Tuesday, January 6, 2015

Perlis lagi

Bulan November dan Disember lalu ramai rakan blogger yang ada trip yang best-best. Bagi kita yang tak ada apa-apa rancangan ni, jalan-jalan kat dalam semenanjung pun jadilah.

Ini adalah trip pada awal bulan Disember yang lalu. Oleh kerana cuma ada tiga hari saja untuk ke utara, jadi kami bertolak agak awal iaitu pada jam 2.00 pagi. Dah tak ada nak singgah mana-mana kecuali berhenti pada waktu subuh di R&R. Perjalanan diteruskan dan keluar di tol Changlun. Agak lebih cepat untuk ke Perlis melalui lebuhraya Changlun Kuala Perlis berbanding ikut jalan lama Alor Setar. Sebelum ke Padang Besar, sempat singgah di UniMAP untuk mengambil anak yang akan pulang sempena cuti semesternya. 

Destinasi wajib bila ke Perlis.


Deretan motorsikal rakyat Thailand.

Kebanyakan peniaga di dalam kompleks perniagaan Padang Besar ini dimonopoli oleh orang Siam. Barang-barang yang dijual pun banyak yang datangnya dari sana. Souvenir Siam pun banyak di sini, Tapi rasa macam tak best pulak, pergi Perlis tapi beli souvenir Siam.

Belum ramai orang sebab masih awal lagi. Cuaca hari tu pun agak redup, jadi taklah panas membahang macam selalunya.

Berlambak FM Siam kat sini.

Inilah target budak-budak kalau dah sampai ke sini.

Stok lama ni, agak murah sikit.

Sudah ada kemudahan surau yang agak besar.

Dari Padang Besar kami bergerak ke Gua Kelam pula. Kali pertama datang ke sini. Tak sangka sangat menarik tempatnya.



Ada kawasan perkelahan di sini. Memang tak tahu pun, kalau tidak memang kami dah bawa pakaian basahan.

Air sungai yang mengalir keluar melalui gua.


 
Pelantar yang disediakan di dalam gua. Maknanya kita memang langsung tidak memijak lantai gua di sepanjang perjalanan kerana terdapat sungai di bawahnya.

Panjang laluan ini ialah 370 meter.

Diterangi dengan lampu tapi kurang berwarna-warni macam di Halong Bay.

Antara formasi batu yang terdapat di sini.


Menghampiri pintu keluar di bahagian hujungnya.


Ada tarikan lain di sini.


Cuma sejam lebih kami di sini.

Perjalanan diteruskan ke Wang Kelian. Kebetulan melalui jalan yang sama untuk ke Gua Kelam. Tapi beberapa kilometer untuk sampai ke sana, jalannya tak ubah seperti jalan untuk naik ke Genting Highlands. Curam dan berliku tajam. Inilah kali pertama kami ke sana. Bukan nak berbelanja sangat pun, cuma nak melihat tempatnya yang selalu diceritakan orang.


Pejabat imigresen Wang Kelian.


Di bahagian Thailand.

Dapatlah juga orang tu membeli barang-barang di sini walupun benda yang sama boleh didapati di tempat sendiri. Buat memenuh kereta. Sebelum check in di hotel kami sempat singgah makan di Kuala Perlis iaitu di kawasan medan selera Komalaut. DJ ada makan di sini. Nampak macam sedap. Itu yang kami datang ke sini. Banyak pulak gerai yang ditutup.


Biasa-biasa saja rasa makanannya.


Sanctuary Garden Hotel, penginapan kami di Arau. Foto pada keesokan harinya waktu nak check out.

Bertema Piala Dunia. Nama bilik menggunakan nama negara yang mengambil bahagian.

Lobi yang menarik.

Sehari saja kami di perlis. Destinasi seterusnya ialah negeri Perak.

46 comments:

  1. Masihkah Padang Besar dan Wang Kelian jadi tumpuan ramai? Pernah ke situ pada tahun 1990an. Pada masa tu rasa sangat best. Tapi kalau ke sana hari ini, bolehkah saya dapat perasaan yang sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang orang sentiasa ramai kat sana... terutamanya pada hujung minggu. Kalau NA pergi sekarang, saya rasa lagi best sebab lebih meriah dan persekitarannya pun lebih tersusun berbanding dulu terutama di Padang Besar...

