Thursday, April 21, 2016

Trip Kansai Area Pt 11 - Kobe Harborland

Dari Masjid Kobe kami balik ke stesyen Kobe-Sannomiya melalui jalan yang sama. Terasa cepat pulak sampainya berbanding masa perginya. Destinasi kami seterusnya ialah untuk ke Kobe Harborland. Sekali lagi kami tersilap di sini sebab main naik je train yang menuju ke Kobe. Stesyen Kobe berada di perhentian kedua bagi laluan Hamakaze line. Bila train berhenti untuk kali pertama, kami buat tak tau je sebab beranggapan belum sampai lagi. Rupanya kereta api yang kami naiki adalah semi ekspres juga dan Kobe adalah perhentian pertamanya. Perhentian seterusnya ialah di stesyen Akashi yang sangat jauh dari Kobe, melepasi hampir sepuluh stesyen. Pasrah aje lah...
 
Rasa macam nak batalkan saja untuk ke Harborland tu, tapi rasa rugi pulak.

Shopping Street berhampiran stesyen Kobe-Sannomiya.

Ada laluan khas dari stesyen Kobe ke Harborland.

Sampai di sini dah lewat sebab kes terlajak laris tadi.
 
Kobe Port Tower.
 

Kobe Meriken Park Oriental Hotel.
 
Kobe Maritime Museum terletak bersebelahan.
 
Ada juga ferris wheel dan ice skating rink di sini.
 


Banyak juga tempat menarik di sini. Kalau sampai di sini awal memang boleh meronda lagi.
 
 Apartment penginapan.
 
Jam sembilan malam kami balik semula ke stesyen Kobe-Sannomiya dan meneruskan perjalanan balik ke Osaka melalui Hankyu line.  Di Kobe-Sannomiya terdapat dua stesyen yang berlainan iaitu stesyen Hankyu dan stesyen JR. Tak ada laluan sambungan antaranya dan perlu keluar stesyen untuk ke stesyen Hankyu. Sempat singgah di pasar raya 24 jam yang terletak berhampiran apartment untuk mencari tempura bagi makan malam kami.

12 comments:

  1. view Harborland ni memang menarik di waktu malam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik tapi nak meronda dalam agak kurang seronok...kegelapan...

      Delete
  2. Tak jumpa lah pulak laluan khas tu..kami naik bas city loop tu untuk ke harbourland

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laluan tu bermula dari stesyen kereta api Kobe Nekcik... kalau naik bas mungkin lain perhentiannya... tu yang tak jumpa...

      Delete
  3. Dua kali saya ke sini. Siang dan malam untuk dapat dua view yang berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada mulanya memang nak sampai di situ sebelum gelap dan membawa ke malam tapi sebab terlajak kereta api... dapat tengok waktu malam pun jadilah en Din...

      Delete
  4. Salam kenal.. Blogwalking blog2 travel sebab nak survey for family trip.. Japan seems nice tapi macam mahal jekk.. T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak mahal... terutama penginapan. Masak makanan sendiri bila keluar untuk lebih jimat. Perkara lain spt tambang dan tiket masuk... memang tak dapat dielakkan...

      Delete
  5. Seronok juga terlajak sebab dapat tengok pemandangan tepi laut dan lampu-lampu pada waktu malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kita orang bercadang nak tengok dalam dua suasana, siang dan malam... takde rezekilah tu...

      Delete
  6. adussss..terlajak stesen lah pulok!!!

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...