Monday, February 23, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 3 - Yuexiu Park

Pagi ini rancangan kami hendak bersiar-siar di Yuexiu Park. Tapi sebelum ke sana rancangan kami telah dipintas oleh salah seorang daripada kami. Katanya dia hendak mencari satu barang yang dikirim oleh kawannya. Sebelum tu puas dia bertanya di kaunter hotel dan orang yang dijumpainya. Member yang lain ada beritahu kat dia, kalau benda tu terjumpa kita belilah. Kalau tak jumpa tak payahlah susah-susah nak cari. Lagipun kita orang nak jalan-jalan saja, bukan nak menyoping sangat. Tetapi untuk tidak mengecewakan dia, kita orang ikutkan saja kehendaknya. Jadi sebelum ke Yuexiu Park kita orang terpaksa melencong dulu ke stesyen Sun Yat Sen University yang terletak di line 8.


Ramai orang yang mencari penumpang dengan menggunakan basikal kuasa bateri di luar stesyen Sun Yat Sen University.

Malas nak merayau-rayau jadi kita orang tunggu di sini sambil melayan robot ini.

Robot yang tak garang ini setia berdiri di salah satu shopping mall di sini.

Lepak-lepak sambil beli jajan yang dijual.

Mamat dari Xinjiang katanya.

Kebanyakan kompleks di sini ala-ala Kompleks GM Klang.

Orang yang buat business memang suka ke sini.

Akhirnya kami beredar dari kawasan ini kerana tak jumpa pun barang yang hendak di cari.

Dari stesyen Sun Yat Sen University kami bergerak ke stesyen Changgang untuk bertukar train di line 2 untuk ke Yuexiu Park. Tarikan utama di Yuexiu Park ialah Five Rams Statue atau tugu lima ekor kambing. Kebetulah tahun 2015 adalah tahun kambing mengikut kalendar China. Tapi tak membawa apa-apa makna pun bagi kami.

 Ambil Exit B1 untuk keluar.

Agak luas kawasan taman ini.

Sempat lagi mempromosi kelab sokongannya.

Penjimatan tenaga adalah sangat penting, jadi kami naik kenderaan ini. Tiketnya 50 yuan sehala.

Tangga naik untuk ke Five Rams Statue.

Mickey mouse tersesat di sini. Akhirnya dihalau oleh pihak security.

Five Rams Statue.

Guangzhou juga dikenali sebagai city of goats bersempena dengan kepercayaaan mereka tentang kedatangan lima pari-pari bersama lima ekor kambing. Jadi kalau sesiapa tidak mengambil foto di sini jangan mengaku sudah sampai di Guangzhou.

Kedai cenderamata.

Di bahagian atas ini hanya ada sebuah saja kedai cenderamata dan harganya agak murah. Ada juga kedai di bawah tapi pilihan barangannya agak terhad. Salah seorang daripada pelayannya boleh berbahasa Melayu. Bodek punya bodek dapat jugalah diskaun yang agak berbaloi.

Sekumpulan komuniti muslim rakyat tempatan.

Untuk balik semula ke pangkal jalan, terpaksa membeli tiket sekali lagi dengan harga yang sama walaupun perjalanan agak lebih dekat. Sebenarnya banyak lagi tarikan yang ada di taman ini tapi kami tak pergi kerana kenderaan yang kami naiki tidak melalui kawasan tersebut. Jam pun sudah menunjukkan yang perut harus di isi. Jadi, ke mana kami seterusnya...

33 comments:

  1. hamboi terpaksa menyopping yer enmie...hehehe gitu laa adat berjalan kalo reramai ni kan...hehehe

    hamboi dah jumpe statue kambeng tu, bila lagi nak makan sate kambeng plak...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak buat... ikutkan ajelah kerenah dia orang... yang penting jangan merungut kat belakang kita. Next entry kita makan sate kambing... hehe

      Delete
  2. sbb tu jgn ambik order.. walaupun bff kenkononny. last2 diri sendirik yg sakit ati..

    gitu emo..haha

    e mie, sy tak pegi pon yuexiu park ni, haruskah repeat...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saya ... tapi salah seorang ahli rombongan Kak kiah ni... Jea pun pernah kena agaknya...

