Pagi ini kami check out dari Jeju December Hotel dan terus menuju ke Kumho untuk mengambil kereta yang telah di booking. Prosesnya cepat saja. Yang penting tunjukkan kad permit memandu antarabangsa, passport dan slip booking. Pembayaran adalah menggunakan kredit kad saja.
Masa mengambil kereta rekodkan mana-mana bahagian badan kereta yang calar, kemek dan sebagainya supaya tak ada masalah masa memulangkannya nanti.
Lupa pulak nak ambil foto di persekitaran syarikat Kumho ni.
Bacalah banyak-banyak doa supaya diselamatkan perjalanan kita di sepanjang berada di sana, maklumlah left hand drive. Bagi yang dah biasa tu mungkin tak ada masalah.
Jangan lupa catat nombornya kerana banyak sangat kereta yang serupa. Terlalu kurang kereta import kat Jeju ni.
Lokasi tempat-tempat menarik di Pulau Jeju.
Destinasi pertama kami hari ini ialah Seongsan Ilchulbong yang terletak di penghujung timur pulau Jeju. Di sini adalah tempat yang paling baik untuk melihat matahari terbit. Tapi kenalah bertolak selepas subuh. Perjalanan ke sini mengambil masa hampir sejam jika kita tinggal di bandar Jeju.
Banyak pokok yang masih gondol.
Windmill
Seongsan Ilchulbong
Sampai di Seongsan Ilchulbong hampir jam 10 pagi setelah berbelit-belit melepasi pekan Seongsan. Ramainya orang kat sini terutama pelancung dari Negara China. Nasib baiklah diaorang datang dengan bas pelancung jadi ada banyak lagi tempat parkir yang kosong.
Kawasan ini merupakan salah satu tapak warisan dunia UNESCO. Bayaran masuk ialah 2K won untuk orang dewasa.
Masa untuk matahari terbit siap dipahatkan kat tembok ini.
Jom menuju puncak... kita mulakan pendakian. Senang je sebenarnya sebab bertangga cuma kena ada stamina.
Jom menuju puncak... kita mulakan pendakian. Senang je sebenarnya sebab bertangga cuma kena ada stamina.
Bandar Seongsan
Dari kedudukan yang lebih tinggi.
Tak tinggi mana pun... cuma 180m, tapi agak curam.
Info asal usul Pulau Jeju.
Bekas kawah gunung berapi di bahagian puncaknya
Walaupun sejuk... berpeluh jugak nak sampai atas.
Bolehlah teropong apa yang patut.
Turun ke bawah ikut laluan yang lain.
Lebih mudah berbanding untuk naik.
Laluan sehala.
Lega... sampai di bawah.
Antara aktiviti lain yang ada di sini.
Di bahagian kanan laluan turun inilah terletaknya terminal bagi penyelam wanita atau haenyeo. Juga dikenali sebagai The Mermaids of Jeju. Ada pertunjukan khas yang dilakukan oleh penyelam ini iaitu pada jam1.30 pm dan 3.00 pm.
Terminal tempat penyelam wanita.
Ada juga yang sedang membuat penyelaman. Nampak tak pelampung tu...
Banyak makanan produk dari sotong dijual di sini. Kedai menjual cenderamata juga ada di sini tapi banyak yang berunsur patung. Tak berkenan den.
Limau Jeju yang unik bentuknya. Sebiji 3000 won, tapi tak berapa sedap. Sedap lagi limau yang kecik tu.
Menuju ke destinasi seterusnya selepas ini...
woiii tinggi bonar nak panjat..sempot den!!
ReplyDeleteBoleh Nekcik... tapi kena perlahan. Ikut pace sendiri...jangan ikut cara orang muda... memang tak dapek lah..
DeleteKorea pengeluar kereta, tentu susah nak jumpa kereta luar negara, kan?. Kalau ada kereta luar negara, barangkali harganya mahal sangat?.
ReplyDeleteTak nampak pun pelampung tu. Maklumlah mata dah rabun.
Teddy Bear Museum (dalam peta) tu agaknya banyak patung teddy bear ke?
Menarik.
Ada juga jumpa sebiji dua BMW dan Merc... mungkin cukainya mahal... itu yang tak banyak tu..
DeleteAda pelampung warna oren... kena guna teropong baru nampak...
Teddy bear museum tu tak singgah pun... tiada yang berminat.
lenguh le berjalan...kena banyak stamina...negara depa bersih..
