Pada petang sebelumnya kami di beritahu oleh pemilik hostel supaya membeli tiket bas untuk keesokan harinya jika mahu perjalanan awal pagi. Hari Isnin biasanya ramai orang bergerak ke Seoul. Jadi selepas balik dari Mount Seorak kami terus ke stesyen bas. Tiket terawal yang kami dapat ialah pada jam 9.30 pagi. Kalau sebelah pagi baru nak beli, tak tahulah jam berapa yang kami dapat.
Pagi tu selepas breakfast di hostel, sempat juga meronda sementara menunggu perjalanan bas. Sepatutnya malam tu kami keluar meronda dengan basikal, tapi cuaca tak begitu baik. Jadi melepak je di bilik. Yang bagusnya di dalam bilik kami disediakan komputer desktop berinternet.
The house Hostel:
Pagi tu selepas breakfast di hostel, sempat juga meronda sementara menunggu perjalanan bas. Sepatutnya malam tu kami keluar meronda dengan basikal, tapi cuaca tak begitu baik. Jadi melepak je di bilik. Yang bagusnya di dalam bilik kami disediakan komputer desktop berinternet.
The house Hostel:
Ruang dapur yang kecil ini dihias dengan cantik.
Persekitarannya juga banyak dihiasi dengan pokok bunga.
Stesyen minyak Hyundai
Suboktop monument
Autumn? Belum lagi...
Jam 9.00 pagi kami bergerak meninggalkan hostel untuk ke stesyen bas. Isteri pemilik hostel ini menunggu kami berjalan sehingga hilang dari pandangan. Punyalah prihatin.
Stesyen bas Sokcho
Bas bergerak on time dan kami sampai di stesyen bas Dongseoul mengikut masa. Kami tidak singgah di hostel dulu tapi meneruskan perjalanan untuk ke Nami Island. Beg-beg kami simpan di locker kawalan komputer di stesyen Wangsimni. Locker ini menerima T Money intuk pembayaran, jadi ianya amat mudah. Cuma kena create password sendiri untuk retrieve kemudian. Dari Wangsimni kami ambil Jungang line ke Sangbong dan kemudian sambung dengan Cheongchun line untuk ke Gapyeong.
Dari stesyen Gapyeong ke Nami wharf dengan teksi 3K won.
Penyambut tetamu yang setia.
Agak ramai orang hari itu, mungkin disebabkan sehari sebelumnya hujan sepanjang hari.
Zip wire - Cara paling pantas untuk ke Nami Island. Tiketnya 38000 won sehala, termasuk tiket ke Nami Island dan feri untuk balik.
Surau berada di tingkat atas bangunan kuning ini.
Drama Winter Sonata menjadikan pulau ini popular.
Kawasan restoran, tapi kami tak nampak pun signboard kedai makanan halal kat sini.
Banyak tupai jinak kat sini.
Hantu kopek Pulau Nami
Keluar dari feri untuk balik.
Teksi yang besar dan selesa sedia menunggu penumpang.
Kami hanya mengambil masa lebih kurang tiga jam di sini. Pada akhir musim bunga ni pemandangan pun tidaklah secantik musim-musim yang lain. Tak sempat nak menyinggah ke tempat-tempat menarik di sekitar Gapyeong kerana masing-masing keletihan setelah menempuh perjalanan yang agak jauh.
Salam Mie...
ReplyDeleteArea mie snap tu mmg xde makanan halal..area lain tu. Restoran tu tersembunyi skit..oh..i mis nami island :)
Ye lah zila, banyak juga tanya orang kat situ, semua tak tau... Kalau ada signboard kan senang...
Deletetak ramai orang di kawasan pokok, nampak clear..
ReplyDeleteHaah memang tak berapa ramai, mungkin sebab dah petang agaknya dan paginya hujan pulak...
DeleteHouse hostel tu seperti berada di rumah sendiri kan..kalau ke sana lagi nak tdo sini
ReplyDeleteHantu kopek?..ahahahahah
Memang di rekomen stay kat House Hostel tu... cantik banget.
DeleteHantu kopeklah tu, dah lah hitam legam, melambak pulak... hehe
Aaa..The House Hostel..mengimbau kenangan!
ReplyDeleteLawa laa kaler pokok! Untungnya dpt tengok musim nih
Owh niL pun pernah stay kat situ...
DeletePokok tu je yg kaler merah mungkin semulajadi camtu, yang lain tak pun...
Cantiklah hostel tu...Hantu Kopek ha ha ha ha ingatkan ada di Perak je ...
ReplyDeleteBunga kuning tu kalau tak silap Iris kan?
Baguslah ada musola di sini :)
Saya suka lagu Winter Sonata...tapi dramanya adalah tengok satu dua episod je sebab ia ditayangkan waktu kita kerja, mana nak tengok.
Memang cantik, ramai yang cakap macam tu.
DeleteTu hantu kopek versi Korea... hehe
Bunga tu tak pasti namanya, tapi foto tu lebih fokus kepada makwe yang berendam kat tepi sungai tu... setia menunggu pengunjung...
Musolla, tu maknanya orang Korea semakin prihatin ttg keperluan pengunjung muslim. Malah dah ada hostel yang ada surau dan penunjuk arah kiblat...
Saya tak berapa mengikuti drama Korea... tapi memang drama to boom kat Malaysia satu ketika dulu....
cantik betul gambar-gambar mie, pokok-pokok pun dah berdaun, siap ada merah-merah tu...tupai ni, sepanjang masa je ada...tak pekena nasi goncang ke dekat nami islan mie?
ReplyDeleteGambar2 tu tentu lebih cantik kalau tak pakai kamera cap ayam...
DeleteHaah banyak betul tupai kat sana, musim panas agaknya, dia pun nak jalan2...
Tu lah mcm Orga, saya tak jumpa kedai nasi goncang tu...
salam Mie..oh nostalgia pulak teman ..ingat masa 'berlakon' kat sana satu masa dulu!!
ReplyDeleteSyukur alhamdulilah dah ada surau..masa nekcik pergi dia kata baru nak buat..nasi goncang tu memang tersorok..signboard halal pun kecik jer..nanti kita pergi lagi Mie...nekcik belanja nasi goncang!!
Kalau tengok blog, Nekcik memang pandai 'berlakon'... hehe
DeleteSurau pun dah ada dan agak besar cuma memang tak jumpa kedai nasi goncang tu. Jom kita ke sana lagi, tapi lain musim kot...
Bersih kan bandar diorang...nak tergelak tengok hantu kopek tu..keh keh keh
ReplyDeleteHaah Wa, negara maju ni biasanya bersih dan cantik sebab diaorang ni berdisiplin...
DeleteHantu kopek tu main belasah je, sbb tak tau apa sejarahnya...
great trip..!! rindu korea..
ReplyDeletesalam, ingat x berape harga tiket dri seokcho ke nami? tq :)
ReplyDeleteW'salam Aqilah, tambang bas dari Sokcho ke Seoul lebih kurang RM50 seorang. Pastu sambung dengan subway dan train ke Nami Island lebih kurang RM20 je...
Deleteseokcho leh naik bus ke chuncheon dari chuncheon leh nak subway gapyeong atau vise versa sbb much better n jimat duit n masa..dulu sy buat seoul-nami-chunceon -sokcho -seoul(dari seoul ke nami ke chuncheon naik subway satu line jer lepas tu smpi chuncheon ke sokcho naik bus balik ke seoul naik bus)
DeleteTak rasa teringin nak mengulang ke nami island... Pergi sana musim sejuk
ReplyDelete