Entry terakhir untuk trip ke Australia.
Dari Maru Koala and Animal Park kami menuju destinasi seterusnya yang semuanya terletak di Phillip Island. Cuaca masa tu mendung dan gerimis sekali sekala. Hari ini adalah hari terakhir kami dapat berjalan-jalan sebelum balik pada keesokan paginya.
Dari Maru Koala and Animal Park kami menuju destinasi seterusnya yang semuanya terletak di Phillip Island. Cuaca masa tu mendung dan gerimis sekali sekala. Hari ini adalah hari terakhir kami dapat berjalan-jalan sebelum balik pada keesokan paginya.
Tempat persinggahan pertama, Pannys Chocolate Factory.
Tak berapa ramai orang pada hari itu.
Banyak pilihan coklatnya.
Tak lama berhenti di sini dan tak sempat pun nak melihat cara coklat dibuat. Apa lagi nak singgah di cafenya untuk menikmati hot chocolate. Tak tahu apa yang nak dikejarkan sangat oleh Mr Jake, padahal cuma ada beberapa tempat je lagi yang kami nak singgah.
Seterusnya kami di bawa ke Pantai Woolamai. Pantai ini agak cantik tapi ombaknya agak besar. Sesuai sangat untuk surf boarding. Tapi jika diberi pilihan kami lebih suka kalau di bawa ke Churchill Island kerana di situ ada ladang ternakan biri-biri.
Pantai Woolamai.
Pantai ini terletak di Cape Woolamai.
Sudah hampir tiga bulan berlalu.
Kawasan litar lumba Formula One ni kita orang tak berhenti pun. Kalau dilihat macam tak percaya tempat ini adalah litar lumba bertaraf dunia. Nampak macam tak terjaga seperti litar lumba Formula One di Sepang.
Litar lumba Formula One Phillip Island.
Puncak untuk lawatan hari ini ialah The Nobbies Centre. Tiket untuk memasuki kawasan penguin parade pun ada dijual di sini. Bagi yang mengikuti tour group semuanya telah diuruskan.Tempat ini dibuka sehingga jam 4.30 petang. Maknanya walaupun di sini ada banyak sarang penguin, kita tidak boleh melihat penguin balik ke sarangnya secara percuma. Kita terpaksa pergi ke kawasan yang dikhaskan terletak tidak jauh dari sini.
Kedudukan Nobbies Center yang terletak di hujung Philip Island.
Di mana ada penguin di situ ada anjing laut.
Jika bernasib baik kita dapat melihat ikan paus dari sini.
Sarang-sarang penguin di tepi pantai yang berbukit. Pada siang hari biasanya tiada penghuni dewasa kecuali anak-anak penguin yang sentiasa menyorok di dalam.
Ada terdapat banyak wallaby di sepanjang jalan menuju ke kawasan untuk melihat penguin parade.
Penguin World, tempat melihat penguin mendarat, terletak lebih kurang 1 km dari Nobbies Centre.
Jalan menuju ke tempat melihat penguin parade selepas melalui kawasan pemeriksaan tiket. Hari sudah beransur gelap.
Tempat duduk yang disediakan. Ada tempat melihat yang lebih eksklusif terletak di bahagian kanan kawasan ini tapi bayaran tambahan dikenakan.
Penguin yang naik sebenarnya tak mendarat di depan kita pun tapi ikut bahagian kiri dan kanan. Nampak halus je dari kejauhan. Pastu memang tak boleh ambil gambar langsung. Banyak pengawal yang menjaga. Apa yang menarik ialah penguin ini mendarat secara berkumpulan yang berasingan. Acara berakhir agak cepat sebab bila hari dah gelap tak banyak lagi penguin yang mendarat.
Penguin-penguin ini akan balik ke sarang masing-masing hingga ke kawasan berhampiran tempat letak kenderaan. Jadi semasa berjalan balik melalui laluan yang disediakan barulah kita dapat melihat penguin ini dari jarak dekat. Spesis penguin di sini agak kecil, cuma lebih kurang sekaki tingginya.
Jam lapan malam kita orang meninggalkan kawasan ini dan sampai di Melbourne dua jam kemudian.
Sampai di Melbourne hampir jam sepuluh malam. Kami diturunkan berhampiran Flinders station. Dari situ terus je bergerak ke hotel sebab pagi esoknya flight kami ke KL agak awal. Banyak yang perlu dikemaskan pada malam itu. Agak risau juga muatan beg akan melebihi berat yang dibenarkan.