ReplyDeleteBoleh tahan la en Din... cuacanya nyaman. Tu yang boleh sampai atas...
Deletecantik cuacanya..jeles!! huhuhu
ReplyDeleteHari itu sajalah cuacanya agak baik... esoknya hujan seharian... huhu
Deletecantik view dari atas...tinggi jg nak panjat..
ReplyDeleteTak tinggi sangat... cuma agak curam. Pemandangan dari atas memang ohsem...
DeleteView Bandar Seongsan dari atas bukit tue mmg cantik la Pak Mie!
ReplyDelete* Terima kasih Pak Mie, ole2 dari Busan dah selamat sampai di Post Box saya semalam. :D
Kebetulan hari itu cuacanya agak cerah...
DeleteAlhamdulillah dah sampai...
Zaraab dah dpt oleh2. Saya masih menunggu... Anyway saya suka membaca entri jalan-jalan.
ReplyDeleteEn Din punya lambat sikit nak sampai sebab di luar Lembah Klang... TQ en Din...
DeleteHebat Pak Mie ini boleh bawa kereta left hand drive...hehe. Untung lah Pak Mie banyak baca doa-doa...jadi segalanya dipermudah Allah SWT.
ReplyDeleteMas Gunadi... masa memandu dadanya dag dug juga... tapi alhamdulillah semuanya selamat...
DeleteTak mampu saya nak daki tangga tu...ngeri..hahah
ReplyDeleteOK je zila... datang sini baru tau... Mesti boleh punya...
Deletecantik view tangga dari atas tu. limau pun unik!
ReplyDeleteMemang cantik Ujie...Tapi bayangkan macam mana teruknya masa diaorang buat tangga tu...
DeleteLimau tu memang agak unik... harganya hampir RM10 sebiji...
Ciku tak panjat tangga itu hari g jeju sana..tinggi betul tu..cantik view dari atas.
ReplyDeleteCiku ruginya tak naik... Makcik dan pakcik pencen pun ramai yang sampai atas...
Deletewah saya pun taknaik masa ke jeju dulu...sbbnya ada 1 whole day je di jeju, so ambil gmbar dr bwah je...hehehe tp tgk gmbar mmber mmg cantik2...next time insyaAllah kami akan ke sana lagi...
ReplyDeleteMemang tak sempat kalau cuma sehari kat sana, sebab memang banyak ambil masa untuk naik dan turun. Mungkin bagi orang muda takde masalah kot...
DeleteKalau ke Jeju, tempat ni wajib d masukkan dalam itie kan PLM :-)
ReplyDeleteBetul tu JM... Kalau menginap kat kawasan tu pun bagus sebab boleh tengok sunrise dan pergi ke pulau Edo yng terletak berdekatan...
Deletekekok-kekok pun sampai jugak pak lang mie sekluarga ke destinasi...kereta pun macam exclusive gitu, mesti syok je bawak. view dekat seongsan pulak semua ohsem-ohsem, no wonder ramai pelancong dekat sini...
ReplyDeleteAlhamdulillah Orga... semuanya berjalan lancar walaupun ada juga rasa tak puas hati...
DeleteWaah, keren-keren ya pemandangan landscapenya. Kapan ya bisa holiday ke Korsel ... hehe
ReplyDeleteYa memang cantik pemandangannya mas Hendrik... Bila2 pun mas boleh ke sana... yang penting cari musim yang sesuai...
DeleteTempat ni memang dah masuk dalam list nak didaki. Haraplah nanti stamina dah fit. Kalau x, sunrise dari bawah jelah. Tapi nengok gambar tangga tu je dah gerun. Hahaha.
ReplyDeleteTentulah Bie mampu untuk naik ke atas sebab saya tengok ramai orang veteran yang boleh sampai. Kalau nak bersunrise kenalah pergi lepas subuh....
Deleteeh tatau pun seongsan ada tangga lain utk turun. masa KK gi last year tak buat lg kot. anyway mmg cantik kan view dr top tu?
ReplyDeleteYe lah Kak Kiah... tangga tu pun nampak macam baru... agaknya sebab sesak sangat kalau turun naik ikut jalan yang sama...
DeletePi tak Pulau Edo ?
ReplyDeleteTak gi en Din...huhu...
DeleteTak nampak gambar sunrise ?
ReplyDeleteSaya sampai dah lewat.. dah tu mana nak cari jalan lagi. Kena menginap kat sini baru senang sikit...
Delete