Monday, January 2, 2012

Jalan-jalan ke Kota Singa 1

Hari kedua di JB, kami sekeluarga bercadang untuk ke seberang Tambak. Kami memilih untuk menaiki bas  ke stesyen MRT terdekat iaitu Kranji, Singapura. Memang sengaja kami memilih hotel yang hampir dengan Larkin Sentral. Jadi kenderaan boleh ditinggalkan di situ dan berjalan kaki sahaja ke stesyen bas.

Ada dua pilihan bas untuk ke stesyen Kranji dari sini, sama ada bas Causeway atau SBS Transit. Tambang bas Causeway lebih murah berbanding SBS Transit tapi kekerapannya agak kurang. Jadi kami memilih untuk naik SBS Transit. Tambang sehala ke stesyen MRT Kranji ialah RM1.90 tapi tambang balik ke Larkin Sentral pula ialah SGD1.90 (RM4.70). Sangat tidak adil, padahal jalan yang dilalui adalah sama.

Sampai di stesyen MRT Kranji hampir sejam kemudian. Nampak macam dekat tapi masa banyak dihabiskan di imigresen kerana terpaksa naik turun dua kali di kedua-dua sempadan, mengisi borang di imigresen Singapura dan menunggu bas berikutnya sampai.


Destinasi pertama kami ialah Marina Bay dan Merlion Park. Dari stesyen MTR Kranji ada dua pilihan untuk sampai ke sana. Cara pertama ialah mengambil North South Line dan berhenti di Raffle Place. Cara kedua melalui Jurong East dan bertukar ke East West Line untuk ke Raffles Place. Jurong East ialah stesyen terakhir bagi North South Line. Cara kedua adalah lebih dekat walaupun terpaksa menukar train. Raffles Place pula adalah stesyen terdekat untuk ke Merlion Park.

Sampai agak awal di sini dalam keadaan hujan gerimis tapi orang sudah pun ramai. Apa yang dapat diperhatikan, Singapura juga terdapat ramai pendatang asing terutama pembantu rumah dari Filifina dan pekerja dari negara-negara Asia Selatan. Cara pembawaan diri mereka dapat dibezakan dari pelancong-pelancong. Merekalah yang banyak memenuhi tempat-tempat awam di sini.

Setelah melalui celah-celah bangunan, lokasi pertama yang kami sampai ialah di Cavenagh Bridge yang merentangi Sungai Singapura dan berlatarbelakangkan Esplanade Theatre Building.

Sempat memberikan cenderamata kepada penjaga kawasan itu.

Taman Esplanade di seberang Sungai Singapura

Dari Taman Esplanade

Taman Merlion yang terletak tidak jauh dari Taman Esplanade

Lokasi tumpuan untuk mengambil gambar

Ikon utama di sini, Merlion


Lagi objek utama di sini, Marina Bay Sands Hotel

Singapore River Cruise

Kami berada di sini lebih kurang dua jam sebelum meneruskan ke destinasi berikutnya iaitu Bugis Street. Berhampiran stesyen MRT Bugis ini juga terdapatnya Masjid Sultan. Masjid ini telah digazetkan sebagai salah satu daripada national monument pada tahun 1975.

29 comments:

  1. sy penah sekali je pegi spore ni. tp tak penah pulak pusing2 smpai abes. hehehe. gonna do that in my next trip. b4 dis bwk masuk kete, tp this time, xmo dah...nk guna public transport je. no hassle. hehehe

    ReplyDelete
  2. CT aka batulesung,

    Saya pernah ke USS pada cuti Hari Raya tahun 2010. Masa tu rollercoaster belum memulakan operasi lagi...

    ReplyDelete
  3. Wahhh best nye jalan2 abg Mie.. saya dah lama nak ke sinpore ni tak dpt2 nak pegi.. Klu jadi bulan 2 ni sbb cuti masih dibekukan hehe.. Thanks for sharing info yg berguna ni nanti boleh saya menyusul plak :)

    ReplyDelete
  4. John, naik kenderaan awam lagi mudah, cuma mengambil masa utk bergerak. Sebaiknya stay je kat Singapura, tak perlu berulang ke JB...

