Hari kedua di bumi Beijing. Hari ini rancangan kami nak ke Great Wall yang menjadi destinasi wajib kepada sesiapa pergi ke Beijing. Ada beberapa lokasi untuk melawat Great Wall ini. Kami pilih untuk ke Badaling Great Wall kerana perjalanan ke sana agak mudah. Dari hotel penginapan, kami berhenti di stesyen subway Xizhimen di mana terletaknya Beijing North Railway Station. Stesyen ini agak sibuk kerana terdapat tiga laluan subway yang melalui stesyen ini.
Banyak tangga seperti ini di stesyen subway. Masih agak pagi, jadi orang belum begitu ramai.
Ambil exit A untuk ke Beijing North Railway Station. Sila naik ke atas.
Tempat jualan tiket, tapi bukan untuk ke Badaling.
Kaunter khas kereta api S2 untuk ke Badaling di bahagian luar, bersebelahan kaunter tiket di atas.
Jadual perjalanan kereta api S2. Kami ambil tiket untuk trip S205 pada jam 8.34 pagi yang mengambil masa 1 jam 13 minit untuk sampai ke stesyen Badaling.
Pemeriksaan keselamatan sebelum masuk kekawasan menunggu.
Tambang yang tersangat murah, cuma 6 yuan untuk perjalanan sejauh lebih sejam.
Ruang menunggu. Masa ini masih belum ramai orang lagi.
Di China, orang tidak dibenarkan memasuki kawasan berlepas selagi belum sampai masanya.
Berbaris menunggu kereta api sampai kononnya, Tapi bila pintu dibuka, dah serupa kambing keluar kandang jadinya. Berebut-rebut berlari menuju ke kereta api yang terletak kira-kira 100 meter dari pintu. Nasib baik ada bawa bodyguard yang boleh sama-sama berebut untuk cari tempat duduk. Jadi bolehlah jalan ikut langkah sendiri. Dia orang ni suka duduk koc yang paling depan, sebab bila sampai stesyen nanti boleh terus ke pintu keluar. Jadi kami duduklah koc paling belakang. Tak ada masalah, janji dapat duduk.
Keadaan dalam koc, agak selesa.
Sampai di stesyen Badaling.
Berfoto dulu di sini hingga jadi antara orang paling lambat keluar. Siap kena jerit lagi supaya cepat. Nasiblah duduk koc paling belakang. Lepas tu pintu stesyen terus ditutup.
Stesyen kereta api Badaling.
Salji yang dah membeku.
Dari stesyen Badaling terpaksa berjalan hampir satu kilometer untuk sampai di kawasan kaunter tiket. Boleh saja ambil teksi kalau tak larat berjalan. Tapi cuaca yang nyaman tak terasa penat pun kalau berjalan. Lagipun masih awal hari lagi jadi kami menapaklah perlahan-lahan.
Pintu gerbang untuk masuk ke kawasan Badaling Great Wall. Kaunter tiket masih jauh lagi.
Jalan lagi.
Kaunter tiket ada di hujung kedai-kedai cenderamata ini.
Kaunter tiket. Harga tiket untuk cable car 100 yuan dan tiket masuk 40 yuan.
Tiketnya cantik, boleh buat poskad.
Ramai rakyat tempatan yang datang cuma berlegar-legar di kawasan bawah sebab tak perlu bayaran.
Akhirnya sampailah di Great Wall.
Banyak pokok yang dah gondol.
Ada laluan yang tak beranak tangga. Perlu berhati-hati takut tergelincir.
Dah ramai manusia kat atas ni rupanya.
Sayangnya cuaca agak berkabus.
Tangga yang agak curam.
Rugi sebab jarak penglihatan agak terhad.
Kucing gemuk Great Wall.
Baki salji yang ada. Tak turun pulak snow masa tu.
Lebih kurang dua jam kami kat atas ni. Lepak sekejap kat café untuk memanaskan badan sebelum turun. Di sini ada juga di jual medal yang menandakan kita berjaya sampai di Badaling Great Wall. Tapi kami tak beli. Kami lebih suka mengumpul plate yang juga boleh didapati di sini. Harganya pun murah, cuma 10 yuan saja.
Selamat tinggal Badaling Great Wall.
Sampai di Beijing North Railway Station pada jam 3.00 petang.
Perjalanan seterusnya pada jam 3.24 petang.
Kereta api S2 untuk ke Badaling.
Mesti penat memanjat
ReplyDeleteKalau panjat perlahan-lahan tak terasa sangat penatnya en Din... cuaca pun nyaman...
Deleteselalu gambar bahagian atas tembok ..hari ni jamu mata sebelum mendaki pula. sayang suasana sedikit berkabus. kalau tidak mesti nampak tembok yang panjang itu
ReplyDeleteFoto2 tu diharap dapat memberi gambaran kepada sesiapa yang nak ke sana nanti... Itulah rasa macam rugi pulak sebab tak dapat menikmati keindahan dari atas sana sepenuhnya...
Deleteuntungnya pegi time autumn tapi kebetulan dah ada snow...
ReplyDeleteTapi di kawasan great wall pokoknya dah luruh daunnya... snow pun dah membeku...
DeleteTahniah!!!!!! Akhirnya Mie berjaya sampai ke Great Wall dengan menaiki keretapi macam saya he he he :)
ReplyDeleteTiket yang macam poskad itu pun saya ada dan masih simpan :)
Memang agak mudah ke sana dengan kereta api... cuma kena banyak berjalan...tapi takde hal sebab belanjanya murah...
