaaa rindu la cemni
    nak balik kampung !!

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...