Tuesday, January 22, 2013

Ke Kuala Langat

Kalau disebut Kuala Langat orang mungkin kurang tahu di mana lokasinya. Tapi bila bila disebut Banting cepat saja orang tahu kerana ada beberapa lokasi yang menyebabkan daerah ini dikenali. Hujung minggu lalu saya bersama cik wife dan anak telah meronda daerah ini melalui lebuhraya baru iaitu Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Bagi mereka yang tinggal di bahagian selatan Lembah Klang, lebuhraya ini dapat memendekkan perjalanan untuk ke daerah Kuala Langat kerana tidak perlu menempuh kesesakan bandar Klang dan pekan Teluk Panglima Garang.

Kami mengambil jalan masuk ke SKVE masuk melalui plaza tol Bandar Saujana Putra. Tol dari sini ke persimpangan Jalan Banting cuma RM2.20 sahaja.

Tempat pertama yang kami tuju ialah Bukit Jugra. Banyak institusi pendidikan di sepanjang jalan menuju ke sana, antaranya Kolej Matrikulasi, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara dan Kolej Komuniti. Walaupun jalan menuju ke puncak bukit agak sempit dan berliku tajam tapi tak sampai sepuluh minit dah boleh sampai di atas.

Macam mana agaknya sungai ini mendapat namanya

Di puncak bukit ini selain terdapat rumah api juga dijadikan salah satu tempat untuk melihat anak bulan Ramadan  bagi menentukan permulaan puasa.


Kawasan Bukit Jugra ini agak popular bagi penggemar sukan paragliding.

Pemandangan dari puncak Bukit Jugra

Sekejap saja kami di sini kerana tak ada apa-apa yang menarik untuk berlama-lama di sini. Cuaca pun agak berjerebu. Lokasi seterusnya ialah Pantai Morib yang agak tersohor walaupun pantainya tidaklah begitu cantik. 

Walaupun pantainya tidak begitu cantik tapi banyak kemudahan yang disediakan di sini untuk kemudahan pengunjung.


Pantai untuk tempat berehat, kalau untuk mandi kena fikir sendiri.

Sempat pekena tahu bakar di sini. Tapi kurang ummph kerana kuahnya agak kurang sesuai.

Kalau bercuti di sini, tak perlu ke pantai lagi kerana ada taman tema airnya sendiri.

Rumah peninggalan Haji Sidek yang melahirkan ramai jaguh badminton bertaraf dunia di Kampung Kancung Darat di pinggir bandar Banting.

33 comments:

  1. Tentu seronok dapat melawat tempat2 terkenal di Kuala Langat tu. Di Morib dulu terkenal dgn aktiviti mencari kepah. Skrg tak tahu samaada masih ada lagi atau tidak sebab saya dah lama tak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa air surut, nampak macam ada beberapa orang mencari2 sesuatu kat pantai tu, cari kepah kot...

      Delete
  2. salam bang mie, rumah haji sidek tu leh dilawati ke bang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Wak, rumah tu masih didiami lagi, kalau nak singgah untuk setakat nak ambil gambar rasanya OK je...

      Delete
  3. Salam Yeop

    Errrr...memang tak kan sanggup nak masuk air laut tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Yong ASP, memang tak sanggup kalau nak mandi kat situ, takat main air bolehlah...

      Delete
  4. masa pergi dua tiga bulan lepas, dekat morib tu, ada jer dua tiga kerat yang turun mandi, taktaulah...mungkin bukan orang situ kot, ada dengar jugak, air laut situ memang sangat tak sesuai untuk mandi, kudis buta pulak nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Orga, kalau air pasang nampak macam agak bersih juga airnya terutama di bahagian pantai yang tidak bertembok...

      Delete
  5. Salam Mie,
    Saya pernah ke Banting dan Morib 20 tahun dulu...lama kan? Tapi masa itu pantainya bersih, ramai orang mandi. Kemudian saya ke Pulau Carey. Amat indah pantai Pulau Carey itu. Saya berkhemah di Pulau Carey itu selama dua minggu he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam NA, 20 tahun dulu meungkin cantik sebab tiada pencemaran. Cuma sekarang ni prasarananya agak baik untuk kemudahan orang ramai yang datang ke sana. Pulau Carey ada pantai? Saya pernah sampai ke jalan mati di hujung Pulau Carey tu, tapi pantainya lagi teruk dari Morib... Fuhh berkhemah sampai 2 minggu, tentu ada projek kat sana....

