Monday, February 25, 2019

Guilin Pt 3 - Ke Yangshuo | Bamboo Rafting | Impression of Light

Hari ini kami nak bergerak ke Yangshuo. Sebelumnya kami minta sedikit panduan dari petugas di kaunter hotel cara untuk ke sana. Pilihan terbaik ialah dengan menaiki bas ekspres yang berlepas dari stesyen bas utama kota Guilin. Jadi dengan yakinnya kami terus naik bas yang diberi tanpa menyedari ada huruf tambahan di awal nombor yang diberikan. Katanya dua tiga stesyen sampailah dan bas akan berakhir di sana.

Tapi tunggu punya tunggu bas tu tak berhenti pun di stesyen bas. Rupanya bas yang berhenti di stesyen ada tambahan huruf T di hadapannya tapi kami tak sedar. Jadi kami turunlah dari bas di satu kawasan asing di kota Guilin. Cadangnya nak ambil teksi je untuk ke stesyen tapi kawasan itu memang tak nampak teksi langsung. Dalam pada nak mencari teksi tetiba kenderaan semacam tuk-tuk berhenti sebelah kami, tanya nak ke mana. Jadi dengan pertolongan Google translation, kami beritahu nak ke Yangshuo. 

Di Guilin ni ada tiga buah stesyen bas utama iaitu di tengah bandar, di Utara dan di Selatan. Rupaya tempat tersesat kami tadi dah menghampiri stesyen di kawasan Selatan. Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Stesyen ini nampak baru dan lebih teratur.

Stesyen bas bahagian Selatan,

Best juga dapat naik tuk-tuk di Guilin.

Tempat duduk di ruangan menunggu agak selesa.

Tiket bas ekspres ke Yangshuo berharga 27 yuan. Boleh faham dak...

Melalui lebuhraya tol. Tak banyak kenderaan yang lalu di sini.

Pemandangan bukit-bukit batu kapur menghampiri bandar Yangshuo.

Hotel penginapan untuk satu malam di Yangshuo.

Penjaga kaunter ini fasih berahasa Inggeris.

Sampai di hotel dengan teksi dari stesyen bas. Masih agak awal untuk check in tapi kami dibenarkan untuk masuk ke bilik. Siap boleh pilih lagi mana bilik yang kita hendak. Tiket-tiket untuk aktiviti di Yangshuo semuanya boleh didapati di sini. Sebelum masuk ke bilik kami siap-siap beli tiket untuk Yulong river bamboo rafting pada sebelah petang berharga 130 yuan/pax dan impression of light 200 yuan/pax pada malamnya.

Besar gedabak bath tub hotel ni tapi tak sempat pun nak guna.

Pemandangan dari bilik hotel.

Sempat berehat sekejap sementara menunggu van yang akan ambil kami datang pada jam dua petang. Hujan dan mula turun renyai-renyai. Risau juga rasanya.

Tempat tunggu van di tepi jalan berhampiran hotel.

Kawasan jeti bamboo rafting Sungai Yulong.

Rakitnya nampak buruk tapi kukuh. 

Sungainya agak lebar tapi airnya tenang dan bersih. Hilang semua rasa risau. Lagipun ada di sediakan jaket keselamatan. Macam mana airnya boleh begitu tenang padahal sungainya lebar. Rahsianya ialah disetiap lebih kurang 500 meter akan dibina empangan dengan satu laluan untuk rakit menuruni yang seakan bentuk jeram. Jadi aras airnya agak mendatar.

Rumah-rumah mewah di tepi sungai.

Sepanjang perjalanan hanya pemandangan bukit-bukit batu kapur sahaja.



Pangkalan lain yang ada di sini.

Banyak rakit yang tidak beroperasi, mungkin bukan waktu puncak.


Bersiap sedia untuk menuruni jeram.

Cuak juga tapi seronok pulak. Ada lima atau enam jeram di sepanjang laluan rakit ini.

Salah satu jeram di sungai ini.



Menghampir pangkalan. Perjalanan adalah sehala dan kenderaan yang kita naik tadi akan menunggu di sini.

Perjalanan mengambil masa hampir dua jam. Lama sangat pun boleh jadi bosan juga.

