Thursday, November 23, 2017

Banda Aceh Pt 2 - Kesan-kesan tinggalan Tsunami | Muzium

Hari kedua di Banda Aceh barulah kami menggnakan khidmat supir. Tempat-tempat yang hendak dilawati berserakan kedudukannya, kalau nak pergi sendiri memang agak susah sikit. Dapat no hp dia melalui blog tapi lupa yang mana satu. Orangnya beriformatif, menepati waktu dan sabar melayani kerenah kita. Baik punya promo kan Muchsin... hehe

Persinggahan pertama pagi itu ialah di Masjid Baiturrahim.

Satu-satunya bangunan yang masih berdiri kukuh selepas tsunami melanda.

 Supir kami di Banda Aceh, encik Muchsin Mustafa Yatim bersama Pak Din. Boleh dihubungi melalui no hp +6281263979828.

 Masjid Baiturrahim yang terletak berhampiran Pantai Ulee Lheue.

Sebelum tsunami kedudukan agak jauh dari pantai, sekarang ni dah semakin dekat.

Bahagian sisi.

Keadaan masjid selepas tsunami.

Tak begitu terjejas berbanding binaan lain yang habis ranap.

Seterusnya kami ke Pantai Ulee Lheue. Kalau mengikut orang yang kami temui di Masjid Baiturrahim sebutan Ulee Lheue ialah Ulele saja sambil dia menyanyi lagu P Ramlee yang ada sebutan 'ulele di kota raja' tu. Tak tau betul ke tidak. Pantai ini tak begitu cantik tapi merupakan yang terdekat dengan Banda Aceh dan menjadi tempat tumpuan pada hujung minggu. Banyak batu-batu besar yang di susun sebagai benteng pemecah ombak.

Tempat berfoto.



Tak jauh dari Pantai Ule Lheue ini terdapat sebuah 'escape building' atau di sini di sebut bangunan evakuasi. Ada beberapa buah bangunan yang serupa di daerah Aceh ini yang biasanya di bina di kawasan berhampiran pantai dan padat penduduknya.

Bangunan ini dibangun dengan keluasan 1400 meter persegi. Mempunyai 54 tiang berdiameter hampir satu meter setiap satunya. Bangunan empat tingkat ini tingginya ialah 18 meter. Lantai paling atas dibiarkan terbuka bagi tujuan pendaratan helikopter. Lantai bawah dan lantai kedua dibiarkan kosong tanpa dinding supaya terjahan tsunami dapat melepasinya. Ini berpandukan kepada tsunami yang berlaku pada tahun 2004.

Bangunan ini dapat menampung sehingga 500 orang dan dibina untuk dapat menahan gempa dengan kekuatan 5 hingga 10 pada skala richter. Bangunan ini adalah yang tertinggi berbanding bangunan di sekitarnya jadi ianya jadi tempat yang paling sesuai untuk melhat sunrise dan sunset. Ianya juga di gunakan sebagai tempat untuk latihan tsunami drill. 



Tsunami Escape Building.

Lantai ketiga.

Kawasan perumahan sekitar bangunan ini.

Antara kesan tsunami yang masih boleh dilihat ialah bot yang parking baik punya di atas sebuah rumah. Ia terletak di kawasan Gampong Lampulo, kira-kira satu kilometer dari sungai berhampiran. Kedudukannya agak tersorok di celah-celah rumah penduduk. Panjang bot ini 25 meter, lebar 5.5 meter dan beratnya 20 tan. 

Bot-bot nelayan di sungai berhampiran.


Bot yang tersadai di atas rumah.

Pandangan dari atas pelantar.

Rumah ini telah di bantu dengan penyokong besi untuk menampung berat bot.

Seterusnya kami bergerak ke rumah adat Aceh. Rumah kayu ini boleh dianggap sebagai rumah tradisional orang Aceh. Tapi kalau di Banda Aceh ni memang susah nak jumpa lagi rumah yang sebegini rupa sebab boleh dikatakan hampir semua rumah diperbuat dari batu. Tapi mengikut kata supir, rumah seperti ini masih boleh lagi dilihat di kawasan kampung.

Masa sampai di sini, rumah ini ditutup untuk lawatan.

