Monday, July 1, 2013

Annyeonghaseyo Korea Pt 10 - Deoksugung dan balik

Hari ini (22/5/2013) adalah hari terakhir kami di bumi Korea. Penerbangan pulangnya ialah pada jam 5.25 petang. Jadi pagi  tu masih sempat lagi kami keluar ke Namdaemun market buat kali terakhir. Selepas itu kami bergerak ke Deoksugung yang terletak berhampiran stesyen subway City Hall. Kami ke sini sebab kawasannya lebih kecil berbanding Gyeongbokgung. Jadi dapatlah cover tempat ini. Kami pun dah cakap dengan guesthouse owner untuk check out lewat sikit. Dia kata ok sebab memang tak ada orang check in untuk hari itu. Tiket masuk ke Deoksugung ini cuma 1K won.

Bangunan di sekitar hostel penginapan.

Lokasinya sangat dekat dengan stesyen subway City Hall.

Deoksugung merupakan salah satu daripada Grand Palace yang dibina oleh raja Sejong pada era Dinasti Joseon. Istana-istana lainnya ialah Gyeongbukgung, Changdeokgung, Changgyeonggung dan Gyeonghuigung. Di Deoksugung ini juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai upacara changing guard.

Gong besar di hadapan pintu masuk.

Daehanmun gate, pintu masuk Deoksugung.

Abang pengawal yang serius.

Bangunan-bangunan di dalam kawasan Deoksugung.


Selesai meronda kawasan ini kami membuka bekalan makanan terakhir yang dibawa untuk makan tengah hari. Udara pun nyaman dan dapat pulak  tempat duduk yang selesa. Mula-mula agak cuak juga nak makan di sini. Tapi setelah nampak orang tempatan pun makan, kami pun join juga. Masa dah nak habis makan kami ditegur oleh penjaga di situ. Mula-mula dia tanya asal dari mana. Setelah tahu kami orang luar dia pun cakap kat sini tak boleh makan, tapi taklah dia bebel sangat. Tapi orang Korea yang makan di situ dia marah kaw-kaw punya. Kesian kami tengok.

Pengacara majlis pertukaran pengawal sedang bersiap sedia.

Selesai makan terdengar pengumuman tentang upacara pertukaran pengawal di iringi dengan muzik tradisi. Berkejar-kejar kami ke sini. Kami sebenarnya tak tau pun yang di sini juga ada upacara ini kerana Deoksugung ni taklah besar sangat berbanding Gyeongbokgung. Berbaloi juga rasanya kami ke sini.





Selesai upacara pertukaran pengawal ini kami bergegas balik ke hostel. Sebelum keluar hostel kami nak selesaikan kewajipan dulu jadi taklah nanti susah payah bila di airport. Selesai semua urusan dan pada jam lebih kurang 1.00 tengah hari kami bergerak menuju ke airport.  Kami memilih cara yang sama seperti waktu datang dulu iaitu menggunakan kereta api dari stesyen Seoul. Sebelum tu terpaksa tambah top-up T-money kerana 30K won yang kami beli dulu tak cukup.

Mesin top-up yang sangat user friendly.

Selamat tinggal Seoul. Ada rezeki boleh datang lagi.

Laluan kereta api komuter yang berhenti di semua stesyen. Kalau ekspres agak cepat tapi tambangnya hampir tiga kali ganda.

 Sampai di airport terbaik dunia untuk lapan kali berturut-turut dengan selamat. Maka selesailah trip 6H5M kami di Korea.

23 comments:

  1. Sama flight, saya pun balik hari Rabu (22/5)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... coincidence. Adakah nohas duduk di bangku berhampiran pintu boarding masa di airport tu...

      Delete
    2. Nampaknya ramai yang suka ke Korea ni :)

      Delete
    3. Ya, saya duduk di bangku dekat dengan pintu boarding..

      Delete
    4. NA, memang agak best gi Korea ni... Negaranya bersih dan cantik. Orangnya pun agak friendly...

      Delete
    5. nohas, kalau macam tu betullah tekaan saya. Sebab saya terperasan dengan foto nohas pada entry sebelumnya dengan orang yang duduk di situ... sebab saya menghadap orang tu... hehe

      Delete
    6. lenkali blogger sila pakai name tag bila jenjalan ye!!

      Delete
    7. Nampaknya sesamalah kita kena tempah name tag tu Nekcik...hehe. Tapi Nekcik dah familiar sangat dah...

      Delete
    8. Ha ha good idea! Pakai name tag masa jalan-jalan, jadi kita boleh kenal sesama blogger. Di dunia cyber, muka tak jelas/tak nampak.

      Delete
    9. Tapi kalau yang macam blogger Nekcik tu rasanya tak payah pakai name tag pun boleh kenal... hehe

      Delete
    10. ha..ha..kalahkan mintang pilem ye Mie..hi..hi

      Delete
    11. Setuju, glamer kat alam cyber... hehe

      Delete
  2. Oh da balik ye....lpas ni ke mano lak jang???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stop dulu la Nekcik, nak kena penuhkan tabung ayam dulu. Yang dokek2 tu bolehlah...

      Delete
  3. Bila tengok mkn nasi dengan lauk dalam tin..teringat JM makan nasik ngan ikan sardin di Namsan Park..sedap pulak rasa nya time cuaca sejuk2 mcm tu..good bye korea..lepas tabung ayam dh penuh..moh kita ke Jepung pulok :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah JM, kalau kat negara orang dapat lauk camtu pun dah rasa sodap sangat, padahal kalau kat sini tak pandang pun. Ke Jepun... JM gi lah dulu, saya lanbat lagi kot...

      Delete
  4. palace ni pun tak sempat singgah masa pergi ritu, sebabnya dalam itinerary just masukkan gyeongbokgung je.tak try pakai hanbok ke mie? hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gyeongbukgung lagi besar dan best rasanya. Singgah sini pun sebab senang nak cover sbb kawasannya taklah luas sangat. Kemudahan nak pakai hanbok pun takde... haish...

      Delete
  5. Replies
    1. Thank you Mr Larry. Saya berada di Pulau Langkawi dari 11-14/7. Memang tak buka langsung blog. Sorry lambat respon...

      Delete
  6. Baru tengok blog Pak Lang nih. Wah menarik tul entry Korea ni yek. Banyak tempat dapat cover. Gambo pun cantik2. Idup JDT!! (eh tetibe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kiah lagi hebat sbb dah cover Jeju lagi... Luaskan kuasamu JDT....hehe

      Delete
  7. Deoksugung boleh le pergi... Pasal cari tempat utk cover .. Dulu saya 12,hari di seoul... Skrg 3 hari je.

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...