Monday, April 9, 2018

Siem Reap - Pemandu tuktuk | Hotel penginapan

Mod pengangkutan yang paling mudah di Siem Reap ialah dengan menaiki Tuktuk. Lagipun sewanya lebih murah berbanding menyewa kereta dengan pemandu. Keselamatan... Insya Allah selamat kerana jalan raya di Siem Reap tidak sibuk dan kenderaan tidak dipandu laju.

Tuktuk yang kami gunakan untuk 4H3M di Siem Reap. Di sini tuktuk dibenarkan mengambil penumpang di hadapan pintu keluar airport.

 Syok sebab berangin.

Pemandu tuktuk kami Nasir namanya. Boleh di hubungi melalui hp +855 9297 7743. Fasih berbahasa Melayu sebab pernah bekerja di Malaysia.

Untuk penginapan kami pilih hotel yang berhampiran dengan pasar malam. Jadi senang nak pergi setiap malam tanpa perlu dihantar pemandu tuktuk. Walaupun di sini ada pub street tapi taklah sebising macam di Patong, Phuket. Boleh saja tidur dengan aman. Lokasinya juga tidak jauh dari penempatan orang Melayu Champa. Kemudahan kolam renang pun ada.

 Hotel ini terletak di Sivutha Road.

 Bilik penginapan untuk tiga orang.

 Biliknya agak luas. Nak solat pun senang.

 Sarapan pagi yang disediakan.

 Bangunan di hadapan hotel.

Salah satu tapak pasar malam di Siem Reap. Lokasinya di seberang sungai.

16 comments:

  1. lokasi hotel strategik ...berapa harga semalam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk bilik triple harganya tak sampai RM200...

      Delete
  2. menarik gak tuk-tuk bersambung dgn motorsikal mcm tu..kalau corner, tak bergoyang kanan-kiri ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuktuk biasanya tidak dibawa laju jadi memang agak setabil...

      Delete
  3. Seronok kan bila hotel dekat dengan pasar malam boleh cuci mata dan shopping :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiap-tiap malam boleh merayap kat situ selagi bajet masih ada...

      Delete
  4. menarik juga ni....lokasi pun strategi...senang nak jalan-jalan

    ReplyDelete
  5. ok paklang..nnti ada rejeki lbih boleh dijejaki..bagi promote sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tolong promote tuktuk driver tu... moga rezekinya bertambah...

      Delete
  6. Siem Reap hotel murah2 kan... servis pon ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma makanan di kawasan Melayu Champa agak mahal sikit... tapi best sebab banyak pilihan restorannya...

      Delete
  7. uuish PLM.. dok syiok baca entry Jepun terselit Siem Reap.. lajunya PLM jalan2 ni xdan nak kejar hihi..

    ReplyDelete
  8. Hotel di sini nampak menarik.
    Lain pula nampaknya Tuk Tuk di sini disebabkan ia disangkut pada motor macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi hotelnya tak ada lift... nasib baik cuma 3 tingkat...
      Tuk tuk di sini menggunakan motorsikal tak macam di negara lain... kalau hujan memang susah sikit...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...