Monday, May 25, 2015

Surabaya > Bromo Pt 8 - Air Terjun Madakaripura

Balik dari Bromo, barulah kita orang breakfast. Memang agak lambat sikit sebab singgah dulu ke beberapa tempat selepas turun dari Penanjakan. Banyak tenaga yang digunakan pagi tu. Jadi untuk cover balik, banyak kali kita orang makan bertambah. Semua orang buat macam tu jadi tak payah nak segan-segan.

Siap bersarapan, kami balik semula ke bilik sebab barang-barang belum berkemas lagi. Mula-mula ingat nak meronda-ronda dulu di sekitar kawasan ini. Supir beritahu kena keluar awal sikit sebab perjalanan ke Surabaya akan mengambil masa lebih kurang empat jam. Cuaca pun dah mula mendung. 

Lagipun ada satu tempat lagi kami nak singgah iaitu air terjun Madakaripura.

Batu tanda ini baru siap kira-kira dua bulan semasa kita orang sampai di sana.

Sebelum sampai di kawasan air terjun, pak supir sempat singgah di kedai untuk beli baju hujan. Dia cakap kami kena pakai baju hujan sebab air terjunnya agak lain sikit.

Untuk ke air terjun, ada seorang jurupandu yang akan membawa kita ke sana, walaupun sebenarnya kita boleh pergi sendiri sebab treknya agak mudah. Mengikut supir bayarannya ialah Rp50K saja. Sambil itu dia boleh tolong ambilkan foto.

Tak ramai orang yang datang hari itu, mungkin sebab bukan hujung minggu.


Yang berbaju oren itu adalah jurupandu kami.

Laluan yang mudah dan selesa.

Air agak keruh di bahagian bawah.

Dibuat seakan jambatan di tepi bukit yang memang dah tak ada ruang lagi.

Ada dua buah jambatan seperti ini di sepanjang laluan.

Kalau dulu mungkin terpaksa menyeberang sungai untuk ke air terjun.



Dalam perjalanan ke air terjun kami ada berselisih dengan orang tempatan. Sempat dia orang beritahu supaya berhati-hati kerana baru lepas hujan. Mungkin takut terjadinya kejadian kepala air. Mengikut kata seorang yang kami jumpa semasa mengeteh, memang pernah terjadi terjadi kejadian kepala air di situ. Tapi kami konfiden je sebab nampak sungai pun tak tinggi airnya.

Air terjun dari kejauhan.

Air terjunnya agak berlainan kerana airnya seperti air hujan sebab jatuh terus dari atas melalui daun-daun pokok.

Berjumpa dengan satu group dari Johor Bahru di sini.






Balik semula ke pangkal jalan.

Dalam perjalanan balik kita orang pun bagilah duit bayaran jurupandu seperti yang diberitahu supir iaitu Rp50K. Tapi dia minta Rp100K. Wah... tinggi betul GSTnya. Tapi sebab tak mahu kecoh kita orang bagi je jumlah yang diminta padahal bukan ada apa sangat yang dia buat untuk kita.

Hampir dua jam jugalah kami di sini.

Singgah makan tengah hari di Restoran Wong Solo dalam perjalanan balik ke Surabaya.


Sempat bermalam lagi di Surabaya sebelum balik pada keesokan harinya. Lokasinya berhampiran lapangan terbang Surabaya di Sidoarjo. Tak ada apa-apa lagi yang kami nak tengok di Surabaya ni sebab puncak untuk trip kali ini sudah tercapai.

Singgah di toko Mirota untuk cari sedikit buah tangan.

Selamat tinggal Surabaya.

44 comments:

  1. Pak Lang..ohh..Pak Lang Mie...ade ke tak nih?

    ReplyDelete
  2. kiranya PLM makan bertambah sbb org ke sebab lapar..ahahah...kalau JM..org mkn x bertambah..tapi dek kerana lapar dah x peduli org lain..belasah je janji kenyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeling ke Mas Gunadi sbb dia mkn x banyak itu sbb x SADO seperti PLM...kih kih kih lariiiiiiiiiiii

      Delete
    2. Sebab lapar lah JM...itu yang belasah semacam je. Takde mananya JM kesadoan tu... rasa gendut adalah...

      Delete
  3. bayaran jurupandu tu Rp50K untuk seorang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu group...tapi dah up jadi Rp100...camna tu. Kan lebih baik kalau kenakan entrance fee yang standard untuk semua orang...

      Delete
  4. 3 org abang SADO di atas jambatan merah...yg baju hijo tu mesti PLM kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. tebakan Mbak JM betul. Yang pakai baju hijau itu memang Pak Mie..hehe.
      Kelihatan paling muda dan paling gagah.

