Thursday, April 28, 2016

Trip Kansai Area Pt 12 - Universal Studio City Walk

Senang tinggal di Shin Imamiya ni sebab adanya Loop Line yang boleh berhenti di mana-mana interchange. Dari sini kami berhenti di stesyen Nishikujo dan seterusnya menyambung perjalanan ke stesyen Universal City yang terletak cuma dua stesyen dari sini. Tujuan ke sini cuma nak meronda di Universal Studio City Walk.

Kereta api bertema Universal Studio di stesyen Nishikujo.

Tak ramai orang sebab bukan hujung minggu.


Hotel mewah yang ada di sini.










Ramai juga yang cuma meronda macam kami.
Lokasi wajib untuk berfoto.

Tiket masuk untuk dewasa 7400 yen  termasuk cukai. Hampir RM280 pada masa itu.

Kami tidak memasuki kawasan Universal Studio tu kerana menganggap tarikannya lebih kurang sama saja dengan Universal Studio Singapore. Lagipun kos untuk masuk kami bertiga di sini berharga lebih dari RM800. Lepas tu bukan semua jenis permainan kat dalam tu sesuai buat kami yang dah veteran ni.

Pemandangan di bahagian dalam. Ambil foto dari celah pagar je.

Roller coaster yang wajib ada kat mana-mana taman tema.

Hard Rock cafe dan Rock Shop pun ada di sini.


Kat sini dia pun nak menebeng.

Singgah di cafe untuk cari makanan bagi mengalas perut.

 Balik semula ke stesyen untuk ke destinasi seterusnya.

16 comments:

  1. hahahah.....teringat kesah kami yg keluar train masa kat nishikujo dan tunggu train lain ke universal city....bila dah balik mesia....kwn ckp blh jer stay dlm train tu...akan sampai jgk ke universal city....bertekak kejap sbb rasa dia salah....hahahahah sampai skrg tak tahu sapa betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Nishikujo tu memang kena turun tapi kena pergi ke line yang lain untuk ke Universal Studio tu... Kalau stay juga jawabnya berpusing-pusinglah sebab itu kan Loop line... hehe

      Delete
  2. Saya pun tak boleh naik ride yang disediakan untuk orang muda-muda. Studio ini tidak termasuk dalam senarai trip kami semasa di Osaka dulu sebab kami dah puas pergi taman-taman tema di tempat lain. Kenaikan itu rasanya hampir sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita serupa... faktor umurlah tu. Kami ke sini pun cuma nak meronda saja. Ride kat taman tema macam ni biasanya hampir sama. Tiket pulak terlalu mahal... macam tak berbaloi pun jika masuk...

      Delete
  3. Harry potter! USS ada yang macam Disneyland tuh tak? yang starlight ticket or after 6? bukan nak sangat naik rides tp nak p hogwarts hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh nak cerita cik Sarah sebab kami tak masuk pun...

      Delete
  4. entahlah..dah malas nk gi tmn tema...ok jg USJ city walk, menarik..yg penting dapat bergambo kt globe besar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun cuma melawat kawasan je... nasib baik kawasan luarnya agak luas dan agak menarik. Bergedik depan globe pun jadilah... hehe

      Delete
  5. gambar celah pagar pun cantik aaahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat masuk lagi cantik... cuma tiket tu tak menahan mahalnya...

      Delete
  6. Ha..ha..budget kami tak sampai ke Tokyo.tak cukup yen nak naik shinkasen!!

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...