DAY 1
Ada kawan bertanya, apa yang nak di cari di Miri tu... Aku sebenarnya tak kesah, yang penting dapat bercuti dan jalan-jalan. Lagipun masa book flight, harganya teramat murah. Kos untuk empat orang tak sampai dua ratus ringgit pergi balik. Siap boleh tempah tempat duduk lagi.

Sebenarnya kalau bercuti di Miri, kita boleh pergi ke Brunei Darussalam sekali, kerana kedudukannya yang terletak berhampiran sempadan negara berkenaan. Kira percutian dua dalam satu lah tu...
Bandar raya Miri yang terletak di bahaian Utara, Sarawak merupakan bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf bandar raya. Miri mendapat taraf ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran "Bandaraya Peranginan". Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 300,000 orang. Kemajuan bandar ini adalah kerana kayanya daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum.
Penerbangan berlepas tepat mengikut masa yang ditetapkan, dan kami sampai di Miri dua jam suku selepasnya, dalam keadaan hujan renyai. Proses di imigresen agak lancar. Airportnya juga masih baru dan lapang. Keadaan sudah mulai gelap walaupun baru jam 6.40 petang. Terus saja ambil teksi menuju ke hotel, kerana sewaan kereta hanya bermula keesokan harinya.

Lapangan terbang Miri adalah yang kelima tersibuk di Malaysia |
Bandar Miri agak mudah diterokai kerana kedudukanya memanjang dari utara ke selatan |
Malamnya kami keluar untuk makan malam walaupun masih lagi hujan. Kami singgah di satu restoran yang tidak begitu jauh dari hotel. Ingat nak cuba makan mee kolok yang popular di Sarawak, tapi dah kehabisan pulak. Nasib baik laksa Sarawak ada lagi. Laksa Sarawak menggunakan bihun sebagai bahan utamanya tidak seperti laksa di Semenanjung.
Laksa Sarawak yang sangat sedap |
Kedai-kedai di bandar Miri kebanyakannya ditutup awal kecuali pusat membeli-belah dan restoran. Berhampiran hotel yang kami duduki pula tak ada apa-apa tarikan, jadi lepas makan terus saja balik ke hotel untuk membersihkan diri dan merancang perjalanan untuk keesokan harinya.
Bandar Miri agak lengang pada waktu malam. |
First..(senyap2 sblom team alien sampai!) haha
ReplyDeleteooo pergi brunei ke? menarik2!!!
Shah_rule berjaya mendapat pingat emas... :}
Deleteairport btol2 nampak lapang~ haha takde flight sangat ke maksudnya? tapi airport nampak macam baru..
ReplyDeletehmm bape lame nak sampai ke brunei dari miri.. info menarik ni, bleh cuba next time, good job abg mie!
Termasuk urusan imigresen di kedua-dua bahagian, lebih kurang dua jam kita boleh sampai di Bandar Seri Begawan.
DeleteShahrule:
ReplyDeleteSape team alien tu?
Mie: Miri nampak seperti sebuah bandaraya yg bagus untuk diterokai. Laksa Sarawak tu nampak super sedap!
Janggel,
DeleteTeam Alien dengarnya dah jadi trade mark...:)
Miri jadi pintu masuk ke banyak Taman Negara. Orang yg adventurous macam Janggel tentu seronok kalau ke sini. Kat bandar takde apa sangat kerana kebanyakan tarikannya berada di luar kawasan.
Salam mie..,
ReplyDeleteBest utk jadi circuit AR 2012..... Miri , Brunai merentas 2 negeri dan 2 negara....bila pula aku nak bust ni ....next yearlah....Tahun ni busy ckit hal ehwal family.
Apa-apa pun kau dah Selamat semuanya....
TQ azmnor...
DeleteAgak menarik juga trip kali ini, dapat 2 dalam satu. Sebenarnya agak lintang pukang juga masa kat BSB tu sbb main redah je. Mana peta, mana GPS semua takde...
Wah dah sampai Miri. TK tak pernah sampai lagi sarawak tapi laksa sarawak memang I suka sangat!!!
ReplyDeleteFirst time sampai Miri. Dapat tiket offer masa tu. TK pun boleh juga...
DeleteLaksa... memang sodap... :)
murahnya..camne dpt tu?
ReplyDeletesusah nak dpt pegi balik murah.
Ujie, masa tu AA ada offer 10 sen je, jadi tambang cuma 80 sen utk 4 org pergi balik. Campur dgn airport tax dan lain2 caj jadi seratus lebih... :)
DeleteHebatnya Mie, Dah sampai ke Miri. Lain Kali kalau datang hubungilah rakan bloger di sini... Saya sendiri pun belum sampai ke Brunai wp lama di Sarawak.....
ReplyDeleteKebetulan ada offer murah Cikgu, jadi saya pun sambarlah. Dah terlanjur sampai di Miri ambil kesempatan menyeberang ke Brunei sekali...
DeleteSalam abg mie.. tahniah keranan menjejakkan kaki di Miri.. saya pun sepanjang hidup pernah sampai 2 kali je. Kaliterakhir pada tahun 2003 klu x silap. Klu ke Miri, tempat yg menarik utk dikunjungi ialah Pantai Tanjung Lobang, Gua Niah, Air Terjen Bekenu dan ade lagi yg saya sendiri pun x pernah pergi hehe.. Kebetulan, masa saya pergi Miri dulu pun musim hujan.. Naik twin otter masa hujan2 ke Limbang hehe..
ReplyDeleteSalam WKO,
DeleteSaya tak sempat nak ke Taman Negara yang ada beberapa buah berhampiran bandar Miri tu, cuma ke pantai dan sekitar bandar je...
bestnyaaa. bila le saya nak dpt peluang macam ni
ReplyDeletehye!nak tny..dok hotel ape ye?plan nak g bln7
ReplyDeleteSaya ambil Park Hotel melalui Agoda. Banyak hotel kat sana yg boleh di booking online...
Deletesalam...kat mana ye awak sewa kereta?
ReplyDeleteEn Anon, sila baca entry seterusnya...
DeleteAnda dan keluarga bercuti di Miri ? Kami dar HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Miri dengan harga yang berpatutan . Sewa untuk kegunaan di Miri-Brunei boleh di atur
ReplyDeleteHubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapat harga yang terbaik di pasaran!
www.hrbcarrental.com
Anda, keluarga dan kawan-kawan ingin bercuti di Miri?
ReplyDeleteKami dari HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan. Sewa untuk kegunaan Miri-Brunei boleh diatur
Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapatkan harga dan servis kereta sewa yang terbaik di pasaran !
www.keretasewamiri.blogspot.com