DAY 4
Hari ini kami tak ada apa-apa program kerana flight ialah pada jam 12 lebih. Jadi kami terpaksa bertolak ke airport pada jam 10 pagi. Sayang sekali kerana kalau ada masa kami nak pergi ke cable car yang merupakan tarikan terbaru di Hat Yai. Mungkin lain kali agaknya.
Lokasinya di Hat Yai Municipal Public Park kira-kira enam kilometer dari bandar. Jarak laluannya lebih dari setengah kilometer.
Jadi masa yang ada pagi tu kami meronda-ronda sekitar bandar setelah bersarapan pagi. Ada juga di antara kami yang masih lagi mencari barangan untuk di bawa balik.
Islamic Bank of Thailand
Deretan bangunan lama yang dijaga dengan baik.
Bangunan stesyen kereta api Hat Yai.
Tuktuk bandar Hat Yai.
Bas zaman Tuk Kaduk pun masih ada.
Jam 10.30 pagi kami bertolak ke airport dengan tuk-tuk. Nasib baik muat sebuah tuk-tuk untuk kami yang seramai tujuh orang. Tambangnya THB300 sahaja. Tapi kena tambah THB100 lagi sebagai caj untuk setiap kenderaan yang masuk ke kawasan lapangan terbang.
Seorang personaliti hiburan sedang melalui pemeriksaan imigresen.
Kebetulan kami duduk di bangku belakang sekali berhampiran tempat pemeriksaan imigresen. Pastu kitaorang ajak si Zizan Raja Lawak ni berfoto. OK je dia ni. Katanya ada shooting kat Hat Yai.
Flight hari itu agak penuh dengan sebahagian besarnya ialah orang Malaysia dan selamat kami sampai di LCCT sejam kemudiannya. Pada keseluruhannya trip kali ini agak meletihkan kerana banyak masa habis untuk perjalanan. Tempoh yang sebaiknya ialah 5H4M jika mahu ke Hat Yai dan Krabi dengan cara ini.
#untungla abg mie dpt amek gmbr dgn artis. kekeke..
ReplyDeletebangunan station ketapi hatyai tu dh dicat baru rupanya. aritu sy pegi, sume putih
Danny pun skrang glamer mcm artis jugak.. :D
DeleteOwh yeke puteh je... yg baru ni nampak lebih ceria. Kaler ikut bendera negara diaorg...
kenapa tetiba teringat trip krabi-hadyai...
ReplyDeletehehe
artis ke danny tuh?
ntah...
hahah
Ada kenangan indah lah tu...
DeleteDikalangan group Travelholics, Danny tu kan retis... :)
bas tu..bhg. dpn mcm lori.
ReplyDeleteweh..smpt bergambo dgn retis lagi!
Bas tu memang antik abis...
DeleteHehe... pelawak paling popular tu...
OH kat Hat Yai ada cable car???? saya baru tahu! Thanks!
ReplyDeleteBaru dibuka kpd orang ramai Disember tahun lalu..
DeleteOOOO ic...
Deletegambar Header Baru lawa! Blog pon berwajah baru jugak. lawa!
Hehe... TQ Janggel...
DeletePnah skali tjumpa zizan ni kat stesen minyak temerloh.
ReplyDeleteCantik ah bangunan lama tu dicat colorful gitu..
Owh ye... nampak baik orangnya...
DeleteMemang cantik kalau dicat drpd terbiar begitu saja...
salam
ReplyDeletegambar2 yg awesome...!!!
Assalam,
DeleteGambar biasa je kak, tak ohsem mana...
TQ sbb singgah lagi ke sini...
eh! Hatyai ada CableCar yek.... leh masuk list nih. I mmg ada pplan nak gi Myanmar & Laos, tgk cari kaki nih....
ReplyDeleteHaah, agak baru tapi tak sempat pergi pun...
Deletefuyoooh mael lambong tuuu.. ehhhee
ReplyDeleteHehe... tengah top tu, banyak masyuk...
DeleteSaya suka sangat datang Had Yai sebab makanannya, memang hilang diet gitu :)
ReplyDeleteHehe betul tu. Lagipun makanan halal senang dapat kat sini.
DeleteSelamat berpuasa, Mie!
ReplyDeleteTQ Mr Larry. Puasa di Malaysia dijangkakan bermula pada hari Sabtu 21/7/2012.
DeletePuasa di US dijangakan bermula pada hari Jumaat 20/7/2012.
DeleteDi sini tempohnya bermula dari 5.30 pagi hingga 7.25 malam. Mungkin di US tempohnya berbeza mengikut musim...
DeleteSalam Mie....bestkan jalan2 ni..hehehe..insyaAllah ada peluang boleh pegi gak...
ReplyDeleteW'salam Fadzli,
DeleteBolehlah ke sana dg family dg memandu je. Lagipun tak jauh sangat dari Penang tu. Banyak juga tempat menarik untuk dilawati...
perhh mie, jumpa zizan tu...kalau takde aral melintang patah, Nov ni aku ke sana jugak, huhu...
ReplyDeleteHai Orga, Hat Yai ni menarik jugak tempatnya. Saya tak sempat explore smuanya...
DeleteSalam Mie....
ReplyDeleteKat mana cable car tu.... saya pernah pergi Hatyai drive ngan kawan, tak jumpa pun cable car tu. Yang saya pergi cuma Klonghae Market ngan pantai ikan duyung tu jer
Saya pun tak sempat singgah sebenarnya. Khabarnya baru dibuka Disember tahun lalu dan kedudukannya anggaran enam km dari pusat bandar...
DeleteSelamat berpuasa cikmie, berjalan jgk ke puasa2 nih?
ReplyDeleteAssalam En Syahid, puasa ni kena rehatlah pulak. Menabung dulu utk trip yg akan datang...hehe
DeleteWah bestnya jalan-jalan.
ReplyDeleteMestilah best... :D
DeleteSalam Mie..singgah sat..takde crita baru...?
ReplyDeleteSalam kembali Fadzli...
DeleteBulan puasa ni nampaknya semua aktiviti terpaksa berpuasa jugak...:D Tengoklah camna nanti selepas Raya...
dekat je kan Hat nyai ni kan.. tapi kenapa lah tak terpegi.
ReplyDeleteBiasalah tu kan, kita memang selalu target yg jauh2 dulu. Yang dekat bila2 boleh pergi, akhirnya tak pergi2 jugak... :D
DeleteSalam Abg Mie. Baru tahu Hatyai Ada cable car. So, kena buat trip ke sana ni. Selamat berpuasa!
ReplyDeleteHaah agak baru. Baru beroperasi Dis tahun lalu. Saya sendiri pun tak sempat ke sana lagi...
Deleteterbaek gambar bas tu....nape aku tak pernah jumpa bas tu di hatyai?
ReplyDeleteTP, kebanyakan kenderaan di Hat Yai baru-baru. Yg bas tu kes terpencil sbb tu TP tak jumpa... Tapi memang antik sungguh...
Deletemungkin juga Mie. takpe nanti datang ke thai lagi akan ku jejak gambar bas tu
DeleteSaya rasa takkan jumpa lagi dah, ntah2 dah buat besi buruk... :D
Delete