      Delete
  2. next time bleh target time Harumanis... leh terus ke ladang anggur petik buah terus dari pokok. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya manga harumanis ni bermusim... tak macam manga biasa... bulan apa terbaik untuk kena pada musimnya? Perlis ada lading anggur... memang saya tak tahu..

      Delete
    2. untuk makluman tuan mangga harumanis di Perlis hanya ada pada awal bulan Mei hingga bulan Jun sahaja..

      Delete
  3. Wah en mie jln smpi ke secret garden ke..ktorg smpi pintu gua pun dh semputt...hahaha

    Sedapnyaa nmpk seafood tu...murah tak?kat mona ke tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secret Garden dah tak jauh pun dari pintu gua tu... laratlah kitaorang sampai...

      Bukan kat Mona... kedai tu tutup. Ini kedai disebelahnya... ambil makanan ikut set untuk lima orang...agak murah...

      Delete
  4. seronok kan memandu ke Wang Kelian....adventure gitew.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best tapi cuma separuh jalan je yang mencabar...

      Delete
  5. Dulu2 saya study kat Perlis..pernah ke Wang Kelian sekali..time tu hari ahad rasanya, border antara Malaysia dan Thai dibuka. Masih ingat lagi kesedapan pulut ayam kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kurang pasti. Saya sampai di sana pada hari Sabtu... nampaknya ramai je yang keluar masuk antara dua sempadan. Wah pulut ayam pulak, selalunya pulut mangga...

      Delete
  6. Wah..best teringin ke Wang Kelian lagi..dibuka tiap2 hari sabtu kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat jualan tu rasanya dibuka setiap hari sbb dibuat dikedai separuh kekal... Tapi untuk cross border tu saya kurang pasti...

      Delete
  7. Gua kelam masih sama walaupun dah berpuluh tahun saya tinggalkan....Saya pernah bertugas di UUM suatu masa dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke... saya pun kali pertama ke sana...tapi memang cantik tempatnya...

      Delete
  8. Banyak dah perubahan kat Padang Besar.. lama tak pi situ...huhu..

    Wang Kelian pun tak pernah jejak lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sekarang ni nampak lebih teratur dan lebih kemas... kalau ke sana bolehlah ke Wang Kelian sekali...

      Delete
  9. x pernah sampai lg en mie... wah..kat situ rupanya jual jersey2 ya.... tempat ni kena banjir jugak ke eh...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Fari jalan-jalan dalam negara dilupa jangan... hehe... shopping pun best jugak. Tempat ni tak pernah pulak dengar terjadi banjir...

      Delete
  10. Padang Besar tu excited masa 1st & 2nd time pegi. Lps dari tu saya dah tak minat.
    Jalan ke Wang Kelian tu mmg berbahaya, tapi rugi tak pergi..bila lagi nak masuk Thai tanpa dokumen kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ujie... tapi budak2 tu memang ada target...berapa kali pergi pun tetap teruja. Saya suka jalan ke Wang Klian tu... memang tak sempat nak mengantuk sbb aktif memutar stereng...

      Delete
  11. Replies
    1. Tempat yang biasa en Din pergi rasanya...

      Delete
  12. nanti, kalau berencana buat ground trip ke thailand kena ZZ kena masukkan sekali tempat-tempat yang Mie pegi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ZZ pergi memandu ke sana, memang boleh singgah semua tempat tu...

      Delete
  13. Part paling gemor bila ke perlis adalah makan Laksa Kak Su dan pi sopping kat Padang Besar hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah saya terlepas nak makan laksa Perlis...takpe lain kali boleh cari...Shopping kat Padang Besar tu memang acara wajib bila ke Perlis...

      Delete
  14. Banyak tempat menarik di Perlis. Oh ya, kenapa pedagang siam memonopoli perdagangan di padang besar Pak Lim ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga mas Gunadi, walaupun Perlis merupakan negeri terkecil dalam Malaysia. Kedainya milik orang Malaysia tapi disewakan kepada orang Siam.. tak apalah saling membantu masyarakat Islam Thailand yang hidupnya kurang diberi perhatian oleh pemerintah di sana...

