Thursday, September 10, 2015

Perth, Western Australia Pt 10 - Swan Bell Tower, London Court dan Insan's Cafe

Sampai semula di Perth dari Rottnest Island dalam jam empat petang, Tempat terakhir kami nak pergi hari ini ialah Swan Bell Tower yang terletak berhampiran Barrack jetty di tepi sungai Swan. Agak kecewa juga kerana banyak kerja pembinaan sedang dijalankan pada masa itu. Kawasan di sekitar Swan Bell pun dikepung.

Kalau nak pergi ke zoo di South Perth bolehlah naik feri dari jeti di sini.

Swan Bell Tower - ada 18 loceng tergantung di dalamnya.

Ikon bagi bandar raya Perth.

Laluan di sepanjang sungai.

South Perth di seberang Sungai Swan.





Padang berhampiran Swan Bell Tower.


Berlatarbelakangkan Perth CBD. Tidak banyak bangunan tinggi di sini.




Banyak bangunan yang nampak klasik di sepanjang jalan tidak jauh dari Swan Bell Tower.

Balik menjelang malam. Letih sesangat sebab banyak berjalan masa di Rottnest Island.

Keesokan harinya adalah hari terakhir kami di Perth. Check out agak lewat sikit. Awal pagi lagi tuan punya apartment dah datang untuk mengambil mangga yang bernombor kod. Cuma ditinggalkan kunci pintu saja. Masa keluar nanti cuma perlu masukkan ke dalam peti yang disediakan.

Sebelum keluar penyewa diwajibkan untuk membersihkan apartment terlebih dulu. Ada checklist yang disediakan. Kena pastikan semua seperti keadaan asal kecuali tempat tidur tak perlu dikemaskan. Denda akan dikenakan jika pemilik apartment tidak berpuashati. 

Jadual perjalanan bas.

Sampai di Roe Street bus station.

Perth Station.

Jalan-jalan ke London Court, satu lorong yang agak tersembunyi.

Pintu masuk London Court melalui Hay Street.

Shopping arcade di London Court.

Bahagian yang satu lagi menghadap St George Terrace.

Kecil je bangunan London Court ni - terletak di celah bangunan moden lain.


Flight balik hari ini ialah pada jam empat petang,  Jadi sebelum ke airport kami lunch dulu di Insan's Cafe yang diusahakan oleh orang Malaysia. Sebenarnya tidak susah untuk mencari reatoran halal di sini. Pilih saja mana yang berkenan di hati.

Insan's Café yang terletak di Murray Street. Dibuka mulai jam 11.00 pagi.

Lokasi Insan's Café dan London Court.

 Indonesia Indah Restaurant di Barrack Street.

 Lebanese Restaurant juga terletak di Barrack Street.

Makan tengah hari kami - nasi campur.

Kueh-mueh tradisional pun ada dijual,

Harganya agak berpatutan.

Perjalanan ke airport dengan teksi.

Perth International Airport. Banyak kerja pembinaan sedang dijalankan.

Bas antara terminal.

90 peratus penumpang adalah orang Malaysia.

MAS pun ada dua penerbangan sehari ke Perth.



Selamat tinggal Perth.

32 comments:

  1. bagus gak wat syarat penyewa kena besihkan rumah selepas balik hehe xde la dok tinggal mcm tongkang pecah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi shin, kampung saya di BP dekat dengan Tongkang Pecah... hehe

      Delete
    2. Tongkang Pecah dekat kampung Mie tu bagus...sebab boleh jumpa harta karun :D

      Delete
    3. Hehe... gitu pulak...

      Sebenarnya lokasi pekan Tongkang Pecah ni berdekatan dengan sungai Batu Pahat... tapi sungainya taklah lebar mana. Kalau ada tongkang pecah pun masa tu semua harta dan disapu orang agaknya...

      Delete
  2. Lapangan luas dekat Perth CBD, sepi sekali. Padahal tempatnya asyik banget buat santai santai..
    Setelah Perth kemana lagi jalan jalan Pak Mie ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perth sememangnya kota yang tenang mas Gunadi... Trip seterusnya lambat lagi...bulan Nov nanti...