      Delete
    2. Salah... aku wes tuek...wes eneng menantu...hehe

      Delete
    3. PLM pakai cermin mata... Betul tak? Ha Ha Ha...

      Delete
    4. Salah...cuma sorang tak pakai cermin mata...hehe

      Delete
  5. Replies
    1. Ada tapi ramai yang yang dah balik...mungkin sejuk sangat sebab hujan...

      Delete
  6. ishh...kata byr 50k je..bila balik byr 100K..kalau JM mmg amuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat Pak Mie kena GST 100%.
      Tapi Kalau ke Mbak JM kayaknya Guide itu malah beri diskon 50%..xixi

      Delete
    2. MAs Gunadi..itu belum kira untung tau..laau boleh JM nak FREE heeeee

      Delete
    3. Tak bolehlah nak FOC JM sebab banyak maintenance nak kena buat. Masa tu pun ada sebahagian jambatan yang rosak ditimpa pokok tumbang...

      Delete
  7. batu tanda tu macam ala-ala batu tanda di amsterdam pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..batu tanda macam tu dah jadi trending sekarang ni...

      Delete
  8. ahakss...tambah je I LOVE MAKARIPURA kan kak Nieda..warna merah dah sama tu..nasib baik PLM x pakai T-shirt MERAH pastu bergambar sebelah tanda tu kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM kalau ke Bromo jangan lupa singgah sini. Bolehlah bajet2 model kat batu tu...

      Delete
    2. Model tiang lampu? ehehehe...kalau JM!!!! sudah tentu bertenggek atas tanda tu..PLM mampu? eheheh

      Delete
  9. Replies
    1. Memang cantik dan unik...rasa rugi pulak tak mandi kat situ...

      Delete
  10. Arghhh jeles sebab dulu tak sempat nak datang sini. Air terjun tu unik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dulu Jea pergi...laluannya mungkin tidak semudah sekarang...sila repeat ye..

      Delete
  11. cantik air terjunnya...memang lain kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah...macam air hujan... Nohas juga sila ke Bromo...

      Delete
  12. ehhh ingt kena jalan atas batuuuu...sebab tu kitorg malasss nak singgah harituuu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laluan tu masih baru...kalau dulu memang kena jalan atas batu kot...

      Delete
  13. Makin ku bca makin terpikat untuk menjejak kaki..haha.... hbis dh trip surabaya PLM... ade ringkasan bajet dn iten x lps ni? Blh cilok2 if berkesempatan menjejak kaki... hehr... surabaya town sejuk mcm kt gunung x PLM? Brp suhu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesai sudah. Tiada pembentangan bajet sebab benda ni sangat subjektif. Lagipun trip kita orang macam merapu sikit. Pada sayalah kalau ke Surabaya lebih baik terus je ke Bromo dan sambung ke kawah Ijen. Kalau bawa anak2 bolehlah singgah di Batu dan Taman Safari di Prigen.

      Surabaya ni panas macam kat tempat kita juga...Tapi di Bromo memang nyaman...

      Delete
  14. Mie makan apa yang bertambah-tambah tu bila balik dari Bromo? Saya makan rawon :)

    Di Mirota pula beli apa? Saya beli kain batik.

    Nampaknya di mana ada air terjun di Indonesia ini pasti ada yang minta jadi pemandunya. Tapi semasa kami ke Sendang Gile di Lombok dulu, kami tolak tawaran pemandu itu, sebab bukannya susah nak berjalan ke air terjun itu.

    Air terjun Madakaripura ini nampak sangat cantik, terurus dan damai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan cuma mee goreng dan nasi ogreng dengan telur mata...tapi sebab lapar semuanya sedap.

      Di Mirota beli barangan kita orang tak membeli sangat... adalah sikit untuk keluarga...

      Kami di sini semacam terpaksa ambil jurupandu...entah kenapa mudah je setujunya... padahal laluannya mudah sangat...

      Delete
  15. Assalam,
    memang laen laaaaaa
    air terjun dia macam haluih2 sajork kan3

    p/s: kepala air tu apa ??? he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi rugi sebab tak sempat nak mandi kat situ untuk rasa suasana yg berlainan tu...

      Delete
  16. woooah cantik la PLM.. kalo tinggi gitu air terjun jatuh segedebuk mau ranap tulang2 kita.. dats why turun cem tempias2 air hujan kan ? xde orang mandi ke kat bawah2 tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Takde orang mandi sebab hujan... takut kepala air jatuh gedebuk... tak pasal2 hanyut pulak... hehe

      Delete
    2. amboi PLM hehehe.. time tak de kpala air le.. huhu..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...