Monday, April 7, 2014

Busan dan Jeju : Part 1 - The Trip

Walaupun  flight kami  berlepas pada jam 8.40 pagi  tapi  kami  sudah  sampai  di LCCT pada jam 5.30 pagi  lagi. Letak kereta di sebelah Tune Hotel yang cajnya RM16 sehari. Kena caj sebanyak RM89 untuk tempoh 6 hari. OK lah tu, kalau ambil teksi pun kena hampir seratus ringgit juga untuk pergi balik.

Sistem autogate pemeriksaan passport untuk warganegara Malaysia sangat membantu kelancaran di imigresen.

Ramai betul yang nak ke Busan hari itu.

Cuaca pun amat baik, tapi dapat duduk kat bahagian sayap.

Makanan favorite, Nasi Lemak Pak Nasser.

Sebahagian Bandar Busan. Itu sajalah foto yang dapat di ambil sebab halangan sayap.

Alhamdulillah selamat sampai di Gimhae International Airport, Busan.

Lebih 90% flight hari itu dipenuhi oleh rakyat Malaysia.

Menunaikan kewajipan di sini. Lokasinya di lobi ketibaan berhampiran kawasan tempat duduk.

Nasi segera di seven eleven yang terletak di kawasan yang sama. Panaskan di microwave dan sudah boleh makan bersama lauk yang dibawa.

Melayari internet sementara menunggu penerbangan sambungan ke Jeju.

Terminal domestik terletak di sebelah kanan terminal antarabangsa.

Terminal domestik.

Bas disediakan hingga ke tangga Air Busan.

Majalah Fly & Fun Air Busan.

Pramugari Air Busan berpakaian lebih sopan berbanding Airasia. Skirtnya pun lebih panjang.

Tempat menunggu teksi di Jeju International Airport. Lokasinya hanya di seberang jalan pintu keluar. Tak perlu beli kupon, berbaris dan terus boleh ambil teksi.

Hotel penginapan kami, Jeju December Hotel. Muat berempat dan agak besar biliknya. Tapi kami cuma dapat menginap di sini satu malam saja kerana fully book untuk hari-hari seterusnya. Kedudukannya tak begitu jauh dari airport. Bagi yang menyewa kereta sesuai tinggal di sini kerana ada kemudahan tempat letak kereta.

30 comments:

  1. tak sabar pulak nak tunggu entry jeju version mie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... tunggu dulu mrs smile... takut nanti kecewa sbb trip kat Jeju macam tak capai sasarannya...

      Delete
  2. Memang ramai rakyat Malaysia ke Korea...Penunjuk rakyat Malaysia suka berjalan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah en Din... lagipun Busan boleh dikira sebagai destinasi baru... tu yang berebut2 ke sana...

      Delete
  3. Bagusnya changing room tu, sesuai untuk solat. Nasi segera tu pun bagus juga, senang nak makan.
    Seronok juga kalau ramai orang Malaysia pergi sekali. Taklah sunyi dan boleh bertanya-tanya.
    Naik teksi gitu je, tak payah ambil kupon/tiket? Jadi pakai meterlah ya?
    Pramugari AA patut pakai skirt panjang jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airport Busan ni memang tempat paling sesuai untuk transit ke Jeju... semuanya ada...

      Di Jeju mod kenderaan memang lebih kepada teksi.. baru, besar dan semuanya bermeter... kalau naik berempat memang ekonomik...

      Pramugari AA sekurang-kurang mesti pakai seluar panjang... nampak lebih sopan...

      Delete
  4. En. Mie, pramugari Air Busan takdelah skerek dan sekarat pramugari AA, betul tak?? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Zilla... mungkin kurang tekanan sebab penerbangan AIr Busan kebanyakannya jarak dekat...

      Delete
  5. Pramugari ini sebenarnya kalau berpakaian lebih sopan justru kelihatan lebih cantik kan Pak Mie ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju denga mas Gunadi...contohnya pakaian pramugari Malindo Air nampak lebih anggun cuma pemilihan warnanya kurang menarik...

      Delete
  6. Non muslim pun tau berpakaian sopan sket iye en. mie ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin itu pakaian untuk musim sejuk je... hehe

      Delete
  7. wah ke Jeju kome yee...saya malas nk update blog pasai korea lagi..terpaksa baca blog orang je dulu hew hew hew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang berjalan... tu yang boleh update Na. Kalau yang banyak berjalan macam orang lain... memanglah tertunggak2... hehe

      Delete
  8. Seronoknya bila bc trip orang ke jeju... rasa mcm esok jugak nk p...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je Cheq Su pergi... info pun dah banyak yang boleh dirujuk... apa lagi...

      Delete
  9. Tak jemu jalan-jalan di sini..menarik sungguh. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ en Din... saya tertunggu2 entry trip en Din yg musim sejuk tu...

      Delete
  10. En. Mie, bila g Jeju? macam lebih kurang saja tarikh kita pergi ni. entah2 berselisih jalan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya di Jeju 23-26/3 (3 malam)... 26-28/3 di Busan (2 malam)...

      Delete
  11. Entru seterusnya plisss..
    Gambar sgt ohsem!

    ReplyDelete
  12. JM baru terjah sini..errmm..pergi berempat ek..ohh Jeju wait 4 me :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah JM berempat... Selamat menjeju untuk trip yang akan dating...

      Delete
  13. Replies
    1. Cadang nak ke Perth dan Beijing... tiket pun dah ada, tapi lama lagi tripnya...

      Delete
  14. Saya tengah baca ni...nak ke jeju dan bosan...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busan ni takde lah bosan sangat en Din...saya cuma tak sempat lepak tepi pantai...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...