Sunday, April 3, 2016

Trip Kansai Area Pt 8 - Sampai di Osaka | Glico Man | Dotonbori

Kami sampai di Osaka (stesyen Tennoji) pada jam 1.00 tengah hari. Di Osaka kami akan menginap di apartment yang di booking melalui expedia. Apartment ni konsepnya lebih kurang macam AirBnB juga. Kita kena ambil sendiri kunci dari pemilik rumah. Masa check out kunci tu cuma perlu dimasukkan ke dalam peti surat yang ada di apartment.

Cuma masalahnya kunci kena ambil di stesyen lain dan apartmentnya di stesyen lain. Jenuh mengheret beg ke sana sini. Kalau stesyen tu terletak di line yang sama boleh tahan juga tapi di line lain dan terpaksa menukar train walaupun dekat. Sampai di tempat mengambil kunci (diwakilkan kepada penjual di kedai takoyaki) baru jam dua petang. Kunci hanya diberikan pada jam tiga petang padahal kita perlu ambil train dua kali baru sampai di apartment di Shin Imamiya. Ingatkan kena tunggu tuan rumah apartment sampai, rupanya dia yang terlebih tegas.

Macam-macam ada kat sini... memang terbaik.

Apartment ini cuma ada satu bilik tapi yang bagusnya agak dekat dengan stesyen kereta api Shin Imamiya. Sewanya pun agak berpatutan cuma RM330 semalam. Kami tinggal di sini selama empat malam. Lokasinya juga berdekatan dengan supermarket 24 jam. Hari-hari berbelanja di sini. Siap terbeli kuali sekali untuk memasak.

Osaka Namba Grandi Apartment, Shin Imamiya, Osaka.

Petang itu kita orang cuma melepak di apartment sementara nak keluar ke Dotonbori pada malamnya. Sebenarnya di stesyen Shin Imamiya selain di lalui oleh Loop line ada juga subway Midosuji line. Jadi untuk ke Dotonburi memang sangat senang kerana cuma terletak dua stesyen saja dari sini. Kawasan Dotonbori terletak berhampiran stesyen Namba di Midosuji line.

Kawasan Dotonbori, Namba.

Antara lorong di sini. Eh... macam tak ada orang.

Rupanya kita orang belum sampai di kawasan yang happening. Sampai saja di shopping streetnya, orang punyalah ramai. Maklumlah kebetulan malam itu adalah malam minggu.

Jumpa ramai orang Malaysia di sini.

Padat dengan manusia yang kebanyakannya cuma bersantai.

Ada Restoran Lotteria di sini, tapi nampak macam lain dengan yang di Korea.

Orang Jepun suka berbaju gelap. Jika nampak yang berpakaian berwarna-warni biasa adalah gaijin.

Akhirnya kami sampai di sini, terusan Dotonbori.

Itulah dia si Glico Man yang glamer di Dotonbori ni...

Glico man adalah tanda niaga bagi syarikat pembuat candy di Osaka sejak tahun 1935.

Glico man jadi-jadian pun ada.

Glico berasal dari perkataan Glycogen.






Ronda lagi...

Di hadapan Restoran Kani Doraku.

Ketam mekanikal bersaiz 6.5 meter.

Sutun pun ada...

Jam sepuluh malam kami balik Tak larat dah nak meronda lagi. Satu masalah pulak bila nak balik sebab susah nak jumpa jalan masuk ke stesyen subway. Stesyen Namba adalah antara stesyen yang tersibuk di Osaka.

14 comments:

  1. wahh..dasat tu, siap beli kuali...hihi..
    Glicomannn..time pegi dulu x muncul hang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab supermarket 24 jam tu memang terbaik... semua ada. Lagipun kat apartment tu memang boleh memasak... tapi tak sanggup nak guna barangan dia orang.

      Boleh hang pulak Glico man tu... mogok penat kot... hehe

      Delete
  2. siap ada glicoman real life pulak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak serupa pun dan orang pun tak endahkan sangat dia tu...persaan je lebih...

      Delete
  3. Replies
    1. Jang... lepas gi Korea ni bolehlah gi Nippon pulak...

      Delete
  4. Sedap ke candy Glico tu?

    Gaijin tu orang asing macam orang Malaysia ke Mie-san?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terlintas pulak nak mencari candy tu... hehe

      Hait... gaijin adalah orang luar negara...

      Delete
  5. Sedapnyaaa teringat kesedapan kaki ketam bakar tu...nyummeh...hehe tp sy suka kwsn ni, happening n mcm2 adaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi malam minggu gila padat tempat ni... udara sejuk pun boleh jadi panas...hehe

      Delete
  6. Glico tu kan kalo la diaaa tu manusia betoi mesti dia bangga.. ramai sangat orang bergambar dengan dia ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Glamer ngalahkan retis... Glico dah jadi ikon bagi Osaka...

      Delete
  7. mgkin dah tak repeat kot Osaka ni sekali cukuplah..klaau Seoul x pe hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju... cukuplah sekali, banyak lagi tempat di Jepun yang belum dijejaki... Seoul, yes jugak...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...