Rumah tradisional ini di jadikan muzim adat Aceh.

Loceng besar yang masih belum siap pondoknya. Tak tahu apa fungsinya.

Rumah berbentuk empat segi bujur. Dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu serambi depan, tengah dan belakang.

Tempat lawatan wajib jika ke Banda Aceh ini mestilah Muzium Tsunami Aceh. Bangunan yang siap dibina pada tahun 2009 merupakan simbolik untuk memperingati bencana gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada tahun 2004. Bangunan ini juga dibina sebegitu rupa supaya boleh dijadikan tempat perlindungan sekiranya terjadi lagi tsunami pada masa hadapan.

Bentuk bangunan muzium yang unik.

Kedudukannya di tengah-tengah bandar.


Laluan masuknya. Terasa percikan air semasa melalui lorong ini.

Foto-foto mengenai peristiwa tsunami diletakkan di dalam blok berlampu dan dibuat secara berteres untuk memudahkan pergerakan dari satu bahagian ke satu bahagian.

Nama-nama mangsa memenuhi segenap ruang di dalam sebuah bilik khas.

Bendera negara-negara penderma diletakkan di bahagian ruang terbuka di atas.

Antara gambaran suasana semasa terjadinya tsunami. Pameran ini terletak di tingkat atas.

Rumah-rumah yang rosak selepas gempa.

Terbalik tulisan ni, malas nak pergi ke bahagian depan.

Tempat lawatan terakhir sebelum makan tengah hari itu ialah kapal PLTD Apung. Kapal ini merupakan kapal generator elektrik yang biasanya diletakkan di kawasan pelabuan di laut. Beratnya 2600 tan. Waktu tsunami kapal ini dibawa ombak sehingga 2.4 kilometer dari kedudukan asalnya. Kalau tengok dari segi saiz dan beratnya kapal ini, dapat kita bayangkan bagaimana dahsyatnya tsunami yang melanda pada waktu itu. 


Kapal PLTD Apung.



Dah banyak kali rupanya berlaku tsunami di Indonesia ni.



Terdapat dua tingkat ruang pameran.

Masjid di hadapan pintu masuk kawasan ini.

Selesai sesi lawatan untuk bahagian pagi ini kami pergi makan tengah hari di Warung Nasi Hasan 3. Tanya supir apa makanan atau lauk istimewa di Aceh ni. Di kata ayam tangkap. Sebenarnya restoran yang kami makan ni adalah restoran masakan Padang. Menu ayam tangkap tu kita boleh minta tapi ambil sedikit masa sebab diaorang akan buat jika ada pesanan. Lauk-lauk yang lain memang sedia ada.

Sampai di sini hari dah mulai hujan.

Tak sempat nak pilih lauk, dah dihantar semuanya kat meja.

Ayam tangkap sebenanya ayam yang digoreng dengan daun pandan dan daun kari. Rasanya biasa-biasa je. Tapi itu lah kat Indonesia ayamnya kurus-kurus tak puas nak makan.

Banyak yang tak disentuh tapi ikan bakar tu kami bungkus bawa balik.

6 comments:

  1. Replies
    1. Memang banyak tapi kalau dapat ke Pulau Weh lagi best...

      Delete
  2. banyak tinggalan & kenangan kesan tsunami 2004..nmpknya sekarang lebih bersedia mnghadapi tsunami...

    kena gi tangkap ayam dulu gamaknya, sbb tu lama menunggu..hehe..ayam depa takde cucuk2 kot, sbb tu kurus2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka mungkin sudah lebih peka terutama bila ada gegaran... yang dulu adalah pengalaman yang belum pernah dilalui...

      Stail seafood lah ni... ada pesanan baru dimasak. Ayam sekarang ni memang dah tak cucuk2 lagi... mungkin ayam muda atau ayam kampung...

      Delete

      Delete
  3. Salam PLM... recomended eh supir nya? If ok blhla cntact jika ke bnda acheh. Brp jam dr kl? Sejam ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Fari... sangat recomended... saban minggu ada saja pelangganya... pakej dia pun banyak. Flight lebih kurang sejam lebih sikit je dari Malaya...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...