Setelah di racun oleh seorang kawan yang ke Langkawi pada bulan puasa tahun lalu, kami pun terjebak sama. Katanya dalam bulan puasa ni sewa kereta murah dan tempat-tempat tarikan pun tak ramai orang. Lagipun kenapa tak ambil peluang sebab masa tu ada promosi zero fare AA.
Berlepas ke Langkawi agak awal sebab nak minta tolong orang hantarkan. Lepas sahur terus keluar ke airport. Walaupun bulan puasa, flight hari tu agak penuh. Kebanyakannya adalah pelancong asing. Sekarang ni dah banyak pilihan untuk ke Langkawi. Selain dari Airasia, MAS dan Firefly, perkhidmatan terbaru ialah Malindo Air dan Berjaya Air yang berlepas dari Subang Skypark.
Sampai di airport terus kami ke kaunter kereta sewa. Kami ambil Proton Saga FLX Auto dengan harga RM60 sehari. Agak murah tu berbanding hari biasa. Oleh kerana belum boleh check in hotel lagi, kami terus menuju ke Pekan Kuah. Tempat yang dituju ialah Kompleks Haji Ismail Group yang baru dibuka pada tahun ini. Kebanyakan barang yang di jual di dalam kompleks ini ialah barangan keperluan dapur serta pinggan mangkuk. Produk coklat pula mengambil hampir sepertiga bahagian pasar rayanya. Memang agak rambang mata dibuatnya. Banyak jugalah hasil tuaian kami pada hari tu. Selesai semua urusan kami bergerak menuju hotel pinginapan.
Kompleks HIG yang mengandungi pusat membeli-belah dan hotel.
Federal Villa yang terletak di Pantai Tengah menjadi tempat penginapan kami selama di Langkawi.
Hotel ini terletak di bawah pengurusan Holiday Villa.
Sempat kami membuta sekejap sementara menunggu untuk keluar semula kerana mengambil salah seorang ahli keluarga di jeti Kuah yang akan sampai petang itu dari Kangar. Kemudian singgah sebentar di bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. Hari tu kami berbuka di bilik penginapan saja. Aktiviti seterusnya ialah pada keesokan harinya.
Kemeriahan di Bazar Ramadan Pekan Kuah.
Pagi esoknya kami keluar dan bercadang pergi ke tempat-tempat tertentu saja. Maklumlah bulan puasa. Destinasi pertama ialah ke Oriental Village. Dulu pernah kami naik cable car di sini semasa jambatan gantung masih belum ada. Hari itu nasib tidak menyebelahi kami kerana jambatan gantung ditutup untuk proses penyelenggaraan. Jadi kami batalkan saja niat untuk naik cable car.
Sekitar kawasan Oriental Village.
Di sini pun ada Nami Island versi Langkawi.
Dari sini kami bergerak pula menuju ke Pantai Kok yang terletak berhampiran Telaga Harbour di mana terdapat banyak kapal persendirian berlabuh di sini.
Pantai Kok
Selepas itu kami bergerak ke kawasan utara Pulau Langkawi iaitu di Teluk Datai. Kami memang belum pernah meronda ke kawasan ini sebelumnya. Jadi cuba-cubalah meronda ke sini untuk melihat apa yang ada. Ada satu kawasan pantai yang agak cantik di sini iaitu Pantai Pasir Tengkorak tapi kami tak singgah pun. Jalan seterusnya menuju Teluk Datai agak berliku kerana di situ adalah kawasan berbukit. Rupanya jalan tu adalah jalan mati yang berakhir di pintu pagar sebuah resort paling mewah di Pulau Langkawi iaitu The Datai.
The Datai, hotel paling mewah di Langkawi. Kadar penginapan bermula dari lebih RM1000 hingga RM8000 semalam.
Dari Teluk Datai kami menuju pula ke kawasan Ulu Melaka untuk naik ke Gunung Raya. Tertarik untuk ke sini setelah terbaca pengalaman Zilla naik ke sana. Perjalanan tidaklah begitu mencabar, cuma terdapat banyak tanah runtuh di sepanjang jalan menuju puncak. Mungkin disebabkan hujan yang boleh dikatakan turun setiap hari semasa kami di Langkawi.
Air terjun mini di tepi jalan. Kalau tak puasa best juga kalau berendam ni.
Terdapat sebuah resort di sini. Menara tinjau juga dibuka kepada orang awam. Tapi kami tak naik pun sebab macam tinggi pulak nak sampai atas tu. Di sini juga terdapat stesyen telekomunikasi milik TM.
Pemandangan dari tepi jalan. Cuaca tidak begitu cerah. Suhu di sini tidak berapa sejuk kerana ketinggiannya cuma dua ribu kaki lebih saja dari aras laut.
Akhir sekali barulah kami ke Pantai Cenang yang terletak tidak begitu jauh dari hotel penginapan. Nampak terdapat banyak hotel baru yang sedang dalam pembinaan. Jalan Pantai Cenang pun nampak lebih meriah berbanding dulu.
Cenang Mall tarikan terbaru di kawasan ini.
Suasana petang di Pantai Cenang.
Malam itu kami berbuka di luar dan mencari serba sedikit barang-barang tambahan untuk dibawa pulang pada keesokan harinya. Daripada pemerhatian kami, harga pinggan mangkuk dan keperluan dapur serta coklat agak murah di sini. Untuk pakaian pulak harganya setara dengan di KL.
Keesokan harinya setelah menghantar ahli keluarga di jeti Kuah, kami terus ke airport untuk pulang.
Pantai Cenang dari udara. Selamat tinggal Langkawi.
Salam mie,
ReplyDeleteOK gak gi Langkawi bulan Ramadhan..... macam byk benda yg murah dari biasa.... boleh cuba gak sekali nanti gi ngan famili..
