Walaupun flight kami berlepas pada jam 8.40 pagi tapi kami sudah sampai di LCCT pada jam 5.30 pagi lagi. Letak kereta di sebelah Tune Hotel yang cajnya RM16 sehari. Kena caj sebanyak RM89 untuk tempoh 6 hari. OK lah tu, kalau ambil teksi pun kena hampir seratus ringgit juga untuk pergi balik.
Sistem autogate pemeriksaan passport untuk warganegara Malaysia sangat membantu kelancaran di imigresen.
Ramai betul yang nak ke Busan hari itu.
Cuaca pun amat baik, tapi dapat duduk kat bahagian sayap.
Makanan favorite, Nasi Lemak Pak Nasser.
Sebahagian Bandar Busan. Itu sajalah foto yang dapat di ambil sebab halangan sayap.
Alhamdulillah selamat sampai di Gimhae International Airport, Busan.
Lebih 90% flight hari itu dipenuhi oleh rakyat Malaysia.
Menunaikan kewajipan di sini. Lokasinya di lobi ketibaan berhampiran kawasan tempat duduk.
Nasi segera di seven eleven yang terletak di kawasan yang sama. Panaskan di microwave dan sudah boleh makan bersama lauk yang dibawa.
Melayari internet sementara menunggu penerbangan sambungan ke Jeju.
Terminal domestik terletak di sebelah kanan terminal antarabangsa.
Terminal domestik.
Bas disediakan hingga ke tangga Air Busan.
Majalah Fly & Fun Air Busan.
Pramugari Air Busan berpakaian lebih sopan berbanding Airasia. Skirtnya pun lebih panjang.
Tempat menunggu teksi di Jeju International Airport. Lokasinya hanya di seberang jalan pintu keluar. Tak perlu beli kupon, berbaris dan terus boleh ambil teksi.
Hotel penginapan kami, Jeju December Hotel. Muat berempat dan agak besar biliknya. Tapi kami cuma dapat menginap di sini satu malam saja kerana fully book untuk hari-hari seterusnya. Kedudukannya tak begitu jauh dari airport. Bagi yang menyewa kereta sesuai tinggal di sini kerana ada kemudahan tempat letak kereta.
tak sabar pulak nak tunggu entry jeju version mie :)
ReplyDeleteHehe... tunggu dulu mrs smile... takut nanti kecewa sbb trip kat Jeju macam tak capai sasarannya...
DeleteMemang ramai rakyat Malaysia ke Korea...Penunjuk rakyat Malaysia suka berjalan ye..
ReplyDeleteHaah en Din... lagipun Busan boleh dikira sebagai destinasi baru... tu yang berebut2 ke sana...
DeleteBagusnya changing room tu, sesuai untuk solat. Nasi segera tu pun bagus juga, senang nak makan.
ReplyDeleteSeronok juga kalau ramai orang Malaysia pergi sekali. Taklah sunyi dan boleh bertanya-tanya.
Naik teksi gitu je, tak payah ambil kupon/tiket? Jadi pakai meterlah ya?
Pramugari AA patut pakai skirt panjang jugak :)
Airport Busan ni memang tempat paling sesuai untuk transit ke Jeju... semuanya ada...
DeleteDi Jeju mod kenderaan memang lebih kepada teksi.. baru, besar dan semuanya bermeter... kalau naik berempat memang ekonomik...
Pramugari AA sekurang-kurang mesti pakai seluar panjang... nampak lebih sopan...
En. Mie, pramugari Air Busan takdelah skerek dan sekarat pramugari AA, betul tak?? hehehe
ReplyDeleteSetuju Zilla... mungkin kurang tekanan sebab penerbangan AIr Busan kebanyakannya jarak dekat...
DeletePramugari ini sebenarnya kalau berpakaian lebih sopan justru kelihatan lebih cantik kan Pak Mie ??
ReplyDeleteSaya setuju denga mas Gunadi...contohnya pakaian pramugari Malindo Air nampak lebih anggun cuma pemilihan warnanya kurang menarik...
DeleteJalan jalan sini jugak...:)
ReplyDeleteSila... sila... noornazuha...
DeleteNon muslim pun tau berpakaian sopan sket iye en. mie ....
ReplyDeleteMungkin itu pakaian untuk musim sejuk je... hehe
Deletewah ke Jeju kome yee...saya malas nk update blog pasai korea lagi..terpaksa baca blog orang je dulu hew hew hew
ReplyDeleteSaya kurang berjalan... tu yang boleh update Na. Kalau yang banyak berjalan macam orang lain... memanglah tertunggak2... hehe
DeleteSeronoknya bila bc trip orang ke jeju... rasa mcm esok jugak nk p...
ReplyDeleteBoleh je Cheq Su pergi... info pun dah banyak yang boleh dirujuk... apa lagi...
DeleteTak jemu jalan-jalan di sini..menarik sungguh. hihihi
ReplyDeleteTQ en Din... saya tertunggu2 entry trip en Din yg musim sejuk tu...
DeleteEn. Mie, bila g Jeju? macam lebih kurang saja tarikh kita pergi ni. entah2 berselisih jalan. hehehe
ReplyDeleteSaya di Jeju 23-26/3 (3 malam)... 26-28/3 di Busan (2 malam)...
DeleteEntru seterusnya plisss..
ReplyDeleteGambar sgt ohsem!
Sedang diusahakan....
DeleteJM baru terjah sini..errmm..pergi berempat ek..ohh Jeju wait 4 me :-)
ReplyDeleteHaah JM berempat... Selamat menjeju untuk trip yang akan dating...
DeleteKe mana pula tahun 2015 ?
ReplyDeleteCadang nak ke Perth dan Beijing... tiket pun dah ada, tapi lama lagi tripnya...
DeleteSaya tengah baca ni...nak ke jeju dan bosan...kikiki
ReplyDeleteBusan ni takde lah bosan sangat en Din...saya cuma tak sempat lepak tepi pantai...
Delete