Tuesday, July 17, 2018

Siem Reap Pt 6 - Angkor

Tujuan kami ke Siem Reap bukanlah kerana beriya sangat nak ke Angkor Wat tu. Cuma nak jalan-jalan saja. Kami dah beritahu pada Nasir tentang itu. Katanya tak ada masalah. Kita boleh masuk secara percuma di Kompleks Angkor Wat selepas jam 5.30 petang. Ramai orang yang ambil kesempatan ini. Begitu juga penduduk tempatan. Cuma masanya agak pendek kerana hari cepat menjadi gelap. Bayaran masuk ke Angkor agak mahal sekarang ni iaitu US$37.

Kami hanya sempat berfoto di Angkor Wat dan Angkor Thom tapi tak rasa terkilan langsung. Pilihan di tangan masing-masing. Boleh saja kalau nak pergi ke semua tempat tapi kena mengulang ke sini setiap petang. Kedudukanya pun tak berapa jauh dari bandar Siem Reap.

Selepas jam 5.30 petang boleh masuk secara percuma.

Pintu gerbang untuk masuk ke kawasan kompleks Angkor.

Ramai yang cuma bersantai.

Bangunan yang dulunya merupakan perpustakaan terletak di bahagian hadapan.


Ramai yang mula balik tapi baru nak masuk.

Seakan bentuk candi Prambanan di Jogjakarta.



Sempat jugalah kami berfoto sebelum menjelang senja. Cuaca hari itu pun agak baik jadi dapatlah kami bersunset sebelum keluar. Masa yang diberikan untuk waktu percuma ialah sejam. Ada pengawal yang mengarahkan pengunjung keluar menggunakan hailer.





Laluan sementara yang terapung.


Angkor Thom.






Terrace of The Elephants.

Tembok yang dah agak uzur binaannya.


Makan malam kali ini di Wau Restaurant.

Sempat singgah di pasar malam yang terletak di seberang sungai sebelum balik ke hotel.

9 comments:

  1. Saya masih curious mengenai Angkor Wat dan Angkor Thom ini. Pasalnya bentuk dan desainnya lebih mirip candi-candi di Pulau Jawa. Sudah itu nama rajanya pun hampir sama dengan raja-raja masa Kerajaan Kutai Kertanegara di Kalimantan dan Kerajan Majapahit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah minat sejarah nampaknya... ada beberapa tempat lagi yang saya tak pergi di situ sebab kawasannya sangat luas dan perlu ambil masa sehari suntuk untuk pergi ke semua tempat...

      Delete
  2. view cantik..disimbahi cahaya senja...

    ReplyDelete
  3. Shoot time senja memang cun! Belum ada kesempatan nak pegi candi2 nih. Ada plan nak pegi tapi belum jadi lagi hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang pun dah petang... kira nasib baiklah juga cuaca cerah...

      Delete
  4. orang macam CT la susah sket nak suka tempat2 macam ni.. tapi kalo da sampai tu kena pegi jugaklaa sebab itu iconic places kan.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serupalah kita nampaknya... singgah pun buat syarat kita dah sampai ke sana...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...