Monday, December 30, 2013

Cameron Highlands - S Corner Central Market dan Rumah Peranginan Persekutuan.

Cameron Highlands menjadi trip penutup kami untuk tahun 2013. Asyik trip keluar negara je, trip dalam negara di lupa jangan. Jadilah walau cuma ke CH saja kerana nak ber'winter' katanya. Awal pagi dah kena keluar kerana hari tu cuti Hari Krismas. Risau juga banyak kenderaan nanti. Perjalanan agak lancar pagi tu, sehingga nampak kenderaan di hadapan mula membrek. Masa tu kami sudah berada di kawasan antara Tapah dan Gopeng.

Pada mulanya nak ikut jalan Tapah untuk ke sana, tapi tukar disaat akhir untuk ikut jalan Simpang Pulai sebab jalannya kurang berliku dan lebar. Kami terperangkap dalam kesesakan sepanjang hampir sepuluh kilometer selama hampir dua jam. Kenderaan memang melekat dan tak bergerak langsung. Ada yang keluar dari kenderaan untuk merokok dan kencing kat tepi lebuhraya tu. Nak buat macam mana kan... dah tak tahan. 

Terperangkap selama dua jam dan terpaksa keluar di plaza tol Gopeng sebab minyak dan tahap kritikal. Sepatutnya keluar di Simpang Pulai.

Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Cuma dapat tahu berita sebenarnya melalui akhbar keesokan harinya. Dua pemandu lori terkorban dalam kemalangan sesama mereka.

Alhamdulillah selepas tu perjalanan lancar dan selamat sampai di CH. Masa tu masih belum boleh check in lagi jadi kami berhenti sebentar untuk mengalas perut. Sebelum sampai ke sini memang dah target nak singgah di S Corner Central Market. Tempat ini dah wujud dalam setahun yang lalu, tapi inilah kali pertama kami singgah di sini. Tempat ini mendapat nama kerana lokasinya betul-betul menghadap jalan yang berbentuk S. Terletak lebih kurang dua kilometer dari Brinchang iaitu arah ke Kea Farm. 


Lokasinya strategik dan banyak tempat meletak kenderaan disediakan.

S Corner Central Market yang diusahakan oleh seorang muallaf.

Tempat ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu cafe, tempat jualan dan ladang cendawan serta stroberi di bahagian belakangnya. Kat sini kami cuma makan ringan-ringan dulu kerana kami nak makan tengah hari selepas check in nanti.

Sup cendawan dan teh limau madu ais.

Scone dan cheese cake yang sangat sedap...

Bermacam perisa teh

Madu lebah


Setengah kg cuma RM15

Aneka jenis cendawan

Ladang stroberi di bahagian belakang.

Selesai urusan di sini barulah kami bergerak ke tempat penginapan iaitu di Rumah Peranginan Persekutuan berhampiran pekan Tanah Rata. Rugi kakitangan kerajaan yang tidak menggunakan kemudahan ini sebab kadar sewanya sangat murah. Tempahan boleh dibuat secara online di sini. Tapi nak dapatkan slot sangatlah susah. Kena bersengkang mata jam dua belas tengah malam macam nak booking Airasia tu. Kami ambil dua bilik yang ada pintu di antaranya.


Antara kemudahan yang disediakan.

Pemandangan dari bilik.

Bahagian dalaman bilik.

Lepas check in janji nak keluar semula tapi haram kerana semuanya lebih memilih untuk tidor dan melayan internet. Kemudahan wifi ada disediakan di sini. Pada sebelah malamnya barulah kami keluar ke pasar malam untuk mencari benda untuk dimakan kerana pilihannya memang amat banyak.

sambung tahun baru nanti...

26 comments:

  1. Yang jam tu tak tahan.

    Saya tak suka ke CH sebab saya pasti pening/mabuk.

    Mujur Mie dan keluarga selamat.