      Delete
  3. Tamat sudah trip ke Perth..ke mana lak lepas ni PLM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma ada satu trip je...pun lambat lagi. Bila JM nak update posting banyak trip yang tertangguh tu...

      Delete
    2. mohon PLM tarbiah JM supaya rajin sikit ehehe..

      Delete
  4. ha'a...JM ke PErth Zoo naik d terminal tu....nasib baik PLM x ke Perth Zoo tu...x best pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak best?? Hehe selamat ongkos sebab tak ke sana...

      Delete
  5. siap ada checklist dan denda..teringat masa duduk asrama sekolah...

    banyak pilihan restoran halal di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut rasa malas memang nak tinggalkan je macam tu, tapi dendanya agak mahal... terpaksalah buat...

      Delete
  6. Replies
    1. Takde ganjaran pun en Din...cuma risaukan kena denda...

      Delete
  7. Oh sama macam di jepun atau korea..kalau sewa apartment..panjang listnya..kalau tidak akan ditolak dari credit card maa!!!
    tapi mmg dah biasa kalu kami checkout mana mana hotel pun selalunya dah bersihkan pun
    Nov...where to??????? nak tumpang !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. So macam Nekcik yang dah biasa... no hal. Tapi kalau kena denda memang tak berbaloi sebab agak mahal juga...

      Trip Nov tu saya pun masih blur lagi... nak memanjat2 juga nanti...

      Delete
  8. Dah macam roket dah tower tu hihihi.Kat Aus mmg banyak kedai makan halal kan...tapi harga....adoiii....sebab tu lah kami bawak makannan banyak2 dari sini..tengoklah nanti lepas ke tak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hari2 makan luar memang tak boleh tahan... lebih2 lagi pergi dengan keluarga. Makanan yang tak boleh bawa masuk biasanya produk tenusu dan daging. Apa2 pun isytihar saja...kalau lepas kira nasib baik la...

      Delete
  9. Oh...ada satu soalan...kemana pulak ye lepas ni agaknya....:)
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya wa dah pernah pergi tempat tu...cuma weols je baru nak menjengah ke sana...

      Delete
  10. Byk halal food tu yg pnting tuhh...hehe mls btol nk msk masa travel.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukurlah senang nak dapat makanan halal... tapi kalau keluar kota memang kena masak sendiri...

      Delete
  11. Pehhh .... Perth.....bilo laa nak sampai pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Booking pejam mata je... sampai masa pack beg dan terbang...

      Delete
  12. kenapa yaaa kenapa ya.. CT rasa macam jatuh cinta abadi dengan Australia..
    mungkin CT nak masukkan Perth juga hihi.. tapi bila habis trip yg lain2 la dlu.. saja je kan PLM..
    goda soh CT pasang angan2 nak ke Perth pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah kalau macam ni kena cari boipren orang sana lah jawabnya...boleh terus duk sana nanti...hehe

      Setuju dengan CT...Australia memang best...

      Bolehlah gi Perth nanti... dekat je...pastu cuti lelama sikit... dua minggu ke...baru puas...

      Delete
    2. calon2 nyaaa ada dah PLM.. nantikan nantikaaan hahaha.. i fall in love with Ozi dah ni.. everything kat sana lawa n osem.. yup.. mmg insyallah Perth la
      masuk dlm list cuma tak tahu bila..

      ps : napa ramai yg suggest duduk kat perth 2 minggu ? besaq eh ? okay mmg kena cr org sana.. 2 tahun pun xpa lalala

      Delete
    3. Sebab kat Perth tempat tarikannya banyak di luar kawasan... sebaiknya memandu sendiri dan stay semalam kat tempat kita singgah... tu yang perlu cuti panjang sikit... Last sekali baru ronda sekitar Perth...

      Delete
  13. Assalam...nak tnya..hr last sebelum ke airport tu..dh check out awl kan...so brg2 tu letak kat mana ye utk g jln2 sekejap sblm ke airport..
    Azie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya check out lewat sikit... ronda kat CBD saja... lunch dan terus ke airport. Beg heret je... hehe

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...