DeleteSyukur kita masih ada kaki yang kuat untuk berjalan ke tempat-tempat jauh macam ni, kan?
DeleteMemang tiketnya murah giler!!!!
Kekadang rasa macam tak larat juga... sebab tu selalu kena bawa bodyguard bila ada trip... sorang pun jadilah...
DeletePuhhh..macam tak larat Nekcik nak mendaki ke atas tu rasanya..sempooot agaknya!!
ReplyDeleteNaik ke atas guna cable car je Nekcik... Kat atas pun boleh gerak ikut kemampuan sendiri... kalau macam Nekcik rasanya OK lagi...
Deletemendaki dlm cuaca sejuk mesti tak terasa penatnya...bestnya..jejak kaki di tempat femes in the world..
ReplyDeleteMemang kurang penat dan yang bagusnya tak berpeluh... next trip nohas bolehlah ke sana nanti...
DeleteTaktau bila dapat jejak tembok besar china ni.. memang dah dalam wishlist kalu pergi China. Baca entry ni pun dah rasa excited. Agak-agaknya, disyorkan pergi Great Wall ni sesuai bulan apa?
ReplyDeleteKalau saya memang suka pergi waktu cuaca sejuk. Tapi kalau nak pemandangan yang cantik kenalah pergi masa musim panas...
ReplyDeleteEhhh... ade canle car eh? Bru ke? X tau pon... ank2 sya menjt smpai pitstop 2..still nk naik sampai yg ke3.. saya yg pertma pon dh cungap2.. cukupla smpai situ..jnji pnjat..hehe.. 6 yuan mmg murah... kenderaan awam di china mmg murahkn... kita pulak yg makin naik..hihi
ReplyDelete*cable
DeleteDulu tak ada ke... tapi nampak macam agak baru juga cable car tu... huntunglah kami dapat jimat tenaga...hehe
DeleteX pasti dulu ade ke x... sbb kmi naik van ramai2.. tngk dh smpai.. tp mcm ade dngr bau2 gang saya nk p terjah sendiri, buleh ler cedok2 ilmu sini..hehe
DeleteBolehlah ikut cara saya ke sana... memang murah dan jimat...
DeleteLama ngak singgah sini. Sebenarnya tembok raksasa China ini bisa dijangkau darimana saja Pak Mie selain Badaling? Katanya tembok raksasa china ini ribuan km ya ?
ReplyDeleteBukan semua bahagian Great wall berkeadaan baik mas Gunadi. Ada beberapa tempat yang sudah dibaikpulih dan dimajukan untuk dijadikan tempat tarikan pelancong. Antara yang popular seperti di Badaling, Mutianyu dan Simatai. Panjangnya lebih dari lapan ribu kilometer...
Delete6yuan utk sejam lebih...mmg murah sgt!
ReplyDeleteuntungnya g time gini, menapak jauh pun tak berpeluh.
Tambang bas dengan kereta api kat China memang sangat murah... kecuali teksi. Memang biasanya cari waktu sejuk kalau ke negara empat musim...
DeleteMemang best kan dapat panjat GWOC. Salah satu world wonder tuh. Dahlah tambang ketapi murah, malas nak compare2 dengan rate ketapi kat sini.
ReplyDeleteMemang best...pastu tak perlu susah payah nak ke atas...naik je cable car...
Deleteeerk PLM.. kenapa sebut Badaling Great Wall ? CT tahu Great Wall ada banyak tangga nak naik jadi Badaling ni salah satu ka ? kalau tangga yang paling famous apa ? tak berapa faham..
ReplyDeleteGreat wall ni panjang...Badaling tu nama tempat di mana great wall ni lalu... Great wall di Badaling ni kiranya paling popular dan senang untuk sampai. Pasal tangga tu tak tau pulak sebab kita orang naik cable car ke atas puncak bukit tu...
Deleteehehhe tengok Running Man diorang pun naik cable car. so maybe kat Badaling ni jugak la kot.. kalo panjat dari bawah ke atas hehehe.. hehe.. mungkin kita xkan kenal kaki kita dah eheh..
Deletetambang 6Yuan ???? whaaat ? hahaha.. kira tengok tambang KL Sentral dengan KLIA huahuahua..
ReplyDeleteMurah banget kan... kira-kira RM4 untuk perjalanan lebih sejam...
Deletetulaaa PLM.. hujan emas di negeri orang.. hujan batu di negeri sendiri..
Deleteok tanak sambung =P
Sayangnyaaaa berkabus pula..tak nampak view Great Wall yg panjang tu... dah salji ke masa tu Mie?Awalnya salji dah turun..kami dulu tunggu sampai hujung December..tak salji2 jugak...hihihihi..
ReplyDeleteDah ada salji wa, tapi belum lebat lagi sebab cuma bertompok2 kat sana sini... mungkin sebab di kawasan tinggi salji cepat turun...
DeleteHarap2 laaa sy smpi dgn jayanya nnti...hehe wishlist nih...
ReplyDeleteHarap2 laaa sy smpi dgn jayanya nnti...hehe wishlist nih...
ReplyDeleteDJ mesti kena sampai ke sini...takde makna ke Beijing kalau tak ke Great Wall... Lagipun cuaca sejuk sekarang ni... berjalan pun selesa...
Delete