    Nampak sedap je cheese cake tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya memilih jalan Tapah, memang tak terperangkap dalam kesesakan jalan tu..

      Saya sangat suka ke Cameron Highlands dan hampir saban tahun ke sini.

      Cheese cake dan scone kat situ memang sangat sedap...

      Delete
  2. time cuti umum mesti jem..time tu lah dorang pun ambil kesempatan nak kluar bercuti kan...pernah jugak try apply rumah peranginan persekutuan ni..nk hara murah kan..asyik penuh je..rupanya perlu booking 6 - 12 month before..biasalah kan benda murah..

    Sambung tahun baru...waaahh..lambat lagi tu heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat susah nak apply RPP tu. Kekadang dah tunggu masa yang betul, tapi tempahan belum diaktifkan pulak...

      Haah JM, sambung tahun depan... hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Menarik dan sedap pulak, sebab saya ada beli beberapa jenis cendawan tu...

      Delete
  4. Wahhhh..sama la...kite pun ada kat Cameron skrg nie..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. UK, saya dah balik pada 27/12. Cuma 3H2M kat sana...

      Delete
  5. Replies
    1. Mas Yudi silalah datang ke KL. Kalau kena masanya boleh saya bawa anda ke sana,,,

      Delete
  6. Amboi PLM bercuti di musim "winter" tempatan katernyer.. macam best je, macam syok je pemandangan dekorasi RPP tu. Tak pernah sampai CH lagi. Len kali boleh la plan dtg sana dgn panduan daripada PLM ni ye dok? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah sampai Cameron Highlands... kau biar betul farel...

      Gi obersi pun boleh sampai... nak gi CH ni boleh redah je sebenarnya... :)

      Delete
    2. Ye betul PLM. Idak nyer mike nak nipu. hehehe... Selamat Tahun Baru PLM!

      Delete
    3. Wah Yop speaking Paris nampaknya... hehe. Selamat tahun baru juga buat Farel..

      Delete
  7. TQ sebab ziarah & link-kan blog aku yang tak seberapa ni.

    hehe.. belum sampai tahap kaki jalan tegar lagi tu.. orang lain lagi hebat. Ada yang makan berbulan-bulan travelling. hehe..

    Anyway, blog Mie ni pun tak kalah hebatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ juga sebab singgah di sini...

      Blog saya cuma blog picisan saja, sbb tak kerap sangat berjalan... semuanya bergantung kepada rezeki dan kelapangan...

      Delete
  8. wak pon dh lamer x gi cameron highland jugakks.,ahHKs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah Wak dekat je Cameron tu... bila-bila boleh pergi. Banyak tempat menarik kat sana sekarang ni...

      Delete
  9. Alahaii Mie..malu nak kabo..sebenarnya nekcik ni pergi ,masa jaman sekolah kat poly ipoh dulu...nekcik gayat sikit naik cerun cerun ni..lelagi musim hujan...serem!! dah anak laut..ke laut jugak pilihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamaaaaanya Nekcik tak ke sana... Kalau gayat jangan ikut jalan Tapah, ikut je jalan Simpang Pulai. Jalannya luas dan kurang berliku... Saya pulak serem ke laut, lebih2 lagi kalau guna bot kecik... hehe

      Delete
    2. Kah kah...phobia kita yang berbeda..mania kita saja yang sama..travelmania!!

      Delete
    3. Kira ngam lah Nekcik kan.... hehe

      Delete
  10. eh, bilik rpp tu ade connecting room ek?? best nye! bleh bwk fmly skali. amik bilik jenis yg mne ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik memang ada connecting room. Biliknya pun besar dan kalau masuk sepuluh orang untuk dua bilik tu pun masih lega lagi...

      Delete
  11. Berbaloi..pada kakitangan kerajaan yang income rendah..bilik dah macam RM250 kat luar..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu yuyu... tapi sekarang ni sangat susah nak dapat slot... penuh memanjang...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...