    ReplyDelete
  5. John berlayar ke mana dengan Janggel tu. Naik criuse lagi... :)

    ReplyDelete
  6. WKO, banyak tempat tarikan di singapore ni, kena pergi berulang kali baru boleh cover semua tempat. Ke Universal Studio saja dah ambil masa sehari suntuk...

    Kalau stay kat sana boleh juga, tapi lodging agak mahal...

    Memang ada orang yg kurang arif cara ke Spore tu, sbb tu saya kongsikan bersama...

    ReplyDelete
  7. Bagus3x... mmg gambar2 dan entry mcmni diperlukan. Klu dpt letak koordinat GPS punn lagi bagus hehehe :)

    ReplyDelete
  8. WKO, saya naik kenderaan awam, tak dapek nak letak kordinat GPS. WKO nak memandu ke sana ke?

    Parking mahal, belum lagi bayaran seakan tol yang guna Autopass tu...

    ReplyDelete
  9. aite.. biler pergi ke kota singa ni?? saya pun ade pergi jugak baru2 ni, masa hari krismas hari tu...

    ReplyDelete
  10. princesslavender, saya sekeluarga pergi ke sana masa Krismas juga.

    ReplyDelete
  11. spore is a short escapism for me... suka giler sbb bersih and convenient

    ReplyDelete
  12. Lily, memang semuanya agak mudah dari segi pengangkutan dan kemudahan lain, tapi yg tak tahan kos agak tinggi kat sana...

    Saya tunggu posting makan angin ke Jepun tu...

    ReplyDelete
  13. Laaa... sama la kita.. agaknya ade teresrempak berselisih bahu, tapi tak kenal... hahahhaha

    ReplyDelete
  14. PL, ye lah agaknya, tapi dah sama2 tak kenal, tu yg buat tak tau je... kihkihkih

    ReplyDelete
  15. Silakan En Abu Luqman. TQ datang ke sini...

    ReplyDelete
  16. wah...ke s'pore plak...Singapore ngan KL...agak2 mana lagi best? saje nk tanye

    ReplyDelete
  17. Kira, Tak perlu bias, sejujurnya Spore lagi best, sama ada dari segi kebersihan, disiplin dan pengangkutan awamnya. Semua nampak smooth je...

    Bolehlah Kira bawa diri ke sana pulak... :)

    ReplyDelete
  18. haha...mmg ad plan nk ke sana, tak tau la dapat ke tak.

    yelas, wat pe nak bias. memang diorang lagi pandai jaga bandar diorang dari org kite

    ReplyDelete
  19. Kira, boleh je pergi, cikgu kan banyak cuti... :)

    ReplyDelete
  20. Salam mie..,

    BESTTTTNYA.....Bila pulak nak buat ER ground zero pula kat S`pore ni....jelesssss..nyaaaaa

    ReplyDelete
  21. Azmnor, kalau ada apa-apa event lagi kat JB atau Selatan Tanah Air, boleh je kita menyeberang ke sana... :)

    ReplyDelete
  22. pernah g sana few months ago. tp daytrip je dr jb. tp sbb nak jimat masa, ambik teksi dr JB. mahal skit, tp cepat.

    ReplyDelete
  23. Waaa..awesome..ok tak pernah pergi lagi hehe

    ReplyDelete
  24. Zal, saya pergi pun day trip je, naik pengangkutan awam lebih senang, sbb kat sana MRTnya agak menyeluruh...

    ReplyDelete
  25. Maii, ambillah masa cuti sesekali ke sana. Prosesnya pun mudah saja.

    Satu hari nanti sampailah tu...

    ReplyDelete
  26. belum sampai lagi, tapi ada hati jugak nak ke USS :-). macam best gak ek ronda2 kota singa ni , Mie, cuaca panas sangat ke sana ek , nak bwak budak kecik ok ke

    ReplyDelete
  27. Masa saya pergi Disember lalu, takla begitu panas sbb musim berangin.

    Ke USS OK je kalau nak bawa anak-anak sbb banyak tempat berteduh. Lagipun stngah2 show dibuat di dlm dewan.

    Kemang pun boleh tolong jagakan anak2 Wa tu... :)

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...