      Delete
  6. masa 1st time pegi pantai morib tu, terkejut gak. Glamer tapi tak cantik pun airnya, tak sanggup nak main air. Tapi ramai gak org main situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Morib ni glamer pun sebab letaknya berhampiran Lembah Klang kalau kat negeri lain memang orang tak pandang pun. Kalau nak mandi memang tidak lah, setakat main air boleh kot...

      Orang memang agak ramai dan banyak kemudahan ada disediakan...

      Delete
  7. Dlm byk2 pic tu tergoda ngan air sirap bandung itueeww heeeeee :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ni mesti JM suka bab makan-makan ni...

      Bolehlah jalan-jalan sesekali ke sini walaupun pantainya tak berapa menarik...

      Delete
  8. Selalu dengar nama Bukit Jugra ni, macam nama-nama zaman silam.
    Apabila tersebut nama pantai Morib
    Teringat kes pembunuhan org kampung kita yg kesnya masih panas di mahkamah skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jugra memang agak antik nama tu...

      Itulah cikgu, biasanya kes berprofile tinggi macam ni memang lambat nak diselesaikan. Sayang orang yang menonjolkan tempat kita hilang sekelip mata...

      Delete
  9. Salam Jumaat.....Mie

    Saya biasa petang-petang kalau boring datang ke Jugra ni tengok paragliding, pastu ke morib tengok sunset sambil minum-minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah Shidah dekat dengan Banting ke... Memang best kalau lepak2 kat sini...

      Delete
  10. Assalam bro Mie,

    Sungai tuh nama sungguh rare! Menakotkan pong ada.. Lol. Tapi tang morib tuh mmg lagend rasanya.. Dari kecik situ je la abah duk bawak, klu tak ke PD. Banyak tinggal kenangan pantai2 tuh..

    Ermmm memang merugikan la trip macau sy. Tapi x pe lah. Daripada whole trip burn. Oh kecewa. Kena repeat ke? Hohohoho!

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Beb,

      Morib ngan PD lah antara pantai yg dekat dengan Lembah Klang ni, sbb tu lah jadi tumpuan w'pun tak secantik mana...

      Macau tu kalau ada tiket betul2 murah, bolehlah meripit... hehe

      Delete
  11. salam bro mie. sy belum penah sampai sini. pergh. macam syok tgk viewnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Muhammad Raziq,

      Bolehlah sesekali ke sana, tak jauh mana pun dari Bangi tu...

      Delete
  12. Saya tak pernah sampai Morib lagi, betul ke orang kata ada tempat ikan bakar sedap dekat sana. saya ni kan pantang kalau sentuh pasal tempat makan sedap, mau je mencarinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ann, tentang tempat ikan bakar tu saya tak berapa pasti tapi kalau nak bersantai2 bolehlah. Lagipun tak jauh sangat tempatnya...

      Delete
  13. teringin menyinggah.ke sini.lagi..seingat lah.pegi ke sana about 20 yrs ago..haru kann..heee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya macam tu lah, tempat yg dekat2 kemudian hari boleh pergi, last2 berpuluh tahun jadinya... :)

      Delete
  14. Salam Mie...nekcik pun lama tak ke Morib...takat banting tu sampailah...nekcik nak ke pulau indah pun belum sempat lagi ni..saja..nak ronda ronda..mnggu lepas sampai klang jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,salam Nekcik... tak jauh dah Morib tu dari Banting. Kat Pulau Indah takde tempat yang menarik, kecualilah kalau nak memancing. Saya kekadang rajin juga memancing kat jeti Laguna Park tu...

      Delete
  15. 1st time singgah sini ...cuma terganggu dgn widget kat bwh tu .. kalau boleh letak kat tepi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menganggu dari segi apa, boleh explain...

      Widget kat bawah tu untuk memudahkan saya untuk blogwalking, terutama yang tidak tersenarai link nya di sebelah.

      Delete
  16. dah sampai..tapi tak bergambar...nanti nak bergambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah en Din... bolehlah bawa ahli keluarga bahagia ke sini...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...