      Delete
  15. first time tengok lobi hotel mcm tu, mcm kat rumah..memang menarik..

    belum pernah pegi ke semua tempat2 tu..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Nohas ke Perlis bolehlah menginap di situ... Nohas ... sila jalan-jalan dalam negeri pulak ya...

      Delete
  16. selamat datang ke negeri saya...
    nanti kalau ke sana lagi jangan lupa merasa laksa kak su kat pekan kuala perlis..
    dan kalau makan ikan bakar tu..boleh cuba gerai linda ikan bakar, kedai dia terletak hujug sekali..memang sangat sedap tapi tak sure kena atau tak dengan selera mie sekeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak lambat dapat info, kalau tak,boleh mencuba semua yang mrs smile cadangkan tu...

      Delete
  17. waa ke utara pulak ye...nekcik pun dah lama bebeno tak pergi sana..dulu kat Arau pun tak de hotel ..kna tidoq kangar!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kena jalan dalam negeri pulak Nekcik... Menarik juga Perlis ni, dah banyak berubah dan nampak pesat membangun...

      Delete
  18. Pergi kelam masa umur 22 tahun..ni dah 38.
    ...tu pun gi ngan rombongan sekolah...padang besar pun wa tak pernah sampai lagi..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh... dah lama sangat wa tak ke sana...sekarang ni dah banyak perubahan...nyoping pun best...

      Delete
  19. siapa rakan blogger yg ada trip best-best bulan Nov dan Dis tu...mcm JM je bunyi nye hihihi

    Oh..anak PLM ada belajar di Uni Malaysia Perlis eh..senang lah nk jengah Padang Besar..dh dekat sgt dh tu :-)

    PLM beli lah FM Siam tu nanti x perlu mention g Perlis

    Anak-anak PLM ni kebanyakan specky kan..Genius nih!

    Dah 'advanced' gua kelam sekrang compare JM ke sana pada 10 thn lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa lagi kalau bukan,JM, MKL,DJ dan lain-lainnya.

      Haan JM... masih ada tiga tahun lagi kat sana...

      Rasanya tak best... kita cuma pergi Perlis. Lagipun FMnya macam kurang berkualiti...

      Cantik dah gua kelam sekarang ni... sila mengulang ke sana...

      Delete
  20. bukan tol changlun tu... tol jitra tu... chglon xda tol..hihi...
    wang kelian hanya sekali ja saya pegi..tu pon naik bas.. gila jln curam betul... tapi brg murah la atas tu... skrg ni xtahu lah mcm mna..pegi dh berapa tahun yg lepas la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oops tol Jitra ke...sbb lepas tu yang jumpa bandar Changlun...jadi ingatkan tol Changlun...hehe

      Delete
  21. ngeri jugak nak lalu p wang kelian. berbukit bukau gitu. dah la masa p tu ngah dok mengandung. heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu terutama di bahagian nak menghampiri Wang Kelian... agak mencabar jalannya...

      Delete
  22. pakcik *lambai lambai*
    lama tak singgah sini kan kan hihi..

    parents CT pun suka mula gerak pepagi. kalo nak balik kl atau nak balik penang. kiteee tido ajelah hihi.. dah lama sangat tak pergi gua kelam tu da ada kemajuan hihi.. wang kelian tak pernah sampai lagi.. kat padang besar orang suka borong jersi.. macam macam en.. dengan sabun muka apa tah famous di thailand. beli banyak2 jual kat kawan =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gerak awal pagi ni boleh jimat masa...sebab siangnya banyak aktiviti boleh buat... Banyak dah perubahan kat Perlis sekarang ni. Apa yang saya suka kat sini ialah jarak antara satu tempat tidak jauh sangat...

      Orang kaki bisnes macam CT tentu suka ke Padang Besar...

      Delete
    2. ooops sebut bisnes hahaha bisness i malap samar samar saja.. bolehla.. hihi..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...