Tanjung Piai, Kukup, Pontian, Johor juga dikenali sebagai "Bahagian Paling Selatan Tanah Besar Asia" (The Southernmost Tip of Mainland Asia). Ia dinamakan sempena pokok bijirin tempatan yang dikenali sebagai Paku Piai dan boleh hidup di kawasan air masin. Ia merupakan tempat kehidupan kepada banyak spesis tumbuhan bakau (mangrove) dan haiwan tanah lembap (wetland). Hutan Paya bakau di Tanjung Piai mewakili sebanyak 4.7% dari keseluruhan hutan bakau di Semenanjung Malaysia. Bakau yang terdapat di sini kebanyakannya dari jenis Rhizophora yang biasa tumbuh di kawasan pantai. Terdapat 5 spesis burung air besar dan 7 spesis burung pantai yang mendiami kawasan ini.
Untuk sampai ke Tanjung Piai kita boleh menggunakan lebuhraya Utara Selatan dan keluar di persimpangan Simpang Renggam. Dari situ pandu ke arah Benut dan terus ke Pontian. Ikut pandu arah seterusnya untuk sampai ke Tanjung Piai. Jangan terkeliru, kerana ada simpang kecil melalui jalan kampung untuk ke sana. Kawasan penghujung yang ada di situ adalah kawasan chalet. Saya yang pergi untuk kali kedua agak keliru kerana mercutanda batu Tg Piai telah diubah tempatnya ke kawasan baru.
Untuk sampai ke kawasan paling hujung Benua Asia, kita perlu berjalan melalui pelantar yang disediakan melalui celah-celah pokok bakau. Mercutanda kedua di sini ialah sebuah globe gergasi yang di buat di atas satu jeti khas. Dari jeti ini kita boleh melihat banyak kapal-kapal dagang besar yang sedang menunggu giliran untuk masuk ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Untuk ke sini digalakkan pergi pada waktu petang kerana tempatnya agak panas. Seeloknya bawa payung.

Terdapat satu lagi jeti yang dibina untuk melihat matahari terbenam. Dari jeti ini kita dapat melihat Pulau Karimun, Indonesia yang jaraknya agak dekat. Bagi pelawat yang ingin bermalam, saya cadangkan untuk menginap di bandar Pontian kerana keadaan chalet di sini yang tidak begitu terurus keadaannya. Untuk makan pula bolehlah pergi ke Kukup kerana ada banyak pilihan.
No comments:
Post a Comment
En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...