      Tak perlulah nak repeat Guangzhou tu kecuali ada urusan bisnes...

      Delete
  3. apalah barang yg di cari tu sampai menyusahkan orang lain...itu sbb JM susah sikit nk terima kiriman org..masalah utama bila nak cari barag tu kat tempat org..mmg susah byk!!

    Jadi JM boleh mengaku dah sampai Guangzhou kerana ada gambar besama 5 Rams statue tu cuma tak berpeluk je lagi ngan Rams tu

    ha'ah..mmg ada satu kedi souviner...ckp melayu fasih..murah FM situ...berpuluh JM borong utk kengkawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang tu biarlah rahsia... hehe. City of goats katanya... jadi kenalah sampai di Statue of five rams tu...

      Delete
  4. Saya tak yakin, Pak Mie tak menyoping sangat..hehe. Saya lihat banyak barang menarik di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah sikit yang terbeli mas Gunadi...itu pun barang souvenirs....

      Delete
  5. stress cari barang org kirim masa kt Bandung, serik jadinya...mickey mouse tu datang dari mana, ada theme park ke di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang tak ambil apa-apa kiriman...cuma ada kawan yang seorang tu sungguh2 mencari kiriman kawannya...

      Mickey mouse tu cuma orang persendirian yang mungkin minat sangat dengan karakter tu...

      Delete
  6. Replies
    1. Lima ekor je azmnor... tapi semuanya dah dibuat sate dan kulitnya dibuat jeket...hehe

      Delete
  7. bercuti sambil mencari barang orang adalah sangat meremehkan...kalau jumpa pun risau gak takut2 barang yang kita beli tak kena dengan citarasa orang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan mrs.smile... pastu kirim dengan air liur... akhirnya kita yang kena tanggung...

      Delete
  8. wah menyenagkan ya bisa jalan-jalan kesana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putri juga pasti bisa sampai di sana suatu hari nanti...

      Delete
  9. Replies
    1. Banyak sangat pergi tempat yang jauh2 sampai mulan terlupa tempat yang dekat... hehe

      Delete
  10. Replies
    1. Kebanyakan barang dijual secara borong... sesuai untuk peniaga dan barangnya pula berkaitan dengan tekstil...

      Delete
  11. Replies
    1. Header sempena ke Bromo...ke sana seminggu selepas balik dari Guangzhou. Kalau en Din yang ambil fotonya tentu lebih cantik...

      Delete
  12. Meriah jugak Ghuangzhou tu kan.cuma nekcik tak sempat nak berlabun malam ..tak cukup masa..

    ReplyDelete
  13. Mickey mouse ikut korang dari Hong Kong tu...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nehi... nehi en Deen...masa tu kita orang belum ke Hong Kong lagi...

      Delete
  14. 'untuk balik semula ke pangkal jalan..' ahahaha macam jauh benar sesatnya PLM ni ahaha..
    ok noted kalau ke Guangzhou kenalah cari lima ekoq kambeng ni.. kalo dak orang tak caya ye..

    barang ape tu member tu cari.. hehehe..
    kalau CT suka juga borong2 jalan tepi jalan weee ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak jauh bagi kami orang veteran... hehe . Tugu kambing tu lokasi wajib kalau ke Guangzhou...

      Kain katanya... tapi tak jumpa juga... buang banyak masa sebenarnya...

      Delete
    2. kaaain ? haiyaaa.. kat petaling street tu banyak kedai kain dari china.. hehehe..
      patutnya kalau dia nak cari gak.. kena buat research habis2 then cakap ngan geng awal2..
      bleh try to fit in dalam itinerary..

      Delete
    3. Lain kali memang no kirim2 lah nampaknya...kalau nak juga redahlah sendiri...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...