Monday, November 21, 2016

Kia Ora North Island New Zealand Pt 1 - Sampai di Auckland

Kebanyakan orang akan pergi ke Pulau Selatan atau kedua-duanya sekali tapi kami cuma ke Pulau Utara. Bajet yang ciput dan cuti yang singkat mengehadkan perjalanan kami sekeluarga 😊😊😊😊. Tak apalah mungkin boleh jadi alasan untuk ke sana lagi di lain hari. Mana tau. 

Untuk trip kali ini hotel dah di booking seawal tiga bulan lagi. Masa itu kadar tukaran dalam lingkungan RM2.80 bagi setiap ringgit. Tapi bila kami di sana kadar tukaran dah naik mencanak hingga RM3.10.  Jika kita buat tempahan melalui booking.com, bayaran tidak dipotong melalui kad kredit tapi semasa kita check in di hotel dan ikut kadar pada waktu itu. Banyak juga perbezaannya untuk tempoh enam malam kami di sana. Kebanyakan penginapan yang kami ambil terletak di pinggir bandar kerana kami memandu di sana jadi tak ada masalah fasal lokasinya. Boleh dikatakan semua hotel yang kami ambil mempunyai kemudahan dapur untuk memasak. Siap bawa kuali dan periuk dari Malaya. Kami tak makan di luar walau sekali pun di sana!!!

Boarding pass yang senipis kertas A4.

Tiket penerbangan dibeli sewaktu pelancaran AAX ke Auckland. Jadi dapatlah tiket yang agak berpatutan untuk jarak perjalanan lebih sepuluh jam itu. Apa yang lecehnya ialah penerbangan ini kena transit di Gold Coast. Segala barang yang dibawa masuk ke kapal terbang perlu dibawa turun untuk di imbas sekali lagi di Coolangata Airport, Gold Coast. Masa transit cuma satu jam sahaja. Jadi selepas saja selesai melalui kastam kita akan terus berbaris untuk naik ke kapal terbang semula. Rasa macam proses yang tak perlu dan menyusahkan. Satu lagi tak bagusnya transit ini ialah bagasi kita dicaj sebanyak dua kali. Maknanya kita terpaksa membayar empat kali untuk penerbangan pergi balik. Kami ambil yang 25 kg dan cajnya lebih RM300. Untuk penerbangan sejauh ini jangan lupa untuk membuat tempahan makanan dua kali untuk pergi dan balik supaya tidak kebuluran di atas sana.

Untuk makanan kami bawa barang yang seperti yang banyak blogger lain syorkan kecuali barang yang ada kaitan dengan daging, telur, susu dan madu. Senaraikan saja barang makanan yang kita bawa dan tak perlu sebut ramuannya bagai. Jika barang tu ada dalam bagasi, keluarkan semuanya dan masukkan ke dalam satu beg supaya memudahkan kerja dan tak perlulah kita nak membongkar bagasi kita di depan kakitangan kastam di sana. Semua barang produk komersil memang tak ada masalah kecuali yang home made. Jika diperhatikan kastam di NZ agak lebih longgar berbanding di Australia.

Best kalau dapat naik Emirates Airbus A380 ni. Ada dua buah di kawasan airport ini.

Keluar dari Auckland airport memang dah tak fikir lain mode pengangkutan yang kami nak ambil kecuali teksi sebab kami berempat. Jadi agak lebih menjimatkan. Selamat sampai di Empire Apartment, Whitaker Place dengan tambang NZ$60.

 Hampir jam tujuh malam tapi keadaan masih terang. Yang bagusnya pada waktu ini siangnya agak panjang. Masuk maghrib pada jam lapan malam.

 The Sky Tower dari kejauhan.

 Sebahagian bandar Auckland dari tingkap apartment kami.

Selesai makan dan segala urusan yang sepatutnya, kami keluar meronda sekejap. Untuk pengetahuan bandar Auckland ini adalah bandar yang berbukit-bukit. Perlukan sedikit stamina lebih-labh lagi apartment terletak di kawasan berbukit. Tapi udara yang nyaman buat kita tak rasa penat. Destinasi utama ialah cari pasar raya Countdown Metro yang terletak di Victoria Street West untuk mencari bahan keperluan masakan.  Pasar raya di NZ terutama Countdown ditutup pada jam sebelas malam.

 Tak jauh dari The Sky Tower.

 Bangunan yang terletak di Queen Street.

30 comments:

  1. Ramainya orang pergi new zealand ya. Memang permandangan lawa. Teringin sangat nak ke sana. Insyaallah jika diizinkan ilahi & berkemampuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandangan memang ohsem. Insya Allah sampailah ke sana satu hari nanti...