Pagi-pagi lagi kami dah menebeng di perhentian tram untuk ke Southern Cross station dan menyambung perjalanan dengan Skybus untuk ke airport.
Perlepasan antarabangsa terletak di teriminal 2.
Selamat tinggal Melbourne.
Comel ja penguin semua masa jalan kan..lawak pun ada..sebenar nya macam tak puas ati bab tak dapat snap pic.padahal penguin tu hanya tak boleh cahaya camera ja kan??kalau guna fon yg tak ada cahaya kenapa tak leh kan?
ReplyDeleteApapun slamat hari raya PLM
Memang tak puas hati masa tengok penguin tu. Alasan lain kita tak boleh ambil fotonya ialah mungkin untuk menjaga nilai komersil. SHR juga buat cik Nun...
DeleteWah dasyatnya, keluar pelangi dari mulut :D
ReplyDeleteMemang tak diberi tangkap gambar di kawasan penguin parade, sebab mereka suruh kita ambil gambar di studio mereka, lepas tu beli souvenir penguin dari kedai di situ. Memang buat duit betul mereka ni.
Semasa saya pergi dahulu, saya dan keluarga duduk dekat pantai atas pasir, dapat tengok penguin tu dekat-dekat. Siap ada yang lalu celah-celah kami dan tak malu-malu. Seronok sangat tengok gelagat penguin kecil yang comel-comel tu dan cara mereka berjemaah pulang dari laut.
itulah. kagum seketika keluar pelangi hihi..
DeletePelangi tu secara kebetulan muncul masa kami di sana. Ada rahmat di sebalik hujan gerimis yang turun sebelumnya.
DeleteTempat tu memang betul-betul buat duit. Bayaran masuk pun agak mahal tapi tempoh kita dapat melihat penguin mendarat agak sekejap...
Maknanya NA masuk di kawasan yang ada bayaran tambahan tu, patutlah lebih mahal. Bolehlah agaknya kita sentuh penguin tu...
Semuanya tu kebetulan je CT...hehe
Deletebanyaknya coklat..
ReplyDeletecute je penguin-penguin pulang petang..
Memang banyak pilihannya nohas, tapi harganya agak mahal sikit..
DeleteMemang comel tapi tak boleh ambil foto. Foto yang ada tu pun kita orang snap poster yang ada kat dalam bangunan.
kalau CT pun rasanya lebih nak pergi tengok bebiri tu semua daripada ke laut tu kot. sebab i love animals lagi lagi yang berbulu gebus gebus tu semua so kalau dapat pergi memang nak saaangat. plus previous journey pakcik pun dah pergi ke laut kan.. tak ada option ke untuk ke tempat bebiri tu.. beshnya kalau dapat pelok sekor dua..
ReplyDeletesedap ke chocolate tu ? mahal tak harganya.. ke biasa biasa saja hihiks..
woooow penguin !! okeh cute saaaangat. alaahai kenapa comel sangat penguin ni. katik katik saja hihi.. geramnya. kalau manja and dapat pegang lagilah seronok. kat Zoo Negara and kat Underwaterworld Langkawi tu dapat tengok kat cermin kaca saja.. limited. huuurm..
hihiks.. macam kenal bangunan tu. macam yang sampai kat rumah ni :D thank you..
Mungkin pada waktu tu bukan musim mengetam bulu biri-biri sebab dah masuk musim sejuk. Tu yang mungkin kita orang tak dibawa ke sana...
DeleteCoklat kat mana-mana pun rasanya lebih kurang sama je... pastu harga agak mahal. Adalah menyambar seketul dua...
Penguin kat sini antara yang terkecil di dunia... memang kecil sangat...
Bangunan tu ialah antara landmark yang terkenal di Melbourne...
lawa dan terang betol pelangi tu. saya suka kawasan nobbies centre tu. tenang dan view indah.
ReplyDeletePelangi tu kebetulan je John... Kawasan di Nobbies Centre tu mengingatkan saya kepada Seongsan Ilchulbong di Jeju...batu batannya lebih kurang sama...
Deletewahhh cantiknya pelangi kat nobbies centre tuuu....hehehe en mie, kitorg masa tgk penguin tu gigih sgt tunggu penguin...tp taknampak sbb jauh dan gelap....tp sekali nmapk diorg segerombolan naik wpun dr jauh, giler excited...hehehe
ReplyDeleteWah semua suka pelangi nampaknya....Haah DJ memang halus giler nampak penguin tu masa naik. Tapi ada kawasan VIP dengan extra bayaran, penguin siap lalu tepi-tepi kita kata NA....