Welkambek azmnor, lama tak dengar berita...
DeleteMemang berbaloi ke sana walaupun berpuasa. Bolehlah mencuba nanti...
Selamat berpuasa Mie! Borong cokolat ke? Saya dah 4-5 kali ke Langkawi. Saya memandu ke sana dari Penang sebab taklah jauh sangat. Kadang-kadang bercuti dan ada juga bermesyuarat. Tapi belum pernah pergi pada bulan puasa. Apa juadah berbuka yang istimewa di Langkawi?
ReplyDeleteSelamat berpuasa juga buat NA. Borong coklat sudah semestinya. Saya dulu pun suka memandu ke sana. Tapi sejak akhir2 ni lebih senang naik flight. Sejam dah sampai, kalau drive hampir sehari tu, termasuk naik feri...
DeleteJuadah berbuka tak banyak bezanya dengan di KL. Tak sempat nak survey bazar ramadan tu, sbb ramai sangat orang...
Salam Mie..
ReplyDeleteTravel time puasa ok ke? Kalo saya ke pulau2..activity wajib sure nak berendam dalam laut..hehehe. Pengalaman baru la bg mie sbb berkesempatan puasa di tmpt lain
Sangat OK zila, sebab cuaca pun redup je, hari2 hujan pulak tu...
DeleteBulan puasa ni tak dapeklah nampaknya dak berendam2 tu...
seronok jgk kan jalan2 masa puasa... lain pengalamannya..
ReplyDeleteBest juga sebenarnya kalau cuaca tak panas. Lagipun boleh berjimat sikit... hehe
Deleteowhh ade bangunan baru rupanya HIG tu. lagi besar! hahaha tak sempat nak explore abes langkawi aritu sbbnya cuaca tak begitu baik plus kesuntukan masa.
ReplyDeleteHaah HF kompleks tu baru dibuka tahun ni. Lokasinya kat Pekan Kuah je, tak perasan ke...
Deletebyk benda baru kat sana ya..last saya pegi thn 2002.
ReplyDeletekalau Ramadhan tmpt2 pelancongan kat m'sia ni sunyi sikit, mmg sesuai berjalan. Tapi saya takut tak larat je..takde tenaga.
Actually tak nampak sangat perubahannya Langkawi ni kalau selalu ke sana. Tapi kalau yg jarang ke sana mungkin terasa...
DeleteDi kawasan popular seperti Oriental Village dan Pantai Cenang pelancong asing agak ramai juga...
OK je Ujie jalan2 dalam bulan puasa ni...
Wahh...hebatlah..dah siap rupanya komplek HIG ni...tak perlu lagi bersesak dalam kedai yg sempit tu...
ReplyDeleteAlahh..naper JM pegi ri tu tak ada pun Nami Island versi Langkawi ni..mesti baru siap..menci tau..
Sorang je hero yg ikut..aik..percutian singkat 2H1M jer?
Alhamdulillah perniagaan orang Melayu pun boleh maju jika betul cara pengurusannya. Tempatnya pun strategik dan kawasan parkirnya pun banyak...
DeleteMini Nami Island tu baru siap agaknya dan dibuka sempena saya ke sana... hehe
Haah JM sorang je... actually 4H3M kat sana...
OK juga idea ni..semuanya murah masa bulan puasa, pelancong tempatan pun tak ramai rasanya..
ReplyDeleteBetul tu, memang tak ramai orang tempatan. Nak sewa kereta pun agak murah. Berbaloi2...
DeleteOh sekarang domestik travellah kita ye...ingat klau ada tambang murah nak jugak ronda ronda sana tu...insyaallah
ReplyDeleteYelah Nekcik, tabung pun dah ringan, nak kena penuhkan dulu. Tahun depan dah ada beberapa projek...
DeleteBest jugak Nekcik pergi bulan puasa ni, boleh mencuba tu...
Ok jugak idea ke langkawi waktu puasa... Ermmm next year boleh fikir fikirkan nii...
ReplyDeleteMemang OK sangat cik Ta, sbb masa tu dapat tiket zero fare. Lagipun kat tempat tarikan, orang tak ramai dan kereta sewa pun dapat murah...
DeleteDah lama tak ke Langkawi , maklumlah cikgu ..boleh berjalan time cutu sekolah je..time tu mesti serba serbi mahal..:( ..banyak ke shopping a Mie..hehehe
ReplyDeleteTapi cikgu sesekali cuti, boleh cuti panjang... best kan. Nampaknya aktiviti makan angin Wa agak terbatas waktu ni. Takpelah tunggu baby tu besar sikit...
DeleteKalau ke LGK yg banyak dibeli tentulah coklat. Adalah juga menyambar beberapa peralatan dapur yg memberatkan kargo tu...
Assalamualaimu, singgah dan follow di sini. Jom ke blog saya pula.
ReplyDeleteW'salam, TK kerana singgah di sini... ahli bahasa rupanya...
Deletehaah la p time bln posa la dpt harga murah sket kan mie.
ReplyDeletetmpt2 pon x ramai org sbb bln posa. kalo ada pon org2
luar je la kan... hurmm next yr leh la p time posa hehe
slm kenal & slm aidilfitri Mie :)
Betul tu anamizu... rasanya puasa tahun depan boleh pergi lagi ni...
DeleteSalam kenal dan SHR juga buat ana...
nampak cambest je langkawi..last pegi dulu time kecik2 je..boleh try g lagi sekali ni..nice sharing :)
ReplyDeleteMemanglah best LGK ni Akmal. Nanti pulang bercuti dari Nihon bolehlah berehat di sini...
Delete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Woww cenang mall tu agak mengancam...
ReplyDeleteTapi macam kurang happening...
Delete