Friday, April 8, 2016

Trip Kansai Area Pt 9 - Mount Rokko Snow Park

Hari ini hari keempat kami berada di daerah Kansai. Rancangan hari ini ialah untuk ke Mount Rokko Snow Park. Dari Shin Imamiya kami ambil Loop line untuk ke Osaka Station. Dari Osaka station kami bergerak ke Osaka Umeda station yang terletak bersebelahan. Kereta api untuk ke Rokko station ada di Osaka Umeda station. Bangunan Osaka station ini amatlah besar jadi memang banyak kali juga tersalah laluan untuk ke sana. Ada laluan melalui dalam bangunan tapi kami ke sana ikut laluan bahagian luar.

Osaka Station.

Ikut laluan luar, terjumpalah bunga tulip yang seciput ini.

Singgah di sini untuk membeli tiket diskaun untuk kereta api Hankyu dan Rokkosan Tourist Pass.

Tiket diskaun kereta api Hankyu berharga 1000 yen yang boleh di gunakan untuk sehari.

Rokkosan Tourist Pass.

Harga khas untuk pelancong, Perlu menunjukkan passport di sini.

Inilah rupa Tourist Pass tu.

Stesyen Osaka Umeda, stesyen kereta api swasta.

Stesyen Rokko berada dalam laluan kereta api Hankyu untuk ke Kobe Sannomiya. Tapi rupanya stesyen Rokko ini bukanlah stesyen utama. Jadi perlu berhati-hati bila mengambil kereta api. Hari itu kitaorang tersalah ambil kereta api yang semi ekspress. Memang tak berhentilah di stesyen Rokko tu. Nasib baik ada kad diskaun Hankyu. Bolehlah naik turun kereta api sesuka hati.

Bas untuk ke stesyen cable car. Bas ini berada di luar stesyen Rokko. Gunakan keratan pertama untuk menaiki bas ini.

Stesyen Rokko Cable Car.

Gunakan keratan kedua di sini. Kalau tak ada pass, agak mahal tiket cable car ini.

Lega, orang pun tak ramai.


Sampai di atas. Bandar Kobe boleh dilihat dari sini.

Bas yang bergerak di kawasan Mount Rokko. Banyak tempat menarik di atas ini. Boleh berhenti di mana-mana tapi kami cuma nak pergi ke Snow Park saja.

Berbaris untuk beli tiket masuk dan peralatan permainan. Penduduk tempatan kebanyakanaya datang dengan kereta.

Kemudahan bilik solat juga ada. Orang Jepun dah semakin peka tentang keperluan seperti ini.

Tiket masuk 2100 yen untuk dewasa. 


Sledge sekeping 500 yen, deposit 1000 yen.

Tipah tertipu, rupanya seleji pelesu ya tuan-tuan...


Cuma kami makhluk asing di sini pada hari tu.


Walaupun salji palsu tapi best juga sebenarnya.

Aksi tersendiri, lepas tu kena tegur dengan penjaga di sini.

Kawasan ini khas untuk bermain dengan salji. 

Ada alat untuk membentuk orang salji yang boleh di sewa.


Feeling-feeling macam salji ori.


Kawasan untuk berski.

Siap dengan cable chair lagi.


Walaupun tak securam mana, tapi agak jauh juga jika menapak.

Kami tak mencuba pun.


Kami di sini hingga hampir jam dua petang. Tak menyinggah prayer room di sini kerana kami akan ke Masjid Kobe pada petang itu.

28 comments:

  1. main salji palsu pun jadi la...palsu pun palsu la kan...yang penting namanya salji..haha

    ReplyDelete
  2. Silap lah haritu tak pergi sini...camni kna lah ulang balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruginya... kalau tak Nekcik pun boleh main gelungsur salji... hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Teksturnya agak kasar dan bila dipegang tak mudah cair Zila... Nak kena pergi Sapporo juga nampaknya ni...

      Delete
    2. Kiranya dia guna ais jugak tapi buat guna mesin cam ais kacang gitu?

      Delete
    3. Tak tau pulak prosesnya... tapi memang agak kasar sikit tak macam snow yang asli...

      Delete
  4. bln Feb dah takde salji kt Kobe??..huhu..palsu pun best juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kat Kobe memang takde salji walaupun peak winter... tak taulah kat atas Mount Rokko tu... mungkin ada...

      Delete
  5. Bagusnya tempat ni sediakan bilik solat.

    Tipahpun pernah tertipu juga beberapa kali - main seleju pelesu - di Amerika sekali, kemudian di Australia sekali :D. Mereka guna kipas besar untuk hasilkan salji. Sebenarnya salji ori ada, tapi dia orang top up dengan yang pelesu supaya salji boleh tahan lama untuk orang main ski. Di Jepun macam tu juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah orang Jepun dah semakin peka tentang keperluan oang Islam...

      Pasal seleji pelesu tu tak nampak pula macam mana dia orang membuatnya... jadilah merasa juga daripada tak ada langsung...

      Owh benda ni perkara biasa rupanya di negara empat musim... baru tau...

      Delete
  6. Replies
    1. Dulu en Din pergi berdua je... rasanya memang tak perlu ke sini. Lainlah kalau anak-anak ikut sama...

      Delete
  7. Eh mnarik gk mt rokko ni.ingt mcm xde apa tu yg xpi tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau musim panas snow park tu tutup... tapi banyak je tempat menarik lain kat atas tu...

      Delete
  8. huuurmmmmm kami pun jumpa seleeeeeeji tipu... tipah tertipu.. pak ali tertipu.. semua tertipu.. apakan daya.. layan jela.

    ReplyDelete
  9. beza banyak eh kalo xde tourist pass dengan bayar walk in kat kaunter ? kalo kata kita nak pusing Rokko tu brapa lama masa diperlukan ? 1 hari ?? ada apa lagi yang menarik PLM ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jimat banyak... ada macam2 kat atas gunung tu... tapi PLM cuma ke Snow Park...

      Link : Mount Rokko National Park

      Delete
  10. Salji pelesu..hurmm..mcm kat Yongpyong lah...kasar saljinya...boleh lah dari x de..tapi yg pasti salji di Kashmir mmg heaven heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak kasar saljinya... sesuai untuk buat cendol bungkus plastik...hehe. Kashmir... jangan malas buat postingnya... Tapi takpe baca kat blog Syarliz je...

      Delete
  11. Salam...kak...sye eazie dr jb...plan nk ke osaka insyaAllah february 2017...nk tanya...ke mount rokko nie...tourist pass n kereta api hankyu tu together 1000 yen atau setiap satu 1000 yen?

    ReplyDelete
  12. Salam...kak...sye eazie dr jb...plan nk ke osaka insyaAllah february 2017...nk tanya...ke mount rokko nie...tourist pass n kereta api hankyu tu together 1000 yen atau setiap satu 1000 yen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap satunya berharga 1000 yen... tapi memang berbaloi...

      Delete
  13. Hai nak tanya, dari snow park ni nak ke kobe mosque naik ape ye? Rokkosan Tourist Pass tu unlimited ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila baca posting pt 10... info nak ke masjid Kobe ada di situ...

      Rokko tourist past tu cuma bas di atas bukit yg unlimited...

      Delete
  14. Kat Rokko Mt tu pun ada lembu wagyu yg besar giler sizenya...

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...