Thursday, February 26, 2015

Guangzhou > Hong Kong > Shenzhen Pt 4 - Masjid Shabi Abi Waqas

Dari Yuexiu Park kami bercadang untuk ke Masjid Huaisheng yang terletak berhampiran stesyen metro Ximenkou. Di situ memang ada sebuah restoran makan halal yang memang kami dah siap-siap ada pelan lokasinya. Kalau tak ke restoran itu pun mungkin tak apa sebab hari itu adalah hari Jumaat dan biasanya ramai peniaga Islam akan berniaga di kawasan berhampiran masjid.

Sebaik keluar dari Yuexiu Park kami ternampak sebuah supermarket barangan halal betul-betul bertentangan dengan pintu masuk utama taman ini. Lepas tu nampak pula kepulan asap yang agak banyak dari kejauhan. Rupanya ada banyak gerai mambakar sate dan ayam di seberang sana. Tapi kami tak boleh melintas di situ kerana pembahagi jalannya berpagar. Jadi terpaksalah masuk semula ke stesyen metro untuk melintas. Sebelum datang ke sini memang kami tak tahu langsung adanya masjid tidak jauh dari taman ini. Jadi niat untuk ke Masjid Huaisheng langsung terbatal.

Pintu utama keluar masuk ke Yuexiu Park.

X : Pintu keluar masuk Yuexiu Park   M : Masjid

Banyak peniaga di sepanjang jalan menuju ke Lanpu Road.


Tak pasti kueh apa ini. Banyak campuran kacang. Dibahagian luarnya disaluti dengan kacang walnut. Harganya agak mahal 80 yuan sekilo.

Supermarket yang kami nampak dari seberang jalan.

Tak sabar-sabar terus singgah membeli di kedai makanan pertama yang kami jumpa.

Sedaplah juga...

Sesak dengan orang ramai yang menuju ke masjid.

Kami survey lagi makanan di sini.

Ayam goreng dah biasa makan... jadi kita skip...

Ayam bakar pun sama...


Akhirnya kami memilih untuk makan di sini...

Sate kambing dan sate ayam yang sangat sedap...


Tambah dua keping roti...

Lepas tu apa lagi... kita ngap lah... hehe

Ada juga kueh mueh... beli sikit buat kudapan di hotel.

Selesai makan barulah kami bergerak menuju ke masjid. Tapi tak boleh nak masuk lagi kerana masa tu jemaah baru habis solat Jumaat.  Kami tak dapat nak join sama kerana jemaahnya terlalu ramai. Lagipun Allah dah bagi kelonggaran untuk musafir macam kita.

Pintu gerbang untuk ke masjid.

Manusia dari semua bangsa dan suku ada di sini.

Nak tunggu jemaah keluar pun agak lama baru lapang sikit.


Akhirnya kami sampai di perkarangan masjid. Jumpa ramai rakyat Malaysia di sini.

Tempat berjumpa kawan-kawan seminggu sekali.

Pintu masuk bahagian tingkat atas.

Campuran senibina China dan Islam.

Bahagian bawah yang lebih lapang dan nyaman. Bangunan untuk solat bagi wanita agak jauh terpisah dari masjid ini.

Masjid ini agak besar dan cantik binaannya.

Info mengenai masjid ini.

Jalan menuju ke kawasan makam-makam dan telaga Shabi.

Batu tanda telaga yang berusia lebih 1300 tahun.

 Mengepam air telaga. Rasa macam air mineral...

Agak lama juga kami di sini. Lebih kurang jam tiga petang baru kami beredar. Masa tu Kak Kiah masih lagi merungut pasal barang yang dicarinya. Jadi ada satu lagi tempat yang dia dah risik dari kaunter hotel. Jadi kami ikutkan saja.

 Menonong dia masuk ke stesyen metro.

 Berhenti di Haizu Square.


Sampai di sebuah wholesale center... macam mall juga dalamnya. Pusing punya pusing, masih tak jumpa lagi barang yang hendak dicari. Akhirnya kami balik ke hotel. Kaki pun rasa macam dah nak tercabut sebab agak banyak berjalan hari ini.

33 comments:

  1. wahhhh sedapnyaaa sate kambeng tuuu...jeles la sayaaa...hehehe

    ape je laaa yg dicari kakkiah smpai susah benor nak jumpenye tuuu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat sodap sate kambing tu...ngences dibuatnya...hehe

      Kain katanya... tak taulah jenis yang macam mana... susah sangat nak jumpa..

      Delete
  2. Tulah nak pergi masjid tu towkey restoren tu kata jauh nak jalan...supermarket halal pun x jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari stesyen subway Yuexiu tak jauh sangat Nekcik dalam setengah kilometer... tapi yang di Ximenkou tu mungkin jauh sikit...

      Delete
  3. Nampak sedap roti-roti tu...terliur tengok! Roti yang Mie makan dengan sate kambing itu adalah roti masakan etnik Uyughur. Roti ini saya selalu makan semasa saya tinggal di Beijing dan ia hanya pandai dimasak oleh orang Uyughur. (Rindu pulak nak makan)
    Peniaga yang jual walnut tu adalah dari keturunan Uyughur dan Kazak/Kirigiz. Saya boleh cam melalui pengalaman saya di China.

    Menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan peniaga di situ tidak menyerupai wajah China yang tipikal. Setuju dengan NA, mungkin mereka rakyat China yang berasal dari wilayah yang bersempadan dengan negara2 Asia Tengah.

      Roti tu sedap kalau dimakan dengan lauk, tapi tak berapa sedap kalau dimakan begitu saja...

      Delete
  4. kak kiah carik apa tu?? hehe

    meriah sungguh makan2 kat sini, compared to lg satu masjid :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya Jea ada ke Masjid Huaisheng... Kalau hari Jumaat mungkin tempat tu meriah juga agaknya...

      Delete
  5. Bestlah masjid tu mie kalau dapat join solat jumaat sekali kat ctu lagi bestkan....
    bab makan tu....memang terbaek lah....hau ling aa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best, tapi manusia terlalu ramai. Macam dah tak ada ruang langsung nak menyelit.... sampaikan jalan-jalan menuju ke atas semuanya digunakan untuk bersolat...

      Delete
  6. Replies
    1. W'salam Bunda KN... Tq singgah ke sini...

      Delete
  7. kat sini lokasi masjid tu rupanya...

    Sate KAMBING tetap menjadi pujaan...kalau bagi 10 cucuk kat JM pun boleh habis mkn sorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah JM... agak tersorok lokasinya...

      Sate kambing kat sini agak lumayan saiznya...saya jamin JM tak boleh habis kalau makan 10 cucuk...

      Delete
  8. Replies
    1. Memang sodap mulan...pasni kenalah cuba buat sate kambing pulak... hehe

      Delete
  9. Wuiihh sate besar-besar banget Pak Mie. enak banget kelihatannya.
    Mesjid tua yang megah dan besar. tak sangka di China ada mesjid sebesar itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luarbiasa sedapnya sate kambing di China... harga pun murah...2 yuan setiap satunya.

      Memang banyak masjid di China mas Gunadi.. dan yang ini agak besar saiznya berbanding yang lain yang pernah saya pergi...

      Delete
  10. Oh !!!! Satay kamben....
    Rase nak terbang china semula demi cucuk2 satay kambennye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat India takde sate kambing ke ASP...hehe. Takpe ada masa kome boleh teghobang ke sana..

      Delete
    2. Tak jumpe ler....briyani kambeng jer banyak... Hehe....

      Delete
  11. adus apa yang dicaaaaari tu curious tau !! hahaha.. sampai semua plusuk guanzhou dah geledah
    x jumpa jugak huurm..

    PLM !!! pasar tu memang daebak !! food heaven and kalo CT ke guangzhou ok nak make sure hari jumaat pi masjid sebab aaaaaada banyak makanan weeee.. paling best bila travel. local cuisine and yang halal. lagi baaahagia perut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah memang tak jumpa... tapi layan aje lah sebab rakan sekerja... apa nak buat...

      Memang banyak betul pilihan makanan kat situ. Tak tau macam mana keadaannya pada hari lain selain Jumaat..

      Delete
    2. ape benda dia cari ? hehehe.. exclusive only in china je ke ?
      gitulah kalau jalan ramai2 ehehe..

      takpe.. kalo ada rezeki pegi mmg make sure hari jumaat sampai sini..
      cuci mate skali insan2 soleh kat masjid tu =P

      Delete
    3. Pastikan hari Jumaat kalau nak ke sana...hehe

      Delete
  12. wahh.... dah banyak tempat PLM berjalan.. manyak best wooo! roti tu sama je kat mana-mana tempat di China ni kot kalau yang dijual oleh muslim. Teringat trip farel ke Nanning dan Guilin hari tu pun sama, bentuk roti tu sama je. Makan time lapar memang sedap. Nak-nak musim winter, makanan pun susah nak cari, nah roti tu la habuan kami dulu... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi trip PLM takde lah mencabar sangat macam trip sesetengah orang tu...

      Roti tu macam seragam pulak bentuk dan rasanya dan ada di mana2 di China... tapi nak kena makan dengan lauk baru sedap atau cicah dengan air... kalau makan gitu je boleh tercekik...

      Delete
  13. dekat benor dgn pintu keluar Yuexiu Park..tapi kena pusing jauh...

    sedap2 makanan yg dijual..kuih tu mcm popiah nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dekat sangat...tapi tak boleh cross. Jalan jauh sikit pun OK sebab cuaca nyaman...

      Tempat tu kira macam surga makanan halal...tempat wajib singgah kalau ke Guangzhou...

      Delete
  14. Banyak berjalan tu kaki sihat nanti...demi kesihatan berjalanlah selalu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best pun berjalan en Din sebab udaranya dingin dan nyaman...

      Delete
  15. Suka tengok masjid kat negara orang. Nak tengok senibina diorang. Meriah betul 'pasar pagi' diorang ni, dahlah umat pelbagai bangsa ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun...terutama di negara bukan Islam. Selain senibinanya... biasanya senang nak dapat makanan halal di sekitarnya... Bie belum pernah ke China kan... cubalah sesekali...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...