Thursday, December 5, 2013

Jakarta Bandung Pt 5 - Pasar Baru dan Trans Studio

DAY 4

Program untuk hari terakhir kami di Bandung cuma nak pergi dua tempat je iaitu ke Pasar Baru Trade Centre dan Trans Studio sebelum bertolak semula ke Jakarta pada keesokan harinya. Seperti biasa ambil saja teksi yang memang ada di hadapan mall.

Walaupun sampai agak awal di sini tapi orang sudah agak ramai. Kat sini boleh kita berjumpa orang Malaysia kat segenap pelusuk. Patutlah susah nak dapat free seat untuk ke Bandung.

 Nak memilih juga..

Buat persiapan ke..

Beg-beg. Ori ke..

Perfume pun ada. Sembur setengah botol baru wangi.

Menikmati es teller sebentar.. tapi agak kureng sikit..

Selesai urusan di Pasar Baru, kami pulang dulu ke hotel untuk menghantar hasil rembatan di sini. Selepas berehat dan lunch kami keluar semula. Tujuan kami pada sesi petang ini ialah ke Trans Studio untuk melayan dua orang budak remaja tu.


Sedikit info mengenai Trans Studio Bandung.

TRANS STUDIO BANDUNG adalah Indoor Theme Park terbesar dan yang ke dua di Indonesia setelah Makassar. Trans Studio Bandung lebih spektakular dan lebih dahsyat dari Trans Studio yang ada di Makassar sehingga menjadikan Trans Studio Bandung tidak hanya terbesar di Indonesia tapi juga terbesar di dunia.

TRANS STUDIO BANDUNG menyajikan 20 wahana permainan dan bermacam bentuk hiburan yang terdapat dalam 3 kawasan dengan tema yang berbeza dan unik. Para pengunjung dapat merasakan bagaimana menjadi seorang bintang di depan kamera serta menjadi orang – orang di belakang layar dari tayangan – tayangan favorit TRANS TV dan TRANS 7, seperti Dunia Lain, Jelajah. Si Bolang, dan masih banyak wahana menarik lainnya.

Tentang Trans Studio Bandung Theme Park
Selamat dating ke dunia penuh keajaiban yang khusus diciptakan untuk anda. Membawa mimpi anda menjadi kenyataan, dan anda bisa bertemu langsung dengan karakter-karakter idola. Nikmati persembahan 20 wahana permainan yang mencabar dan mendebarkan juga hiburan dengan gaya Broadway yang terkenal.

Dibagikan kepada tiga tema utama

Studio Central
The Famous Hollywood! Kawasan Hollywood di depan mata anda. Berjalanlah menyusuri kawasan ini dan lihat siapa artis yang ada di Walk of Fame? Anda akan dimanjakan oleh pelagak Hollywood bergaya 60-an. Anda seolah melangkah di pusat negeri hiburan. Temukan juga bintang favorit anda  seperti Merilyn Monroe, Elvis Presley, Michael Jackson dan lain-lain.

Lost City
Di kawasan ini anda akan menempuh perjalanan yang hebat. Selamatkan Kru Trans TV dalam ekspedisinya, masuki hutan rimba dalam safari track. Semua petualangan menarik akan menjadi bagian dari penjelajahan anda. Explore the Lost City!

Magic Corner
Keajaiban bermula dari sini. Sentuhan Magis yang akan mempesonakan perjalanan anda. Anda akan hanyut dalam sensasi magic yang ada di zon ini. Suasana magik akan menyihir anda seketika dan membuat anda begitu yakin terhadap hal magik yang terjadi disini. Satu - satunya tempat penuh keajaiban yang menggembirakan dan menakjubkan.

 Sampai di sini hampir jam 3 petang.

Kaunter jualan tiket. Agak lengang hari tu.

Harga tiket masuk dan pelan kawasan.






Banyak permainan yang boleh dicuba di sini terutama untuk orang muda. Ada juga diantaranya yang sesuai untuk orang yang berusia. Terdapat juga pertunjukan yang diadakan mengikut masa. Untungnya masa kami ke sini, orang tidak ramai kerana hari bekerja.


Menuju puncak...

Lady Gagah...

Parade kereta berhias dan pertunjukan oleh karakter yang ada di sini.

Berfoto selepas parade dan persembahan.

Kedai cenderamata
 
Dinner kami pada hari tu..

Apa yang tak best tentang taman tema bertutup ni ialah suasana terasa macam waktu malam memanjang. Memang tak sedar tau-tau dah hampir jam lapan malam  masa kami keluar. Di laluan keluar disambut dengan deretan kedai makanan segera seperti yang ada di tempat kita. Untuk kelainan kami mencuba makan di Studio Chicks. Sodaplah juga..

Malam tu berfikir-fikir macam mana nak pek hasil-hasil rembatan di Bandung ni. Nasib baik dah beli satu beg troli yang besar masa di Pasar Baru. Kalau boleh memang tak mahu bawa banyak beg sebab kami akan naik kereta api lagi untuk ke Jakarta pada keesokan harinya. Tak mahu bersusah payah nanti. Tu lah, nak sangat tiket free seat..