      Delete
  2. selalu guna agoda, bayar terus masa booking. Terkena jg bila 'pay later', exchange rate dah naik..

    jimat belanja bila masak sendiri..NZ mmg cantik semulajadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agoda ni macam mahal sikit selepas dicampur dengan cukai. Bayar kemudian ni kira nasiblah. Banyak betul jimatnya jika masak sendiri lebih2 lagi jika pergi dengan keluarga...

      Delete
  3. travel time siang panjang best kan, kira boleh fully utilize masa tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... terutama jika jarak perjalanan jauh, boleh target sampai ke sesuatu destinasi sebelum gelap...

      Delete
  4. Replies
    1. Kalau dari dekat lebih cantik en Din tapi kami tak pergi pun... hehe

      Delete
  5. Agaknya masa Mie pergi ni musim Summer...sebab maghrib masuk pukul 8. Pada masa saya pergi dulu, kalau tak silap saya thn 2000, imigresen di sana sangat srict...dia orang check beg saya sampai ke tulang hitam...debu-debu, habuk-habuk dalam beg tu pun dia korek keluar....ishh..ishh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya akhir musim bunga tapi masih terasa sejuknya. Wah dulu dahsyat betul cara pemeriksaannya... masa saya alhamdulillaj smooth je... periksa pun lebih kurang...

      Delete
  6. musim ke NZ agaknya..ramai yg update ke sana.
    tapi sesungguhnya NZ memang lawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan agaknya...NR bila lagi... NZ memang sangat cantik dan menarik...

      Delete
  7. Oo... Kene bawa tempah kari babas pek besar ni nnt. Baru best masak. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbawa2 aura India ke NZ nanti maksu... Kat NZ kenalah western sikit...hehe

      Delete
  8. Lecehnya smpi kne transit & charge bagasi 2 kali one way. Transit pun singkat 1 jam je. Good info kastam NZ x strict macam Aussie pasal food ni

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  9. Memang leceh tapi dah peraturan... takleh buat apa

    ReplyDelete
  10. heeee CT baca dari latest ke sini baru nak sampai entry memula hehehe.. bestnyaaaa PLM !!! x kisahla North Island saja ke dedua ke South Island ke janji dah sampai !!! hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi orang kata pulau Selatan lebih cantik... nak kena pergi juga nampaknya... tapi x tau bila...

      Delete
  11. berhenti sini dulu.. ada kelapangan CT datang singgah lagi =)

    ReplyDelete
  12. Tumpang tanye. Untuk transit 1 jam di gold coast tu, perlu apply australia transit visa sbelum fly x? Risau kene deny boarding kt klia2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu... sebab kita tak keluar dari kawasan airport. Cuma bawa barang turun, lalu di kawasan kastam, pastu naik semula ke kapal terbang...

      Delete
  13. Saya nak tnya . Contoh kos flight rm2500 untuk air asia. Bila dh booking flight skli dgn luggage perlu bayar lg ke kat australia airport atau net hrga 2500 return yg kita bayar wktu book flight.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya harganya adalah all in untuk return bergantung apa yang kita masukkan semasa booking. Bila transit, luggage akan di caj empat kali untuk perjalanan pergi balik...

      Delete
  14. slm,
    sis nk mtk pendapat - empire apartment tu ok tak? ke kiwi international lg ok.. just tny kot2 tahu. kitorg nk pergi oct 2017 ni berlima, lebih kurang time je timing thn je beza, adakah nk kena bwk windbreaker je kan tk perlu tebal2 sgt
    thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam nonee.. Empire apartment tu ada tiga bilik. Kena ambil semuanya jika tak mahu share dengan tetamu lain. Aritu kitaorang share dengan couple matsalleh tapi ok je. Kiwi International tu saya kurang tau. Pakaian tak perlu tebal sangat, cukuplah jaket biasa tapi jangan yang nipis sangat...

      Delete
  15. nak tanya part luggage charges tu...
    maknanya KUL - OOL (bayar 135rm for 20 kg)
    pastu OOL - AKL (bayar lagi another 135rm for the 20kg ke)?

    aduhai ... padahal kita amek direct flight KUL - AKL kan ?
    cuma layover kat OOL je.. bukan kita yang nak layover, tapi terpaksa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul AAX akan caj bagasi dua kali untuk ke AKL. Di OOL AAX di benarkan menurun dan mengambil penumpang. Itu yang mungkin kena caj dua kali tu...

      Delete
  16. sambung lagi... tapi masa buat booking tiket dgn AA tu, depa tak pulak mintak kita bayar 4 kali (2 kali pi, 2 kali balik)... tapi hanya sekali pergi and sekali balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu macam tu la... tak tau kalau sekarang dan berubah...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...