Wednesday, February 13, 2013

JJCM

Cuti panjang TBC tahun  ini memang tak ada cadangan nak kemana-mana. Trip seterusnya pun agak lama lagi iaitu pada minggu terakhir bulan Mac nanti. Sebab banyak masa yang terluang jadi kami sekeluarga buat projek JJCM selama tiga malam berturut-turut.

Destinasi JJCM pertama kami ialah restoran makanan Barat iaitu Restoran Big Plate yang terletak di Subang Permai. Lokasinya : 27 Jalan Alfa F U6/F, Subang Permai, 40150 Shah Alam.

Sampai di sini pada jam 8.30 malam. Orang sudah agak ramai.

Antara makanan yang kami pesan... Cheezy Chicken, Grilled Chicken, Chicken Chop Subang, Chicken Salad berserta aiskrim, banana split dan minuman.

Nampak macam berselera tapi sebenarnya budak-budak ni tak berapa nak masuk bila bab sayuran.

Destinasi kedua kami ialah Restoran Saba yang terletak di Cyberjaya. Restoran ini menyediakan masakan dari Timur Tengah. Lokasinya : Blok A1, CBD Perdana, Cyberjaya.

Walaupun restoran ini tidak terletak di kawasan kediaman, tapi sentiasa ramai pengunjungnya.

Antara makanan yang dipesan ialah Baklava,  Mandi Chicken Rice, Hanith Chicken Rice dan Chicken Kebab Sandwich. Pertama kali makan baklava, sedap tapi agak manis.

Agak banyak sepinggan nasi yang disediakan dengan satu perempat ayam. Mungkin disesuaikan dengan saiz makanan orang Arab. Pastikan datang dengan perut kosong untuk menghabiskan semuanya. Bila dicampur dengan segelas minuman memang agak sendat perut jadinya.

Singgah sebentar di Putrajaya sebelum pulang. Sesak tempat ni, payah sungguh nak cari tempat parkir.

Destinasi ketiga kami ialah Restoran Mukmin iaitu restoran makanan China Muslim. Lokasinya ialah di No 20 Jalan Nelayan B 19/B, Seksyen 19, Shah Alam.

Restoran ini antara yang paling dekat dengan rumah.

Lauk yang kami pesan bersama nasi putih untuk lima orang ialah kailan ikan masin, ayam Ying Yong, ayam masam manis, sotong goreng tepung dan sup tofu cendawan.

Diantara ketiga-tiga restoran yang kami pergi, ahli keluarga memilih Restoran Mukmin sebagai pilihan utama mereka diikuti Restoran Saba dan Restoran Big Plate. Harganya sederhana, sedap dan servisnya agak cepat. Saya pula lebih suka Restoran Saba.

32 comments:

  1. Saya pernah makan Restoran Saba kat Keramat, boleh tahan sedap.. dan sais dia memang besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. SR, dalam banyak2 restoran makanan Arab yang pernah saya pergi, Saba adalah yang terbaik. Nasi dan lauknya lembut banget. Saiz hidangan memang besar...

      Delete
  2. Ehe sama, smlm & kelmarin saya mkn nasi mandy saba' tu. gara2 suami dah jatuh minat dgn nasi mandy kambing.. Tapi take away je sbb time lunch mmg penuh, luar ada la kosong tp panas. Biasa amik yg saiz large utk share berdua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie sampai mengulang dua kali, agak jauh dari Bangi tu... Saya memang kurang minat dengan kambing atau lembu, tu yang ambil ayam je.

      Saya pergi waktu malam, agak kurang pengunjungnya, lagipun kebanyakan orang pergi bercuti agaknya...

      Delete
  3. dalam ketiga-tiga restoran tu, saba jer yang selalu makan. tak try khabsah ke mie? ada masa nanti, nak try big plate dengan mukmin pulak. dekat rumah ada ubat gigi mukmin jelah, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga, lain kali mungkin boleh mencuba khabsah tu... Tapi kenapa khabsah lamb/chicken tu murah sikit harganya, padahal portion nya sama je...

      Delete
  4. Salam Mie..tak ajak pong!! Nekcik pun tak pi jauh jauh...macam Mie jugak JJCM sekitar KL...JOM BALI ... SWEET TREE AMPANG..rindu nasi Kolia!!!