DeleteAlahai cumil2nya penguin...dpt tuh picit baru tau..hihiihi
ReplyDeleteSentuh pun tak boleh CT macam mana nak picit pulak...tapi memang kiut je penguin tu...
DeletePantai yang indah Pak Mie, ada pelangi lagi, beruntung lah. Sayang pinguinnya ngak jelas terlihat ya. mungkin letak tempat duduk pengunjung nya salah posisi, mesti digeser biar dekat dengan laluan pingun mendarat
ReplyDeleteMemang cantik suasana di situ, lebih-lebih lagi adanya pelangi... Bukan salah posisi mas Gunadi, memang macam itu. Cuma kalau mahu yang lebih jelas dan dekat, terpaksa buat bayaran tambahan iaitu lebih AU$60...
DeleteBest....baru dapat melepas rindu baca entri Abg Mie...bertuah dapat pelangi tu...penguin pun best...yang penting ada entri dari blog yang tersohor...
ReplyDeleteEn Din janganlah macam tu...takde tersohor mana pun. Saya ni kalau tak ada program jalan-jalan jawabnya memang tak adalah entry baru. Nak menunggu trip seterusnya pun pada bulan Oktober nanti...
DeleteNanti jika ada peluang en Din tentu akan sampai ke sana untuk tengok penguin tu... Sebelah kaki dah ada kat sana kan... :)
byknya coklat....
ReplyDeletepenguin comei2...
semua pic nmpk menarik sgt....
Coklat tu memang banyak pilihannya tapi kat Langkawi lagi best...juga penguin yang comel... menggamit kita untuk ke sana...
DeleteMasyaAllah cantiknya tempat2 tu... Salam kenal.. sis follower 415
ReplyDeleteMemang cantik Jueliza...terima kasih jadi follower... rajin2 singgah sini...
DeletePak Lang Mie!!!...dah masuk entri terkahir ke...cepatnya update..huhuhhu...JM yg travel bulan 4 pun x habis update lagi..ni kan pula trip bln 5..cepatnya masa berlalu skrg dh pertengahan Ogos..nampak kisal travel JM ke Jepun ntah bila nak habis..malas sgt nihh..meh tiup semangat rajin sikit
ReplyDeleteHabis tu..semasa di kilang factory tu sempat x beli chocolate..kalau leh minum hot chocolate time sejuk...urmm..nyaman nya hilang rasa stress :-)
Dh habis kisah Australia..agak-agak citer apa yg akan keluar lepas ni eh
Takdelah cepat JM... saya ke sana cuma tujuh hari banding JM sampai sepuluh hari. Rasanya entry JM sudah hampir penghujungnya...sambung je lah... dah nak abis tu.
DeleteMemang tak sempat apa-apa, cuma dapat beli sikit coklat dan ke bilik air...Mr Jake kata tak payah minum sebab dia dah sediakan semuanya...jadi kitaorang minum bekalan yang dibawa semasa kat Nobbies Centre tu...
Nampaknya lepas ni bolehlah berehat... sebab memang tak ada entry tertunggak... maklumlah bukan traveller hardcore...
so..antara melbourne n sydney..which one yg best?? ada gambar mie yg agak blur..saya pernah gak jd gini..bila check camera..macam berwap skit kat kanta bhgn dalam..saya jemur kt panas..pastu ilang lah..hehe. tp kes mie xsure lah kenapa.
ReplyDeleteDi Melbourne banyak tempat menarik boleh dilawati... Sydney pulak bandarnya cantik sebab kedudukannya berhampiran laut. Kedua-duanya memang menarik... masing-masing ada keistimewaan tersendiri.
DeletePakai kamera cap ayam ... itulah hasilnya...
seronok baca.. rindu plak kat melben.. :)
ReplyDeleteDah habis pun Kak Kiah... jom repeat Melben...
Deletewah..xsabarnyer nk fly 30.11 ni...melbourne oh melbourne
ReplyDeleteMelbourne memang sangat best... rasa macam nak mengulang lagi...
Deletebrape bajet habis yer?
DeleteMasuk kat TAB Australia kat atas tu, ada ringkasan tentang bajetnya...tapi tak termasuk makan dan shopping...
DeleteBaca dan terus baca entri ini.
ReplyDeleteBatu di tengah laut tu boleh pi tak ?
ReplyDeleteRasanya tidak dibenarkan en Din... nampak pun macam tak ada orang yang ke sana...
Deletehabis baca....melbourne di hati selalu.
ReplyDelete