Sunday, August 26, 2012

Ronda-ronda Hari Raya 1433H

Raya tahun ini semua ahli keluarga di KL sepakat untuk berkunjung ke rumah abang ipar yang yang beraya di rumah barunya di Taman Kerubong Jaya, Melaka pada petang raya pertama. Banyak rumah yang masih belum diduduki dan suasananya agak lengang.


Sebahagian besar daripada cucu mertua yang berjumlah 17 orang adalah lelaki.

Rumah sebegini jika di kawasan Lembah Klang harganya boleh mencecah RM400K, tapi di Melaka masih boleh dibeli  dengan harga di bawah RM200K sahaja. Rumahnya mempunyai binaan yang agak luas dan rasanya tidak perlu untuk diubahsuai lagi.

Pada hari raya kedua baru kami sekeluarga bertolak ke Johor melalui jalan lama Melaka ke Muar dan Batu Pahat. Negeri Melaka ini antara negeri yang kaya dengan traffic light. Agak lama juga masa yang diambil untuk melepasi bandar Melaka. Antara foto-foto hari raya kami pada tahun ini.

Sempat singgah di Restoran Mee Bandung Muar yang sudah pun memulakan perniagaan walaupun baru Hari Raya kedua untuk makan tengah hari.

Sampai di Batu Pahat hampir tiga jam kemudian. Kesesakan di mana-mana.

Bergerak ke Rengit menuju rumah abang.

Keadaan jalan yang agak lengang sedikit kerana keluar beraya agak awal pagi pada Hari Raya ketiga.

Beraya sakan ke beberapa buah rumah saudara mara dan adik beradik. Pulang ke rumah sudah agak lewat malam.

Kami sekeluarga beraya di kampung untuk tempoh tiga hari sahaja. Balik ke KL pada Hari Raya keempat. Highway pun belum begitu sibuk. Selamat sampai tiga jam kemudian dan menyambung beraya di sini pula.

28 comments:

  1. Semart aa rumah die! Untong kalau mcm ni 400k kat klang valley. Rasenye dah berjuta. Heh mahei betoi.

    Btw selamat hari raya aidilfitri buat tuan blog dan keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungla sapa duk kat Melaka ni... jom pindah sana... hehe

      Selamat Hari Raya juga buat Beb dan suami...

      Delete
  2. Replies
    1. Janggel san, ogenki desuka?

      Agak meriah jugak, tapi foto rayanya agak serabut.. tu yg tak dapat nak tunjuk.. alasan je tu... :)

      Delete
  3. Saya dapat bayangkan kemesraan keluarga Mie. Seronok tengok.

    Beruntung tinggal di Melaka ni, KL tak jauh, KLIApun tak jauh, boleh beli rumah besar2. Kalau di Penang rumah macam tu, berjuta $$$, kena renovate pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam NA, sesekali berkumpul memang riuh rendah dibuatnya...

      Jom beli rumah kat sana, pencen nanti bolehlah pindah... :)

      Delete
  4. Best beraya di rumah baru.
    selamat hari raya aidil fitri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga buat Nieda...

      Memang best, tapi rumah orang beb...

      Delete
  5. Jam sana sini menuju ke selatan..
    Tk raya ke 2 nak keseremban pun jem giler.
    Slmat hari raya aidil fitri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya buat TK sekeluarga...

      Saya bergerak ke Selatan pada petang Hari Raya kedua, perjalanan agak selesa...

      Delete
  6. Murah giler rumah kat Melaka... kalau kat KL or Selangor dah berjuta macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga rumah pun ikut lokasi, di Melaka kalau behampiran bandar pun agak mahal juga...

      Rumah macam tu (20'X70') kalau di Lembah Klang mungkin boleh capai setengah juta...

      Delete
  7. perghhh...beraya sakan...marilah beli rumah kat JB nk tau murah atau mahal...hihhihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya buat CT sekeluarga... tentu raya sakan juga kan...

      Harga rumah di JB dah setaraf di Lembah Klang... mahal gila...

      Delete
  8. asam pedas melaka and cendol melaka bukan menu utama orang melaka ker? jeles dengan reger rumah kat melaka, uhuks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Hari Raya makanan utama tetap ketupat dgn rendang... asam pedas tu makanan harian je...

      Kena pakat2 dk Melakalah kalau camni...

      Delete
  9. adoiiii bang mie, sedapnya mee bandung tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ann, memang terangkat sedapnya... bolehlah mencuba kalau jalan-jalan ke Muar. Lokasinya senang je. Restorannya terletak selepas SM Sains dari arah Melaka....

      Delete
  10. saya sangat suka design rumah tuh!!! awesome! insyaALLAH, ade rezeki sy nak beli gak mcm tu. amin...

    btw, rumah kat melaka mmg still murah lg. kazen sy yg duk sana pn ckp mcm tu gak. kalo rm200k tu mmg dpt rumah besar dh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Danny...

      Kalau nak harga camtu kenalah beli kat Melaka, kalau kat sini terpaksalah bayar double... tapi saya tahu Danny boleh...

      Delete
  11. mmg stress kalau ke melaka. jarak tu tak lah jauh, tapi tak sampai2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya keluar di plaza tol Simpang Ampat, banyak sungguh traffic lights yang terpaksa kena tempuh...

      Delete
  12. wow orang melaka rupanya.


    wei bro...itu gambar diatas sekali gambar2 kapal tu di danau toba kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telor Power, selamat datang di sini. Saya tahu awak antara pengomen tegar di blog Ujie Titian perjalanan...:D

      Ye betul, itu deretan bot di Danau Toba iaitu di jeti Tomok bhg pulau Samosir.

      Anyway saya org BP Johor.

      Delete
  13. alamak mcm mana bley tau ni? (tutup muka sebelah tangan jap hee hee hee....)

    itula..mula2 mcm dah cam tapi masih ragu.bila bandingkan gambar tu dgn gambar dalam milik koleksiku. hampir serupa tapi tak sama.

    rasa ragu2 kuat dalam jiwa - terus tanya.

    tepat juga tekaan aku eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TP, dulu saya rajin juga masuk blog Ujie tu, tapi blog sendiri pun kurang entry, sogan pulak nak mengomen kat blog orang.

      Gambar tu tak berapa sama mungkin sebab diambil dari posisi yang berbeza...

      Delete
    2. klakar pula dgr, tiada entri tiada salahnya kalau pi komen blog org mie, tiada masalah pun tu.

      alah blog TelorPower juga begitu....siap tak update berbulan2 tapi masih sanggup baca blog orang. at least ada juga ilmu yg dapat nanti

      Delete
  14. Salam dan selamat hari raya Mie...
    Sorry la kalu lama tak singgah sini...
    Mee bandung muar tu memang nampak menarik dan sedap...ye la kat kampung2 pun jem time raya2 ni...hehehhee

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...