Keesokan harinya memang dah tak ada apa-apa agenda lagi. Jam 10 pagi bergerak ke stesyen kereta api Bandung. Sampai di stesyen Gambir, Jakarta terus ke Sukarno-Hatta Airport. Alhamdulillah semuanya tepat mengikut masa yang telah dirancangkan. Jadi selesailah trip terakhir kami untuk tahun ini.

32 comments:

  1. Menarik ni Mie...kna masuk budget 2014
    Insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapalah Nekcik kalau tak berjalan-jalan kan... hehe

      Delete
  2. Mie brape juta yea utk masuk the park tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah mahal sangat... weekdays Rp150K.. weekend Rp250/pax...

      Delete
  3. Pergi Bandung kalau tak shopping, tak sah..beg pun beranak-pinak..

    ReplyDelete
  4. Klau JM ke TranStudio ni mmg sesuai lah eh sbb ada byk game tu org muda..ahahah..perasan lah muda kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi macam tak berapa happening macam US Singapore... eh JM masih OK lagi tu...

      Delete
  5. Wah best nyer jenjalan yer PLM. dulu masa pergi xde lagi transstudio tu. jelesnye tgk die.. hehehe
    siap ade studio sendiri ye PLM (studio mie) hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah nampaknya farel kenalah mengulang lagi ke sana.. jutawan beb.. Den kayo sbb dah ada studio sendiri -:perasan:- .... hehe

      Delete
  6. Lady Gagah! Ha ha ha...makan apa agaknya sampai gagah begitu sekali.

    Es Teler tak sedap kalau tak ada nangka dan santan. Tetapi sesetengah tempat taruh kordial, itu yang buat rasanya lain macam sikit.

    Bertuahnya ada Studio Mie.

    Saya belum sampai di Trans Studio Bandung. Tapi saya dah pernah tengok Marilyn Monroe palsu, Elvis Presley palsu dan Micheal Jackson palsu...semua di negara yang berlainan: Marilyn Monroe di USA, Elvis Presley di Canada, Micheal Jackson di London...ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lada Gagah Malaysia banyak makan belacan... hehe

      Memang betul tu. Kalau nak dapat es teler yang paling sedap kena pergi ke kedai fancais es teller 77...

      Kalau studio tu saya punya... semua member blogger boleh makan free kat situ...

      Haah semua karakter artis tu biasanya ada kat Madame Tussauds wax museum. Wah hebat tu, semua kat negara yg berlainan...

      Delete
  7. ok jugak tu pak lang, kalau pi bandung transtudio mungkin masuk dalam itinerary, macam syok je, ahaha...lepas penat-penat shopping siang nya, petang-petang sikit round-round sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi orang muda memang syok sebab boleh main semua game kat situ. Bagi yang dah berumur tu kena faham-fahamlah. Nanti longgar semua sekru... hehe

      Delete
  8. wah, enak ya jalan-jalan ke Bandung,
    salam kenal saya dari Medan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu sekali mas Yudi, terutamasekali untuk shopping. Makanannya juga enak.

      Delete
    2. iya, wisata kuliner Bandung sangat mengasyikkan,
      wah, nanti kalau ada rezeki saya ke Malaysia mungkin kita bisa bertemu bang Mie,
      di tunggu foll back nya ya.. :)

      Delete
  9. Shoping...shopping...memang rambang matakan en. mie !!!
    Suka transbandung tu....Dulu, kami masuk jugak ke situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tujuan kebanyakan orang ke sana. Tapi banyak juga tempat lawatan alam semulajadinya yang menarik... tapi di luar kota Bandung...

      Delete
  10. welcome to bandung \m/
    kapan-kapan kalo ke bandung lagi berkabar, nanti saya ajak ke tempat wisata alam, belanja murah, plus kuliner :)

    salam kenal
    http://rpdksm.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. TransStudio bandung keren euy...
    Mari jadikan wisata lebih berkesan bareng Maheswara Tour

    ReplyDelete
  12. Tgh cari cerita lembeng...entri sebelum mie kata ada sesuatu yg mencemaskan. Hihihi.

    ReplyDelete
  13. Ini baru namanya jalan-jalan di Trans Studio Bandung, sudah berapakali main disini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru first time mas Mulyana... Masih banyak tempat di Bandung yang belum explore lagi...

      Delete
    2. bandung memang banyak banget tempat wisatanya, khususnya wisata alam dan kuliner, gak bakalan habis dalam waktu 1 bulan buat datengin satu-satu, :D hehe, selain Trans Studio ada banyak lagi tempat menarik yang baru setiap tahunnya..

      Delete

  14. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  15. PAKEJ JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Perkenalkan kami dari Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insya Allah, driver & tour guide kami yang profesional santun, peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer 2015... Joom tempah transport murah kat Bandung jer.

