Hari ini adalah hari pertama di Perth setelah dua hari berada di luar kawasan. Rancangan utama hari ini ialah nak ke Caversham Wildlife Park yang terletak di dalam kawasan Whiteman Park yang terletak kira-kira 20 km dari Perth. Jika memandu, setengah jam saja kita dah boleh sampai di sana.
Tapi kita orang keluar agak awal, jadi sebelum itu sempat singgah dulu di Kings Park. Taman ni agak besar dan terletak tak jauh dari pusat bandar. Lokasinya di atas bukit menghadap bandar Perth dan Sungai Swan.
Menghadap Swan River.
South Perth di seberang sungai.
Cuaca hari ini pun sangat baik.
Pemandangan Perth CBD dari Kings Park.
State War Memorial.
Kami sampai agak awal, jadi memang tak ada orang sangat di sini. Lagipun hari ini adalah hari bekerja. Tak sampai sejam pun kami di sini dan terus bergerak keluar untuk ke Caversham Wildlife Park.
Di Perth ini ada juga zoo yang terletak di South Perth tapi mungkin kurang menarik sebab kebanyakan binatangnya terkurung. Walaupun Caversham ini agak jauh dan tiket masuknya lebih mahal tapi rasanya lebih berbaloi jika kita ke sini berbanding ke zoo.
Tempat letak kenderaan agak jauh dari pintu masuk utamanya.
Tiket masuk untuk dewasa AU$28 saja.
Taman ini dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang.
Notis untuk pengunjung. Ada tandas dengan paip air yang untuk kemudahan pengunjung beragama Islam. Juga ada tersedia makanan halal. Jadi tak perlu risau jika ke sini.
Peta kawasan taman ini. Sila rujuk jadual tentang acara di sini supaya tidak terkejar ke sana sini.
Lebih separuh yang datang di farm show ini adalah orang Malaysia. Kebetulan waktu itu adalah cuti sekolah. Show di sini di adakan tiga kali sehari.
Di sebelah tempat show tadi ada satu kandang kambing dari berbagai spesis. Semuanya gebu dan bersih sebab terjaga. Ada yang bercorak karpet lagi dan saiznya agak lebih besar. Rasa macam nak duduk sini lama-lama tapi tak dapatlah sebab banyak lagi kawasan yang belum disinggah.
Antara tarikan utama di sini, berfoto dengan koala.
Koala ni memang binatang yang kuat tidur. Waktu tidurnya anggaran 20 jam sehari.
Boleh dipandang tapi tak boleh dipegang. Cuma boleh disentuh tapi dengan belakang tapak tangan.
Tasmanian Devil yang sentiasa berlari mengelilingi pokok bunga tu.
Llama pun ada.
Burung Kookaburra yang cuma terdapat di Australia.
Ini adalah tempat berfoto dengan wombat. Ramai yang menunggu giliran, jadi kami malas nak tunggu.
Snap gambar curi ni je. Lagipun tak adalah comel mana wombat ni. Macam vavi adalah... hehe...
Akhir sekali kita orang masuk ke kawasan kangaroo. Kawasan kanggaroo mengambil ruang yang paling luas dalam taman ini. Beratus ekor banyaknya. Layan sajalah mana yang kita mahu, Makanannya pun disediakan, tak perlu beli lagi.
Pandai posing kanggaro ni.
Kawasan kanggaro melepak... dilarang masuk.
Kecil besar tua muda semuanya ada.
Jam satu tengah hari kita orang keluar dari tempat ini. Ada beberapa tempat lagi di Perth yang kami nak pergi sebelum memulangkan kereta ke Bayswater pada jam lima petang.
Kings park tu mcm biasa msuk dlm dramaaaa melayu je!hehehe wah ada tmpt solat dn mknn halal kt wildlife park tu.bgus sgt...
ReplyDeleteOh yeke DJ... tak perasan pulak. Tempat solat tak pasti tapi makanan halal memang ada...
Deletebetul ..wombat mcm vavi
ReplyDeleteSebenarnya kalau berpeluang memang nak berfoto dengan wombat tu. Sour grape... hehe...
Deleteeh terus dapat kerja ke kat caversham wildlife ni..he..he
ReplyDeleteiklan pun bahasa melayu..so xde hal lah..3 bulan nanti balik lah
Belum pencenlah Nekcik... kalau tak boleh juga cuba nasib... hehe...
DeleteWAOH..benar2 sangat menawan gan tempat ni..
ReplyDeletemaksih banyak gan atas infonya..sangat menarik dan sangat bermanfaat..
Mas juga bisa ke sana suatu hari nanti...
Deletececantik gambo dia
ReplyDeleteGuna kamera hp je tu shin...
DeleteHahaha...pandai kangaroo tu pusing Mie...:)
ReplyDeleteKangaroo dia orang educated... tapi sebenarnya kekenyangan tu...
Deletecomel lagi girl yg pegang wombat tu..hehe..lebih baik beramah-mesra dgn kangaroo yg mesra pelanggan, cute je posing..
ReplyDeleteYang hairan ramai pulak yang sanggup menunggu giliran... nak berfoto dengan girl tu sebenarnya... hehe
DeleteKing's Park tu nyaman dan tenang tapi x ada apa yg menarik...kalau berkelah pun best sini..waktu JM pergi ada org sedang 'bercinta' di atas padang rumput tu
ReplyDeleteCuma pemandangan dari sini agak menarik... yang lain-lain tu macam taman biasa je...
DeleteJM pergi Perth ZOO...tak BEST...sib baik PLM x gi..jika tak mmg FRUST
ReplyDeleteTak pergi sini pun sebab dapat info dari blog JM... hehe
DeleteVavi tu apa PLM ni eheheheh....tapi mmg betul pun...wombat tu menjadi tarikan walhal dari rupa paras JM lagi cantik kah kah kah
ReplyDeleteVavi tu spesis baru... ini kes sour grape JM... hehe
Deleteyes jangan pergi zoo.. semua dalam sangkaq so tak puas..
ReplyDeletebiarlah mahal sikit janji puas hati.. bukan hari2 pergi kan.. alaa CT nak gak dekat ngan koala gitu..
yg CT tahu kat perth n adelaide ada boleh gak nak dekat2.. yg lain tngk dr jauh..
or bayar extra.. pgg ngan belakang tangan pun jadilah !! aaaaa..
Kalau CT ambil tour ke Philip Island di Melbourne nanti memang akan singgah ke wildlife park... tapi nak berfoto dg koala kenalah bayar ekstra...
ReplyDeletePLM.. wildlife park ke maru koala yang best ?
DeleteSaya ke Maru... berfoto dengan koala kena bayar...
Deleteheheh CT pun tatau nak masukkan mana satu dalam iti.. dedua nampak best..
Deletetempat ni interesting mie....jgn memnggigit sudah....hahahaha
ReplyDeleteSemuanya jinak dan mesra alam man... so don't worry...
DeleteSaya tak pi sikit kot..dah puas main kanggaro, koala dan macam2 binatang semasa di Melbourne dan sydney.
ReplyDeleteTapi suasananya berlainan en Din...
Delete