Tuesday, November 18, 2014

Trip Jawa Tengah 3 - Lawang Sewu, Semarang

Destinasi seterusnya pada hari itu ialah ke Bangunan Lawang Sewu. Lawang Sewu ialah bahasa Jawa yang bermaksud Seribu Pintu. Pada hakikatnya bukanlah sampai seribu pintu yang ada, tapi disebabkan terlalu banyak pintu jadi ianya digelar Lawang Sewu. Terletak di Jalan Pemuda iaitu berhampiran bulatan Tugu Muda. Dibina pada tahun 1904 dan pernah menjadi pejabat pengurusan kereta api Semarang.

Bangunan Lawang Sewu ini telah melalui proses baikpulih yang lama dan dibuka semula pada tahun 2011.

Thursday, November 13, 2014

Trip Jawa Tengah 2 - Kota Lama, Semarang

Hari kedua kami berada di bumi Jawa Tengah. Ada beberapa tempat di sekitar Semarang ini yang kami nak pergi walaupun cuma ada sehari saja di sini. Cuaca hari ini sangat baik dan menurut pak supir sudah beberapa bulan tiada hujan di sini. Jam 9.00 pagi cuaca sudah pun membahang kerana sebelum jam enam pagi lagi matahari sudah pun terbit.

Sebahagian bandar Semarang yang dapat dilihat dari tingkat enam Quest Hotel.

Monday, November 10, 2014

Trip Jawa Tengah 1 - Dari airport terus ke Solo dan Semarang

Percutian kali ini hanya 5H4M, tapi banyak bandar yang ingin dijejaki. Hasilnya ada beberapa tempat menarik yang tak sempat kami pergi kerana asyik keluar masuk hotel. Kalau cuma tinggal di Jogja saja mungkin lain ceritanya.

Perjalanan hari itu agak lancar dan sampai di Lapangan Terbang Adisudjipto, Jogjakarta mengikut waktu. Pak supir yang di booking pun sudah sedia menunggu. Awal-awal lagi kami dah beritahu, jangan singgahkan kami di mana-mana candi kecuali Borobudur sahaja. Entah kenapa, tapi memang rasa kurang selesa untuk menatap binaan semacam tu. Pak supir kata lagi bagus sebab menyenangkan tugas dia. Oh ya Pak Supir kami bernama Nizam. Nama yang kurang unsur keJawaan, padahal Jawanya pekat sekali, suka speaking dan boleh berbahasa Melayu cara orang Malaysia. Memang terbaik...

Peta perjalanan untuk trip Jawa Tengah.

Wednesday, October 29, 2014

Trip ke Solo > Semarang > Magelang > Jogjakarta

Layan dulu foto-foto untuk trip kali ini.

Lapangan Terbang Adisutjipto, Jogjakarta

Monday, September 22, 2014

Cara menghantar wang melalui Western Union

Mungkin ramai yang pernah menghantar wang ke luar negara dengan menggunakan perkhidmatan Western Union. Bagi saya inilah kali pertama. Entry ini mungkin berguna kepada mereka yang belum pernah menggunakannya.

Sebenarnya saya ada satu trip ke negara seberang pada bulan Oktober nanti. Jadi sebagai persediaan awal kenalah mencari supir untuk bergerak ke sesuatu tempat bila di sana nanti. Setelah berkomunikasi dengannya melalui facebook akhirnya persetujuan telah dicapai. Mas supir di sana mahukan wang cengkeram supaya dia boleh block tarikh yang kita orang kehendaki.

Boleh percaya ke? InsyaAllah boleh, sebab melalui facebook beliau banyak orang dari Malaysia yang menggunakan perkhidmatannya.

Perkhidmatan Western Union ini boleh didapati di bank-bank tertentu atau melalui cawangan Western Union itu sendiri. Saya menggunakan perkhidmatan ini di Western Union cawangan Mydin Mall USJ1. Untuk menghantar wang, apa yang diperlukan ialah nama dan alamat penerima berserta nombor hp. Itu saja. Bagi pihak penghantar pula cuma sediakan duit dan kad pengenalan. Tak perlu isi borang. Semuanya diuruskan oleh kerani di kaunter. Caj perkhidmatannya ialah RM10 sahaja.

Penghantaran wang melalui Western Union ini sangat popular kepada jutaan pekerja asing yang berkerja di Malaysia.

Resit yang kita dapat

Langkah seterusnya ialah memaklumkan penerima nombor transaksi iaitu seperti contoh di atas MTCN : 701-611-8568. Beritahu sekali nama penuh pengirim sebagai rujukan.

*Prosidur ini mungkin berlainan jika kita menggunakan perkhidmatan Western Union di cawangan bank atau Pejabat Pos.