Saya terbaca satu artikel di KOSMO! mengenai sebuah syarikat Malaysia dengan usahasama syarikat dari Kemboja yang menubuhkan satu rangkaian perniagaan burger jalanan di sana. Jenama yang digunakan untuk rangkaian kedainya ialah Ziki's Burger.
Logo bagi rangkaian kedai burger jalanan Ziki's Burger
Buat masa ini rangkaian kedainya masih banyak bertumpu di Phnom Penh dengan cadangan untuk meluaskan perniagaannya ke Siem Reap dan lain-lain bandar di masa akan datang. Sasarannya ialah 300 buah kiosk menjelang tahun 2015. Buat masa sekarang hanya ada 20 buah sahaja. Perniagaan ini bermula pada bulan Mei 2011.
Kiosk tersebut berstatus halal, yang memudahkan pelancong muslim untuk mencari makanan halal selain ianya sesuai untuk semua orang. Bahan utamanya iaitu burger daging dan ayam Ramly, adalah di import sepenuhnya dari Malaysia.
Apa yang lebih penting konsep perniagaan ini adalah untuk membantu belia-belia Islam di sana untuk keluar dari belenggu kemiskinan dan melatih mereka untuk menjadi usahawan.