    Rate per Kereta per Day :
    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
    Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Masa sewa : 14 jam (8AM to 10 PM)
    *Include : minyak, parking fee, tol, driver fee, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps sahaja.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
    Email : bimomekarwangi@gmail.com
    Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport

    ReplyDelete
  16. Salam Satu MALAYSIA OULLLS

    pakej BAJET MURAH BUANGETTTTT BANDUNG (included : bilik hotel,buffet breakfast and transport). Murahnye......sampai mata lebam shock nye.

    butiran perjalanan (boleh tukar)
    Day 1
    > airport bandung or train station bandung
    >Pasar Baru
    >lunch at kedai makan kemangi try special menu *ayam bakar jerebu
    >Toko Tiga (Branded Jeans)
    >depasion factory outlet kain potong
    >rumah kain dan telekung
    >Factory Outlet At Jalan Riau and Jalan dago
    >dinner at restaurant padang *sederhana

    Day 2
    >Gunung Tangkuban Parahu Crater
    >floating market Lembang, deranch, taman bunga begonia, pelangi waterfall, the lodge of maribaya, grafika cikole Lembang
    >lunch at DSDL Restaurant try special menu *ayam nyumpet
    >Strawberry and tea park
    >Membeli-belah di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre & factory outlet
    >dinner at iga bakar mas giri try special menu *iga bakar (ribs) penyet


    day 3
    >kawah putih crater or trans studio bandung (pilih salah satu jer)
    >lunch at saung andir restaurant try makan menu kampung *ayam goreng brengsek
    >cibaduyut street area barangan kulit
    >masjid agung bandung, alun2 area and braga area
    >paris van java shopping mall
    >dinner at BML try the original bakso at bandung

    Day4
    >check out hotel bandung
    > Oleh-2 Bandung (cake Lapis, Brownies Amanda, dan Kartika Sari)
    >Airport transfer


    *rate per person :
    RM370 per person if 2 person
    RM295 per person if 3 person
    RM260 per person if 4 person
    RM235 per person if 5 person
    RM230 per person if 6 person
    RM220 pdr person if 7 person

    *rate included
    ~transportation type kereta is toyota avanza or Luxio included = petrol,parking,pemandu,kereta dan high way tiket.
    ~1 room at new hotel berbintang at bandar dimuat 2 person semasa 4d3n
    ~buffet breakfast

    *rate is not included
    ~lunch and dinner
    ~entrance fee per kereta and entrance fee per person at tempat lawatan

    *no hidends charge

    kenapa ANDA harus harus order dengan saya???

    ✔Berpengalaman luas di dalam bidang pelancongan Bandung
    ✔Perkhidmatan ; layanan yang PANTAS, MESRA, AMANAH, & JUJUR
    ✔BERUSAHA bersungguh-sungguh kepada anda SERVICES ORIENTED
    ✔Pelanggan mesti BERPUAS HATI & GEMBIRA
    ✔Pelanggan akan menjadi KAWAN kepada saya


    TEMPAHAN
    MAS FATURRAHMAN
    LAJU2 PM
    WHATSAPP / CALL / TEXT

    +62 8956 0220 4291

    +62 8956 0220 4291

    +62 8956 0220 4291

    email & fb
    omegajayatour@gmail.com

    tanya shj pun xapa, survey2 dahulu..xsalah pun.. tk mau malu2 yer

    ReplyDelete
  17. PROMOSI HEBAT HABIS2 SAN!!!

    Kereta sewa Bandung Murah jerr harga kasih sayang Sudah bermulai!

    JOM TEMPAH LAJU2 SESANGAT MURAAAAAAH, MACAM HARGA DURIAN RUNNTUHHHHHHH

    Cuti cuti Bandung with OMEGA JAYA TOUR

    ●7 seater 350K Rupiah

    ●8 seater innova 450K Rupiah

    ●9 seater pregio 500K Rupiah

    ●11 - 14 seater 600K Rupiah

    ●Toyota Commuter 15 seater 800K Rupiah

    ● Coaster / Van 18 seater 800K Rupiah

    Rate daily sewa Kereta included :
    ☆ Driver as a vip guide
    ☆ Fuel / Petrol / Minyak
    ☆ Tol / Highway ticket
    ☆ Parking charge
    ☆ 8am to 10pm tour
    ☆ no extra charge if pegi kawah putih crater or tangkuban perahu crater

    ■■ Bus charter
    • 31 Seater New jet bus
    • 47 Seater New jet bus
    • 59 Seater New jet bus


    kenapa ANDA harus harus tempah order dengan saya???

    ✔Berpengalaman luas di dalam bidang pelancongan Bandung
    ✔Perkhidmatan ; layanan yang PANTAS, MESRA, AMANAH, & JUJUR
    ✔BERUSAHA bersungguh-sungguh kepada anda SERVICES ORIENTED
    ✔Pelanggan mesti BERPUAS HATI & GEMBIRA
    ✔Pelanggan akan menjadi KAWAN kepada saya


    TEMPAHAN
    MAS FATURRAHMAN
    WHATSAPP / CALL / TEXT / LINE

    +62 8956 0220 4291
    +62 8956 0220 4291
    +62 8956 0220 4291

    email & fb
    omegajayatour@gmail.com

    tanya shj pun xapa, survey2 dahulu..xsalah pun.. tk mau malu2 yer

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...