Sampai di hotel dah agak lewat dan terpaksa terkejar-kejar untuk ke Impression of Light pada sebelah malamnya. Ada kenderaan di sediakan jadi tak susah-susah fikir macam mana nak ke sana. Sekarang ini cuma tinggal satu show sahaja diadakan setiap hari. Sebelumnya ada dua show setiap malam.

Apa yang ada dalam pertunjukan ini. Kopipes je dari website chinahilights.com

The Highlights of Impression Liu Sanjie
The whole performance is composed of 7 scenes, namely:
·         The Prelude — the Legend of the Scenery,
·         Red Impression — Folk Songs,
·         Blue Impression — Love Songs,
·         Green Impression — Garden,
·         Golden Impression — Fishing Lights,
·         Silver Impression — Performance of the Grand Ceremony, and
·         The Epilogue — Heaven and Earth Carol.
It is a creative artistic conception of harmony between man and nature.
In the grand Red Impression scene, the Li River is dotted with fishing lights, and over 600 actors and actresses sing an antiphony.
The most impressive scene is Silver Impression, which reflects a scene of folk celebrations. 200 ethnic minority girls in festive costumes perform on the watery stage, welcoming visitors from all corners of the world.
In The Epilogue the fishing rafts depart and the lights are dimmed, and the song of Liu Sanjie echoes around the hills.
Pintu masuk utama.

This is China. Ramai manusia di mana-mana.

Background adalah bukit batu kapur asli.








Ada bahagian-bahagian pertunjukan yang menakjubkan dan ada yang membosankan terutama bila sampai ke bahagian menyanyi beramai-ramai. Dah macam bunyi nyamuk. 

Gadis etnik minoriti China berpakaian tradisi.

Pertunjukan berjalan selama sejam setengah.

Kami keluar awal sikit untuk mengelakkan kesesakan.


Sampai di hotel sempat singgah di Xijie Pedestrian Street tapi tak sempat nak ke West Street sebab dah kepenatan sejak keluar awal pagi tadi.


Awal pagi esoknya kami check out untuk balik semula ke Guilin. Tiket bas ke Guilin boleh di dapati dari kaunter hotel. Dari hotel ada van yang akan membawa kita ke bas yang menunggu di tepi jalan utama bukan di stesyen bas. Basnya agak selesa dan alhamdulillah kami selamat sampai di stesyen bas selatan Guilin. Dari sini ada bas perantara untuk ke stesyen bas utama bandar Guilin Tambangnya cuma 3 yuan. Sampai di hotel sebelum tengah hari. Petangnya kami nak ke satu tempat yang agak menarik di Guilin sebelum balik pada keesokan harinya.

12 comments:

  1. Pemandangan bukit-bukit kapur di Guilin ini mirip dengan pemandangan di Krabi Thailand ya. It's cool. Jadi ingin pergi ke sana.

    Salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... memang lebih kurang sama tapi di Guilin dan Yangshuo ada terlalu banyak.

      Delete
  2. wahh,, nampak best dapat naik rakit tu...

    ReplyDelete
  3. Bamboo House hotel, luarannya very traditional..river rafting di Yashuo - aktiviti menarik di Guilin..2 jam lama jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik pun agak besar... recommended. Dua jam berakit agak lama dan kesian pulak dengan pendayungnya...

      Delete
  4. i am soooooo in naik rakit tu walaupun cem seram2 sikit. hehehe.. mencabar and dengan permandangan sekeliling gitu memang mahal la =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah serem sangat CT... air sungai pun jernih dan cetek... boleh nampak dasar...

      Delete
  5. Cantik Guilin!
    Pengalaman yg seronok naik rakit, tapi mmg cuak jugak tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakit tu stabil dan kukuh jadi kuranglah cuaknya...

      Delete
  6. Hati-hati naik tuk-tuk tu...sebab dia tak balance. Takut tumbang. Kalau di Beijing ia dipanggil beng-beng.
    Cantik pemandangan di sungai tu.
    Tak basah ke stokin bila turun jeram dgn rakit tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh beng-beng namanya... rasa macam ok sebab apek tu merempit. Best naik rakit di sungai yang sangat bersih... bila hampir ke jeram pendayung ingatkan supaya angkat kaki... jadi memang tak basah...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...