    ReplyDelete
  5. Salam Mie...tak ajak pong!! Nekcik pun tak gi jauh..ronda ronda KL JJCM gak...JOMBALI...SWEET TREE Ampang..rindu nasi Kolia!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam juga Nekcik, saya tak pernah dengar nasi Kolia tu... hehe

      Samalah kita cuti panjang cuma JJCM je. Bila agaknya next trip Nekcik tu...

      Delete
  6. Tak kena time, baca entri ni time perut tgh lapor terliur jek semua nampak sedap. Klau ada masa nk terjah restoran mukmin tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM bolehlah ke Restoran Mukmin tu, sempoi je tempatnya, tak macam kebanyakan restoran China Muslim lain yg agak eksklusif... Harga berpatutan dan sodap weh...

      Delete
  7. Baru ingat nak gi Big Plate, Mukmim lagi sedap yek... ok... akan saya google cara nak pegi.

    thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama LR tak singgah sini... Senang je nak cari Restoran Mukmin tu, sebaris dengan Pusat Perubatan Shah Alam, Seksyen 19...

      Delete
  8. Saya suka makanan Timur Tengah seperti baklava dan nasi mandi :). Tetapi saya tidak pernah ke restoren yang Mie ceritakan di ruangan ini kerana jarang-jarang sekali ke Cyberjaya, Putrajaya dan KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bila NA dah balik ke Malaysia dan ada kelapangan bolehlah sesekali ke sana... Tapi macam tak berbaloi kan, sebab jauh...

      Baklava tu memang sedap...

      Delete
  9. Nama blog ini sepatutnya makan-makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana boleh Mr Larry sebab JJCM tu singkatan untuk Jalan-jalan Cari Makan. Jalan-jalan juga kan... :)

      Delete
  10. saya teringin sangat nak mencuba dekat Restoran Mukmin tu, suami suka sangat dengan makanan china muslim ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ann, bulan ni masih bulan harijadi hubby kan, apa kata layan je Restoran Mukmin tu. Harganya agak murah, tapi makanannya sodaplah pada tekak saya ni...

      Delete
    2. tak sempat lagi nak pegi, tapi tetap nak pegi. pantang betul saya dengar perkataan "sodap" tu :P

      Delete
  11. Wahhhh..JJCM sungguh nih. Saya hanya pernah ke Restoran Saba je. Restoran mukmin tu pun singgah sebab nak beli travel cooker jer, tak singgah makan. Kalau cam tu kena singgah lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak bercuti ke mana-mana, jadi JJCM pun jadilah. Itu pun semuanya tak begitu jauh dari rumah.

      Bestkan trip ke Osaka tu. Saya belum nak ke sana lagi kerana pernah tinggal di Yokohama selama beberapa bulan suatu ketika dulu...

      Delete
  12. wahhh..barat, arab, cina..semuanya sedap2.. i penah sekali ke Resto Saba ni..mmg banyak sangat food dia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak sangat portion nya, kena kosongkan perut betul2 kalau nak makan kat sini. Tapi memang sodap...

      Delete
  13. Menu ayam ying yong tu apa?
    tak pernah dgr la bro sblom ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam ying yong ni, dua jenis masakan berasakan ayam yang dihidangkan dalam satu pinggan. Satu seakan masak kicap dan satu lagi ayam yang di buat seakan-akan salad kot...

      Delete
  14. Big Plate tu best tapi lambat sikit service dia.Betul-betul Man vs Food korang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Bukan selalu dapat berkumpul En Muhammad, masing-masing ada urusan sendiri. Jadi bila semua ada kat rumah kami pun JJCM sesekali...

      Delete
  15. hi Mie...salu gak pegi shah alam tapi belum pernah lagi sampai kat Big Plate nih. Nanti saya terjah ke sana lak next time. Saba tu dah lama saya ngidam nak pegi tak setakat nih belum kesampaian lagi...ade jer hal bila buat plan tuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Papa-NtiQ yang rajin JJCM tentu takde masalah untuk sampai ke tempat2 makan tu.

      Makanan Arab kat restoran Saba tu adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan tempat lain. Kena pergi juga tu...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...